omniture

KeyPoint Technologies Lancarkan Adaptxt Beta Tulisan Cina

Adaptxt; KeyPoint Technologies
2014-05-04 11:27 113

HYDERABAD, India, 4 Mei 2014 /PRNewswire/ --

  • Kini para pengguna boleh mencuba versi Tulisan Cina papan kekunci popular itu dan menikmati cadangan konteks pintar serta pengalaman menaip yang diperhebat

KeyPoint Technologies, peneraju dunia yang memenangi anugerah daripada segi teknologi antara muka pengguna, hari ini telah mengumumkan pelancaran beta papan kekunci Tulisan Cina Adaptxt.

Dengan terus mempelajari daripada pengguna, papan kekunci Adaptxt menyediakan cadangan berasaskan konteks dan pembetulan kesalahan dengan tepat dalam Tulisan Cina Ringkas dan Tulisan Cina Tradisional, lalu menyediakan pengalaman menaip yang diperhebat dengan ketukan kekunci yang minimum. Adaptxt mempelajari daripada pengguna apabila mereka menaip serta menyediakan cadangan peribadi berdasarkan gaya menulis tertentu dan juga perbendaharaan kata.

Papan kekunci Tulisan Cina Adaptxt turut menyokong kesemua kaedah input paling popular: Pinyin, Zhuyin, Bihua dan juga Cangjie. Ia turut menyokong Fuzzy Pinyin serta Quick Cangjie, lalu menepati gaya menaip kesemua pengguna yang bertutur dalam Bahasa Cina serta menjadikan komunikasi lebih menarik. Para pengguna Tulisan Cina Tradisional pula dapat memanfaatkan dua gaya bahasa serantau yang berbeza untuk Taiwan dan Hong Kong, yang boleh didapati dalam dua kamus berasingan yang boleh dimuat turun menerusi menu aplikasi.

Adaptxt turut menyokong perkataan baharu pembentukan sendiri dan turut mempunyai sokongan untuk padanan singkatan yang bersesuaian dengan kaedah input Pinyin, Zhuyin, Cangjie serta Bihua. Ciri utama lain termasuklah sokongan susun atur 12 kekunci dan QWERTY yang menyediakan keserasian berbilang skrin dan berbilang peranti, seterusnya benar-benar membolehkan integrasi silang platform dilakukan.

"Pelancaran beta bagi papan kekunci Tulisan Cina Adaptxt ini menandakan usaha strategik kami bagi menembusi pasaran telefon pintar China yakni pasaran telefon pintar terbesar di dunia. Menerusi papan kekunci baharu ini, kami berusaha untuk mentakrifkan semula komunikasi pintar dan turut menawarkan pandangan efisien tentang berkomunikasi dengan tepat kepada para pengguna," ujar Sumit Goswami, Ketua Pegawai Eksekutif KeyPoint Technologies. "Menerusi papan kekunci kami, para pengguna Cina boleh berkomunikasi dengan mudah menggunakan pelbagai kaedah input serta dapat menikmati pengalaman menaip yang diperhebat."

--

Latar Belakang Adaptxt, Inovasi KeyPoint Technologies

KeyPoint Technologies, pencipta Adaptxt merupakan inovator linguistik global yang memenangi anugerah dan turut menerajui bidang interaksi manusia-peranti. KeyPoint Technologies telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Glasgow Scotland, pusat linguistik. Syarikat tersebut turut mempunyai beberapa pejabat di India, Jepun, China dan juga A.S. serta merupakan rakan kongsi yang dipercayai untuk OEM, para pembangun serta penyedia platform. Aplikasi input teks yang revolusioner - Adaptxt - mewakili penggunaan teknologi input komputer ramalan yang menerajui dalam pasaran pada masa kini.

Adaptxt Beta Tulisan Cina kini boleh didapati menerusi:

Google Play Store: http://bit.ly/PR6uzW
360: http://zhushou.360.cn/detail/index/soft_id/1719785
Anzhi: http://www.anzhi.com/soft_1541817.html
Anzhuo: http://apk.hiapk.com/html/2014/04/2600235.html

Maklumat lanjut tentang KeyPoint Technologies, layari: http://www.keypoint-tech.com

Klik 'like' menerusi Facebook kami: https://www.facebook.com/Adaptxt

Hubungi:

Juhee Bagri
Telefon bimbit: +91-9819929235
Nombor telefon: +91-40-40337000
Alamat e-mel: jbagri@keypoint-tech.com

Sumber: Adaptxt dan KeyPoint Technologies

Source: Adaptxt; KeyPoint Technologies
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services