omniture

Rangkaian hijau ZTE memperkasa pembangunan mampan

ZTE Corporation
2023-07-01 03:53 117
  • Di MWC Shanghai 2023, ZTE membawakan pulau ekologi hijaunya yang menawan, benar-benar selari dengan tema "Hijau buat Semua"
  • ZTE amat percaya bahawa penyelesaian terletak pada penerimaan inovasi teknologi dan tekal menambah baik produk dan penyelesaian untuk meningkatkan kecekapan tenaga setiap unit data dengan cara yang lebih pintar
  • ZTE menyasarkan untuk memperluaskan konsep pembangunan mampan dan penyelesaian inovatif kepada industri-industri lain, menyumbang kepada transformasi digital dan kemajuan masyarakat sekali gus mengutamakan kemampanan

SHANGHAI, 1 Julai 2023  /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK/000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, mempamerkan inovasi teknologi canggihnya, visi hijau dan rendah karbon serta pencapaian dalam rangkaian hijau kepada pengunjung di MWC Shanghai 2023. Acara tersebut diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai, yang mana ZTE mempersembahkan pulau ekologi hijaunya yang menawan, benar-benar selari dengan tema "Hijau buat Semua".

ZTE's green networking empowers sustainable development (PRNewsfoto/)
ZTE's green networking empowers sustainable development (PRNewsfoto/)

Mencapai masyarakat hijau dan rendah karbon merupakan matlamat jangka panjang yang memerlukan dedikasi yang berterusan. Tatkala trafik rangkaian terus berkembang, cabaran untuk merealisasikan objektif ini menjadi lebih besar. ZTE percaya dengan teguh bahawa penyelesaian terletak pada penerimaan inovasi teknologi dan tekal menambah baik produk dan penyelesaian bagi meningkatkan kecekapan tenaga setiap unit data dengan cara yang lebih pintar. Dengan mengutamakan kemajuan kecekapan tenaga, ZTE berusaha untuk menyumbang kepada pencapaian masyarakat yang mampan dan mesra alam.

Semasa MWC Shanghai, ZTE mempamerkan inovasi teknologinya dalam rangkaian jimat-tenaga hijau. Dalam Rangkaian Akses Radio (RAN), penyelesaian PowerPilot ZTE, kini dalam versi Pro, mencapai kemajuan penting, membolehkan penjimatan tenaga yang komprehensif sebanyak 35%. Pada rangkaian teras, ZTE memperkenalkan Fungsi Satah Pengguna (UPF) hijau pintar pertama dalam industri berdasarkan kepada R17, menghasilkan penjimatan tenaga pintar sebanyak 25% semasa tempoh trafik rendah. ZTE juga mendemonstrasikan penyelesaian pengoptimuman kecekapan tenaga komprehensif dalam rangkaian pembawa, meliputi papan, peranti dan rangkaian. Di samping itu, pameran tersebut mempamerkan teknologi papan penyamaan suhu komposit VC inovatif ZTE, membolehkan pelanggan mengalami kesan penyejukan ketara menggunakan pistol suhu.

Dalam bidang tenaga telekomunikasi, ZTE mendedahkan penyelesaian rangkaian tenaga karbon sifar V2.0. Penyelesaian inovatif ini mengintegrasikan pengurusan berasaskan awan untuk penjanaan kuasa hijau, penukaran kuasa berkecekapan tinggi, storan tenaga pintar dan penggunaan kuasa yang tepat. Dengan merangkumkan seluruh rantaian bekalan kuasa, penyelesaian ini mencapai penjimatan tenaga, pengurangan emisi dan peningkatan kecekapan yang komprehensif, lalu menyumbang kepada masa depan mampan dan rendah karbon.

Menerusi komitmennya untuk mempromosikan penjimatan tenaga hijau, penyelesaian ZTE direka bentuk dengan teliti menerusi mekanisme seperti bangun tetapan minimum dan perlindungan trafik letus. Ciri-ciri ini memastikan pengalaman pengguna yang lancar sekali gus mewujudkan rangkaian yang bukan sahaja hijau dan menjimatkan tenaga tetapi juga andal dan bingkas. Dengan menggabungkan mekanisme ini, ZTE menyasarkan untuk mencapai keseimbangan antara kelestarian alam sekitar dan menyediakan perkhidmatan rangkaian berkualiti tinggi kepada penggunanya.

