omniture

Pembekal gentian optik dan kabel global YOFC membawakan barisan produk dan penyelesaian luas di MWC Shanghai 2023

YOFC
2023-07-03 10:35 42

Menerangi Masa Depan Digital 

SHANGHAI, 3 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Yangtze Optical Fibre and Cable Joint Stock Limited Company (YOFC) mengambil bahagian dalam Kongres Dunia Mudah Alih Shanghai 2023 ("MWC Shanghai 2023") di Reruai N2.B10, yang melaluinya mereka mempamerkan produk dan penyelesaian mereka yang inovatif di bawah tema "Menerangi Masa Depan Digital". Pameran tersebut meliputi rangkaian kategori yang luas, termasuk Gentian Optik Baharu & Bahan Baharu, Infrastruktur Rangkaian Pengkomputeran, Komunikasi Marin, Pembuatan Digital dan Pintar, Kuasa Digital, Pengangkutan Digital dan Kehidupan Digital F5G. MWC Shanghai 2023 diiktiraf sebagai acara komunikasi mudah alih yang terbesar dan paling berpengaruh di Asia. Kehadiran YOFC di acara tersebut menonjolkan keupayaan mereka untuk mencipta nilai buat pelanggan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital melalui inovasi teknologi.

YOFC makes an impressive appearance at MWC Shanghai 2023
YOFC makes an impressive appearance at MWC Shanghai 2023

ChatGPT mendapat pengiktirafan global dengan pantas sejak pelancarannya awal tahun ini, menonjolkan potensinya yang amat besar untuk merevolusikan ekonomi dan masyarakat. Kemunculan bot sembang AI dan teknologi digital canggih yang lain bersedia untuk mempercepatkan transformasi digital merentas pelbagai industri. Berucap di sub-forum "Digital Semua Benda - Membina Negara Digital" ("Digital Everything - Building Digital Nations") semasa MWC Shanghai 2023, Nie Lei, naib presiden di YOFC, menekankan permintaan digital yang semakin meningkat dan perniagaan baru muncul. Beliau turut mengetengahkan keperluan kritikal terhadap infrastruktur digital mantap yang menawarkan lebar jalur lebih tinggi, kependaman lebih rendah dan keandalan lebih baik untuk menampung ledakan data. Bagi memanfaatkan peluang yang belum pernah terjadi sebelum ini, YOFC mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengambil bahagian dalam pembangunan digital, berkembang daripada pengeluar gentian optik dan kabel khusus kepada penyedia penyelesaian yang holistik.

YOFC komited untuk membangunkan gentian optik dan kabel inovatif yang baharu. Dengan melancarkan siri BRIGHTS yang terdiri daripada produk dan penyelesaian gentian optik dan kabel berprestasi tinggi, syarikat ini menyasarkan untuk mencipta ekosistem rangkaian optik yang pintar, cekap, selamat dan stabil untuk aplikasi semua-senario, mengoptimumkan dan menaik taraf infrastruktur digital dan menyokong pertumbuhan ekonomi digital. Dalam bidang Komunikasi Marin, YOFC mencipta ekosistem digital untuk penghantaran rentas lautan dengan meneroka persekitaran marin dan menerobosi batasan geografi. Di samping itu, syarikat ini mengutamakan kemajuan teknologi penting untuk pembuatan digital seperti kembar digital dan data raya perindustrian, lantas memupuk era pembuatan pintar yang baharu. YOFC turut mencipta sistem grid pintar inovatif yang mendorong transformasi digital sektor kuasa. Dalam sektor pengangkutan, syarikat ini menggabungkan teknologi digital ke dalam sistem kereta api, memastikan operasi bandar-bandar digital yang selamat dan cekap. Di samping itu, syarikat ini menyediakan penyelesaian prasambung minimalis, cekap dan andal untuk aplikasi rangkaian tetap generasi kelima, seterusnya memperkasa pembangunan infrastruktur pintar, dengan matlamat utama untuk membina masa depan digital yang lebih baik buat semua.


Sejak tahun 2014, YOFC memperluaskan operasi antarabangsanya di negara-negara dan wilayah-wilayah yang disasarkan oleh Inisiatif Jalur dan Jalan. Dengan lima kemudahan pengeluaran di Brazil, Indonesia, Poland dan Afrika Selatan bersama-sama lebih 50 subsidiari dan pejabat cawangan di luar pasaran asalnya iaitu China, syarikat ini membina rangkaian pemasaran dan perkhidmatan global yang mencakupi lebih 90 negara dan wilayah seluruh dunia, bagi memudahkan pembinaan infrastruktur digital global.

Memandangkan ekonomi digital kekal menjadi daya penggerak pembangunan dan kemajuan global, YOFC, berdasarkan misinya iaitu "Pautan Pintar Kehidupan Lebih Baik" ("Smart Link Better Life"), berdedikasi untuk memperluaskan sambungan gentian optik di seluruh dunia. Syarikat ini menyasarkan untuk merapatkan jurang digital dengan menggalakkan penerimaan gentian optik di peringkat global sekali gus mengukuhkan asas optik-penuh ekonomi digital melalui penyediaan produk dan penyelesaian terbaik, yang akhirnya menyumbang kepada pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia.

https://en.yofc.com/ 

Source: YOFC
Related Stocks:
HongKong:6869 Shanghai:601869
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Telecommunications Utilities New products/services Trade show news