omniture

Huawei Bakal Lancar Set Penuh Peralatan Rangkaian 5.5G Komersial pada 2024

Huawei
2023-07-03 10:50 121

SHANGHAI, 3 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan mereka akan melancarkan set lengkap peralatan rangkaian 5.5G komersial pada tahun 2024 di Forum 5G Termaju semasa MWC Shanghai 2023. Pengarah Huawei dan Presiden Produk & Penyelesaian ICT Yang Chaobin yang membuat pengumuman itu berkata syarikat berhasrat agar pelancaran ini menandakan bermulanya era 5.5G untuk industri ICT.

Penggunaan 5G berkembang pesat sepanjang empat tahun yang lalu dan telahpun menghasilkan keuntungan kewangan yang signifikan. Hari ini, terdapat lebih daripada 260 rangkaian 5G komersial di seluruh dunia, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1.2 bilion pengguna dan telahpun terdapat 115 juta pengguna F5G gigabit. Dengan model perkhidmatan dan kandungan yang terus berkembang, penemuan dalam teknologi seperti 3D tanpa kaca mata mencipta pengalaman imersif yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk pengguna. Walau bagaimanapun, perkhidmatan baharu ini terus memerlukan keupayaan rangkaian 5G yang lebih kuat. Industri ini bersetuju secara meluas bahawa 5.5G akan menjadi satu pencapaian penting dalam evolusi 5G dan ia pantas menghampiri.

Huawei mencadangkan konsep "Era 5.5G", berdasarkan kepada penyelesaian hujung-ke-hujung yang mengintegrasikan teknologi yang berkembang secara komprehensif termasuk .5G, F5.5G dan Net5.5G. Penyelesaian ini akan melindungi pelaburan operator yang terdahulu dalam 5G sekali gus turut meningkatkan prestasi rangkaian sebanyak 10 kali ganda. Era 5.5G ini akan membawakan kelajuan pautan turun puncak 10 gigabit dan kelajuan pautan naik puncak gigabit untuk memenuhi keperluan perkhidmatan yang semakin pelbagai. Ia juga akan memperbaharui visi industri dengan menggunakan teknologi baharu seperti IoT pasif untuk membuka pasaran 100 bilion sambungan IoT.

Chaobin Yang, Board Member, President of ICT Products & Solutions, Huawei
Chaobin Yang, Board Member, President of ICT Products & Solutions, Huawei

Yang menjelaskan, "Dengan jadual pempiawaian yang ditakrifkan dengan jelas, Era 5.5G telahpun bersedia untuk pengesahan teknologi dan komersial. Pada tahun 2024, Huawei akan melancarkan set lengkap peralatan rangkaian 5.5G komersial untuk dipersiapkan bagi penggunaan komersial 5.5G. Kami berharap dapat bekerjasama dengan semua penggiat industri bagi memulakan perjalanan baharu menuju era 5.5G."

Sebagai penyokong penyelesaian 5.5G hujung-ke-hujung, Huawei telah bekerjasama dengan pelbagai pengusaha merentas industri ini berhubung R&D dan pengesahan teknologi 5.5G yang penting. Kemajuan penting telahpun dibuat dalam proses pengesahan ini, terutamanya untuk tindanan antena yang luar biasa besar (ELAA) yang menyokong pautan turun 10 gigabit, akses spektrum fleksibel yang membantu merealisasikan pautan naik gigabit dan IoT pasif yang dapat mengupayakan 100 bilion sambungan IoT. 50G PON merupakan satu lagi teknologi penting yang boleh mengupayakan kelajuan 10 gigabit untuk rangkaian ultra-jalur lebar F5.5G dan dijangka digunakan secara meluas di rumah, kampus dan pengeluaran pada masa akan datang. Huawei telahpun bekerjasama dengan lebih 30 operator di serata dunia berhubung pengesahan teknologi dan perintisan aplikasi untuk teknologi-teknologi ini.

Selain daripada pembangunan teknologi penting untuk rangkaian akses tanpa wayar dan optik 5.5G, Yang mengumumkan bahawa syarikat ini telah berusaha untuk mengaplikasikan teknologi natif-AI pada rangkaian teras 5.5G untuk terus meningkatkan keupayaan dan ketersediaan rangkaian. Ini akan membolehkan keupayaan AI disampaikan hingga ke hujung rangkaian, agar ia dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelbagai industri. Net5.5G menjanjikan akses 10 gigabit, pengangkut ultra-jalur lebar dan kependaman tahap-mikrosaat melalui rangkaian AI, membolehkannya berfungsi sebagai asas rangkaian generasi seterusnya untuk pendigitalan industri dengan menyediakan akses rangkaian yang berkualiti tinggi.

Industri ini masih berada pada peringkatnya yang paling awal bagi membangunkan visi untuk 6G dan baru sahaja memulakan kajian yang berkaitan terhadap teknologi yang penting. Atas sebab inilah banyak pihak yang telah beralih kepada 5.5G sebagai pencapaian mereka untuk pembangunan masa depan. Peningkatan 10 kali ganda dalam keupayaan rangkaian dalam Era 5.5G bersedia untuk mengupayakan pelbagai industri menyerlahkan produktiviti teknologi digital.

MWC Shanghai 2023 berlangsung mulai 28 Jun hingga 30 Jun di Shanghai, China. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya di reruai pameran E10 dan E50 di Dewan N1, Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC). Bersama-sama operator global, ahli profesional industri dan pemimpin pendapat, kami menyelami topik-topik seperti mempercepatkan kemakmuran 5G, melangkah ke arah era 5.5G dan transformasi digital pintar. 5.5G mencipta nilai perniagaan baharu dalam bidang-bidang seperti menghubungkan orang ramai, Internet Semua Benda (IoT) dan Internet Kenderaan (IoV), menyokong industri yang tidak terkira banyaknya tatkala ia melangkah menuju dunia pintar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwcs2023.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news