ZTE komited secara mendalam terhadap pembangunan mampan dan mengorak langkah untuk membuka jalan ekonomi digital bagi pokok, lalu menyumbang kepada matlamat keneutralan karbon global. Pada tahun 2022, ZTE mencapai hasil luar biasa dalam sasaran hijau dan rendah karbon, mencapai penjimatan tenaga sebanyak 57.56 juta kWj dan jumlah pengurangan emisi karbon 7.48% berbanding tahun sebelumnya, kesemuanya sambil mengekalkan pertumbuhan hasil.

Pada 24 Mei tahun ini, di acara "Hari Inovasi ZTE" yang diadakan di Shenzhen, ZTE mengumumkan penyertaannya dalam inisiatif Sains Berdasarkan Sasaran (SBTi) untuk mewujudkan matlamat pengurangan karbon yang disokong secara saintifik. Selaras dengan keperluan inisiatif tersebut, ZTE akan menetapkan sasaran berasaskan sains jangka pendek dan sasaran sifar bersih jangka panjang. Matlamatnya adalah untuk mencapai matlamat pengurangan emisi gas rumah hijau yang sejajar dengan had pemanasan 1.5°C dalam 5-10 tahun dan mencapai emisi sifar bersih selewat-lewatnya menjelang tahun 2050.

Sebagai peneraju global dalam penyelesaian maklumat komunikasi bersepadu, ZTE terlibat secara aktif dalam aktiviti kebajikan awam berkaitan hijau. ZTE berkolaborasi dengan China Green Carbon Foundation untuk menubuhkan "ZTE Public Welfare Ecological Conservation Special Fund" dan menjalankan inisiatif penanaman pokok di Ladang Hutan Sungai Baihu, di bawah Biro Perhutanan Tangwanghe, Bandar Yichun, Wilayah Heilongjiang untuk membantu memulihkan persekitaran ekologi tempatan.

Semasa Pameran Shanghai, ZTE memperkenalkan program amalnya, "Forest Carbon Sink" yang menggalakkan penanaman pokok melalui pengimbasan kod QR. Inisiatif ini dipamerkan di MWC Shanghai, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang perlindungan alam sekitar dan menggalakkan penyertaan yang aktif dalam pemuliharaan ekologi.

Semasa satu wawancara media, Cik Chen Zhiping, Naib Presiden ZTE dan Pengurus Besar Penjenamaan dan Strategi Perhubungan Awam, mengetengahkan pencapaian cemerlang ZTE dalam menerima prinsip-prinsip amalan hijau dan rendah karbon. Menjelang akhir tahun 2022, penyelesaian penjimatan tenaga rangkaian hijau ZTE berjaya dilaksanakan dalam lebih daripada 30 rangkaian seluruh dunia, mencakupi lebih 1.5 juta tapak dan 250,000 pusat data kabinet. Penyelesaian ini memainkan peranan penting bagi membantu operator global menjimatkan 10 bilion kWj elektrik setiap tahun.

Cik Chen menekankan komitmen ZTE yang tidak berbelah bahagi terhadap kedudukan ekologinya sebagai "Pemacu Ekonomi Digital". Syarikat ini menyasarkan untuk memperluaskan konsep pembangunan mampan dan penyelesaian yang inovatif kepada industri-industri lain, menyumbang kepada transformasi digital dan kemajuan masyarakat sekali gus mengutamakan kemampanan. Melalui kolaborasi dengan rakan kongsinya, Anxing, ZTE telah melakar kemajuan yang selanjutnya dalam meningkatkan ketelusan dan ketepatan data kawalan penghasilan tenaga serta meningkatkan kecerdasan pengurusan tenaga perusahaan.

Memandang ke hadapan, ZTE bertekad untuk terus menggalakkan pembangunan mampan ekonomi digital melalui inovasi teknologi yang berterusan. Syarikat ini akan meneroka dengan aktif senario aplikasi yang baharu dan pelbagai melalui kolaborasi bersama rakan-rakan kongsinya, memberi sumbangan besar baik kepada masyarakat mahupun alam sekitar.

LATAR BELAKANG ZTE: 

ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi berterusan untuk masa depan yang lebih baik. Syarikat menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, portfolionya merangkumi semua siri tanpa wayar, talian wayar, peranti dan perkhidmatan telekomunikasi profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu perempat daripada populasi global, ZTE berdedikasi untuk mencipta ekosistem digital dan pintar serta mengupayakan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan pada kedua-dua Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:
Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Corporate Social Responsibility New products/services Trade show news