omniture

Membina Momentum Inovasi untuk Merangsang Transformasi Digital dan Pintar

Huawei
2023-07-01 04:25 65

SHANGHAI, 1 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pada hari kedua MWC Shanghai 2023, Liu Kang, presiden Jabatan Pemasaran & Jualan Penyelesaian Huawei Global Carrier, melancarkan "Membina Momentum Inovasi untuk Merangsang Transformasi Digital dan Pintar" semasa MWC 2023 Shanghai.

"Dalam industri telekomunikasi, operator sentiasa menjadi peneraju dan pengupaya transformasi digital. Operator bukan sahaja terus mengoptimumkan dan mengumpul keupayaan inovasi mereka sendiri semasa transformasi digital, tetapi turut mengupayakan penaiktarafan digital dalam ribuan industri yang telahpun mempunyai potensi inovasi yang amat besar," kata Liu Kang.

Liu Kang, Global Carrier Marketing & Solution Sales Dept of Huawei
Liu Kang, Global Carrier Marketing & Solution Sales Dept of Huawei

Momentum Inovasi Besar Telahpun Dibina untuk Pembawa bagi Mengupayakan Transformasi Digital

Pertama, bagi pengguna, operator telah berubah daripada menyediakan perkhidmatan suara yang ringkas kepada menyediakan gigabit merata dan melaksanakan interaksi pintar. Infrastruktur rangkaian termaju merupakan asas untuk kemunculan perkhidmatan perniagaan digital pengguna.

Kedua, bagi industri, perusahaan sedang melangkah ke arah pengeluaran digital daripada pendigitalan pejabat kepada pendigitalan pemasaran dan khidmat pelanggan. Senario pengeluaran penting seperti alat kawalan jauh, AGV dan PLC dirangsang sepenuhnya, lalu meningkatkan kecekapan pengeluaran perusahaan dengan amat tinggi.

Liu Kang menyatakan bahawa pencapaian ini tidak dapat dipisahkan daripada limpahan keupayaan yang terkumpul semasa transformasi digital pembawa.

Gelombang Baharu Transformasi Digital Menukar Momentum Inovasi kepada Pertumbuhan 

Bagi mengatasi gelombang kecerdasan digital yang baharu, Huawei percaya bahawa kita harus bekerjasama dengan pembawa untuk membina tiga keupayaan transformasi digital yang baharu.

Pertama ialah lapisan infrastruktur yang mentransformasikan kolaborasi ICT kepada keupayaan untuk mengintegrasikan sumber strategik anjal. Liu Kang berkata, "Salah satu manifestasi yang paling intuitif ialah sambungan beralih daripada pautan naik 100 Mbit/s, pautan turun Gbit/s dan keupayaan natif awan untuk sambungan baharu dengan ciri-ciri tipikal seperti pautan naik Gbit/s, pautan turun 10 Gbit/s" dan kecerdasan endogen. Atas dasar ini, kombinasi antara rangkaian + pengkomputeran, keperluan sinergi rangkaian-awan, kolaborasi awan-pinggir dan sinergi awan-peranti semakin muncul."

Kedua ialah lapisan operasi, yang menukarkan data besar kepada keupayaan untuk mengatasi senario rumit dengan cara yang tangkas. Daripada pengagregatan data kepada pengagregatan data + sokongan pintar mempercepatkan lagi pemindahan data dalam aktiviti pengeluaran dan kehidupan orang ramai, mengupayakan operasi pintar dalam seluruh proses dan perniagaan serta menggandakan secara langsung pengalaman dan kecekapan, selain inovasi model yang berterusan.

Ketiga ialah lapisan perkhidmatan digital yang mentransformasikan perkhidmatan yang berfaedah kepada keupayaan untuk merangsang inovasi dengan pantas. Dengan transformasi digital, operator boleh memanfaatkan sepenuhnya kelebihan SIM yang merupakan titik kemasukan yang dijangkakan dan menyediakan perkhidmatan digital yang lebih inovatif.

Dalam menghadapi masa depan, Liu Kang berkata: "Gelombang era digital pintar yang baharu bakal tiba. Huawei akan terus bekerjasama dengan industri untuk terus menggalakkan transformasi digital dan mempercepatkan transformasi potensi inovasi kepada momentum pembangunan industri."

MWC Shanghai 2023 berlangsung mulai 28 Jun hingga 30 Jun di Shanghai, China. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai pameran E10 dan E50 di Dewan N1, Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC). Bersama-sama operator global, ahli profesional industri dan pemimpin pendapat, kami menyelami topik-topik seperti mempercepatkan kemakmuran 5G, melangkah ke arah era 5.5G dan transformasi digital pintar. 5.5G mencipta nilai perniagaan baharu dalam bidang-bidang seperti menghubungkan orang ramai, Internet Semua Benda (IoT) dan Internet Kenderaan (IoV), menyokong industri yang tidak terkira banyaknya tatkala ia melangkah menuju dunia pintar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwcs2023.

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news