omniture

GAC Perkenal Inovasi Pertama-Industri di GAC TECH DAY 2023

GAC MOTOR
2023-07-01 03:56 83

GUANGZHOU, China, 1 Julai 2023 /PRNewswire/ -- GAC Group, pengeluar automobil terkemuka China dengan penekanan kukuh pada inovasi, menganjurkan persidangan utama tahunannya GAC TECH DAY 2023 pada 26 Jun. Bertemakan "Teknologi Berkembang" ("Evolving Technology"), acara tersebut mendedahkan beberapa kejayaan inovatif yang penting dan pencapaian yang pertama dalam industri dalam bidang ketersambungan, enjin dan teknologi kenderaan.

 

Acara tersebut dihadiri oleh lebih 160 outlet media asing dan domestik serta tetamu yang dihormati, termasuk Jiang Zhitao, Naib Datuk Bandar Guangzhou; Zeng Qinghong, Pengerusi GAC Group; dan Feng Xingya, Pengurus Besar GAC Group.

Di persidangan tersebut, GAC mendedahkan enjin berkuasa amonia pertama di dunia untuk kereta penumpang. Enjin tersebut, dibangunkan oleh pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalaman kumpulan ini, mencapai pencucuhan bahan api yang andal dengan 120kW kuasa dan 90% kadar pengurangan karbon, menawarkan alternatif bahan api yang cekap, andal dan rendah karbon untuk industri automobil.

GAC turut memperkenalkan Trumpchi E9, kenderaan penumpang pertama industri ini yang menggunakan bahan api hidrogen cecair. Dilengkapi dengan Seni Bina Modular Hibrid Gelombang Mega GAC, MPV berkuasa hidrogen memiliki jarak perjalanan hampir 600km dan boleh melakukan perjalanan sehingga 100km dengan 1.4kg hidrogen.

ADiGO MAGIC, platform perisian sumber-terbuka dalam-kereta revolusioner turut dipamerkan. Platform tersebut menyediakan lebih daripada 2,000 fungsi berorientasikan perkhidmatan untuk membina senario perjalanan segera dan diperibadikan untuk pengguna dan akan dilengkapi pada AION Hyper GT yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Di samping itu, GAC turut mengumumkan GOVE (GAC On-the-Go Vertical EV), sebuah kenderaan terbang elektrik-penuh. Terdiri daripada kabin penerbangan yang boleh dipisahkan dan casis mudah alih berautonomi berkuasa ADiGO PILOT, GOVE menggunakan 90% bahan komposit ringan, sistem kawalan penerbangan 3DoF dan teknologi dok berkejituan tinggi gred-aeroangkasa. Reka bentuk tersebut memastikan GOVE dapat beroperasi sebagai penyelesaian mobiliti pintar dalam perjalanan darat, penerbangan bawaan udara dan senario dok udara-ke-darat.

Teknologi dan inovasi menjadi teras nilai jenama GAC MOTOR. Pencapaian teknologi yang dipamerkan di GAC TECH DAY 2023 akan berperanan sebagai penyelesaian penting dalam usaha jenama ini untuk mencapai tahap yang baharu dalam pasaran automobil global. GAC akan terus memanfaatkan keupayaannya untuk membangunkan masa depan dipacu inovasi dan neutral karbon untuk mobiliti.

 

 

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation New products/services Trade show news