omniture

Burj Al Arab Memperkenalkan Majlis Perkahwinan di Langit, 212 Meter dari Teluk Arab

Burj Al Arab
2014-05-06 01:05 119

DUBAI, UAE, 6 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Burj Al Arab, hotel paling mewah di dunia menawarkan pengalaman perkahwinan yang benar-benar romantis dengan menyediakan perkhidmatan majlis perkahwinan di langit, setinggi 212 meter dari Teluk Arab yang kebiru-biruan di atas landasan helikopter Burj Al Arab yang terkenal.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140414/680059-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140414/680059-b)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140414/680059-c)

Setiap majlis perkahwinan tersebut direka khas oleh Pereka Perkahwinan yang memberi tumpuan terhadap setiap perincian rekaan dengan menawarkan perkhidmatan yang sentiasa tersedia. Pengalaman istimewa ini mempunyai harga permulaan bernilai AED 200,000* (kira-kira AS$55,000) dan ini merangkumi:

  • Ketibaan di Burj Al Arab melalui udara dengan menaiki Augusta 109 enjin berkembar Itali atau melalui jalan raya dengan menaiki Rolls Royce Phantom
  • Penginapan mewah di salah satu daripada 202 bilik suite Burj Al Arab, bersaiz seluas 170 hingga 780 meter persegi
  • Sesi merasa makanan persendirian bersama Chef Eksekutif Burj Al Arab yang memenangi anugerah, Maxime Luvara
  • Perundingan tentang rekaan, struktur, rasa serta komposisi kek perkahwinan bersama Chef Pastri Eksekutif Burj Al Arab Johannes Bonin
  • Pensampelan minuman dan nasihat bersama Ketua Sommelier Burj Al Arab Dimitar Dimitrov
  • Rawatan kecantikan dan sesi peribadi bersama jurulatih peribadi selebriti di Talise Spa Burj Al Arab
  • Wangian perkahwinan yang direka khas oleh peneraju pereka minyak wangi
  • Sesi membeli-belah dan sesi penggayaan bersama pakar penggayaan peribadi Burj Al Arab
  • Akses kepada pereka fesyen busana terkenal
  • Akses peribadi kepada jenama fesyen mewah terkenal selepas waktu pejabat
  • Perundingan bersama pasukan penjual bunga Burj Al Arab yang memenangi anugerah
  • Akses eksklusif kepada penjual barangan kemas terbaik di Dubai
  • Kelas etika dan tarian secara peribadi

Landasan helikopter Burj Al Arab pernah menganjurkan beberapa aktiviti tersendiri. