omniture

Huawei Menyokong 5G Lebih Baik dalam Empat Bidang untuk Raih Dividen Digital Penuh

Huawei
2023-07-03 10:44 109

SHANGHAI, 3 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Li Peng, Naib Presiden Kanan Huawei dan Presiden Carrier BG, hari ini menyeru inovasi yang selanjutnya dalam 5G bagi mencipta nilai baharu dan menyerlahkan dividen digital semasa ucaptama beliau di MWC Shanghai 2023. Beliau berkata industri ini perlu berinovasi bersama-sama untuk memenuhi keperluan digital yang semakin meningkat dalam kedua-dua pasaran pengguna dan industri.

Bertajuk Mencipta Nilai Baharu dengan 5G untuk Menyerlahkan Dividen Digital, ucapan beliau membincangkan bagaimana 5G menerajui pembangunan industri digital dan mengupayakan pendigitalan dalam semua industri.

Li berkata, "Masa depan adalah sekarang. Senario perniagaan baharu untuk orang ramai, rumah, perniagaan dan kenderaan menyampaikan pengalaman yang baharu. Ini meningkatkan keperluan yang lebih tinggi terhadap keupayaan rangkaian. Keupayaan rangkaian dipertingkat, seperti pautan turun 10 Gbps, pautan naik 1 Gbps dan 100 bilion sambungan IoT, mencipta ruang pasaran yang amat besar dalam 5.5G untuk pembawa."

Li Peng speaks at MWC Shanghai 2023
Li Peng speaks at MWC Shanghai 2023

Menghubungkan orang ramai: Permintaan terhadap pengalaman baharu meningkatkan dividen trafik 

Ketika ini, dunia memiliki lebih 1.2 bilion pengguna 5G. Li menjelaskan bahawa usaha mengejar pengalaman terunggul oleh sejumlah besar pengguna memacu pembangunan kandungan dan aplikasi yang inovatif serta pembinaan rangkaian 5G yang dapat menyampaikan pengalaman 10 Gbps.

Huawei meramalkan bahawa aplikasi dan kandungan ini juga akan mendorong lonjakan 10 kali ganda dalam trafik. Sebagai contoh, trafik yang terhasil oleh kandungan 3D mata kasar akan menyaksikan peningkatan sebanyak 3 hingga 10 kali ganda berbanding video 2D. Pengguna New Calling tunggal boleh menjana lebih 1 GB data seminggu manakala seorang pengguna telefon awan boleh menjana lebih 1 GB data sehari.

Spektrum 5G juga akan menjadi penting untuk mencapai pengalaman pengguna terunggul. Li berkata industri ini memerlukan akses kepada jalur frekuensi baharu, termasuk jalur 6 GHz dan mmWave serta spektrum sub-100 GHz untuk 5G New Radio.

Huawei telahpun bekerjasama dengan pelbagai pembawa untuk melakukan pengesahan teknikal terhadap jalur 6 GHz. Ujian lapangan menunjukkan bahawa pautan turun 10 Gbps boleh dicapai pada jalur 6 GHz dan jalur tersebut juga dapat mencapai liputan bersama dengan jalur-C untuk satu tapak.

Menghubungkan rumah: Ruang besar untuk dividen kehidupan pintar

Dalam pasaran pengguna, permintaan yang melonjak terhadap pengalaman baharu membawa kepada perkembangan pesat dalam bentuk kandungan dan aplikasi yang inovatif, seperti 3D mata kasar, pengurusan rumah pintar dan kecerdasan seluruh rumah. Ini telah mendorong pembawa untuk menaik taraf rangkaian rumah yang akan menyampaikan lebar jalur 10 Gbps seperti talian persendirian.

Li menjelaskan bahawa Huawei melancarkan penyelesaian 5G FWA Square termasuk FWA Pro untuk sambungan yang amat pantas, FWA Lite untuk sambungan berkesan kos dan FWA Biz untuk sambungan yang amat andal. Ketiga-tiga penyelesaian ini dapat membantu pembawa memenuhi keperluan pengguna dengan lebih baik dalam pelbagai senario dan mengembangkan pasaran 5G FWA.

Menghubungkan industri dan mesin: Pasaran trilion-yuan

Sejak pengkomersialan 5G bermula empat tahun yang lalu, lebih daripada 17,000 rangkaian 5G persendirian telahpun dibina di peringkat global. Rangkaian-rangkaian ini telah mempercepatkan pendigitalan dalam banyak industri dengan faedah-faedah ekonomi yang jelas untuk penerima penggunaan awal dalam industri pembuatan, pelabuhan, perlombongan, minyak & gas serta penjagaan kesihatan.

Tatkala pendigitalan industri menjadi sesuatu yang semakin biasa, lebih banyak perniagaan akan mengintegrasikan teknologi digital ke dalam proses pengeluaran mereka dan mereka akan memerlukan keupayaan rangkaian lebih canggih yang dapat disediakan oleh 5G.

Bersama-sama rakan kongsi, Huawei membantu pelanggan membangunkan talian pengeluaran fleksibel berkuasa 5.5G yang pertama dalam industri. Projek tersebut mendapati bahawa rangkaian berketentuan 5.5G menjamin keandalan yang amat tinggi dan pengurangan kependaman kepada kurang daripada 4 milisaat dalam persekitaran berturutan yang tinggi.

Li Peng calls for joint effort on 5.5G research
Li Peng calls for joint effort on 5.5G research

Menghubungkan kenderaan: Laluan baharu untuk pembawa

Li turut menyentuh tentang topik popular kenderaan autonomi semasa ucapan beliau. Kemajuan yang berterusan dibuat dalam bidang-bidang kenderaan terhubung dan Internet Kenderaan (IoV). Perkhidmatan ICT penting untuk kenderaan terhubung pintar, Kenderaan untuk Semua Benda (V2X) dan kecerdasan terhubung.

5.5G akan membantu kereta mengesan persekitarannya dengan lebih jelas. IoV dengan penderiaan termaju merupakan komponen teras dalam sistem lampu isyarat pintar, navigasi pada hari hujan dan berkabus, penderiaan di luar garis penglihatan dan banyak lagi. Kenderaan autonomi Peringkat-4 dijangka memasuki pasaran komersial pada tahun 2025 dan akan memerlukan amaun kuasa pengkomputeran yang besar dan rangkaian yang kukuh.

Kereta autonomi menjana ratusan terabait data setiap hari dan perlu memuat naik kira-kira satu terabait data berkenaan ke awan bagi menyokong latihan model AI dan kemas kini algoritma.

Li berkata Huawei akan memperdalam perkongsiannya dengan industri ini bagi menyokong permintaan yang amat besar ini terhadap kuasa pengkomputeran pada awan dan pengkomputeran waktu sebenar pintar. Pasaran ketersambungan dan pengkomputeran dijangka menjadi bidang-bidang yang cerah masa depannya untuk pertumbuhan pembawa.

MWC Shanghai 2023 berlangsung mulai 28 Jun hingga 30 Jun di Shanghai, China. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya di reruai pameran E10 dan E50 di Dewan N1, Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC). Bersama-sama operator global, ahli profesional industri dan pemimpin pendapat, kami menyelami topik-topik seperti mempercepatkan kemakmuran 5G, melangkah ke arah era 5.5G dan transformasi digital pintar. 5.5G mencipta nilai perniagaan baharu dalam bidang-bidang seperti Internet Orang Ramai (IoP), Internet Semua Benda (IoT) dan Internet Kenderaan (IoV), menyokong industri yang tidak terkira banyaknya tatkala ia melangkah menuju dunia pintar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwcs2023.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news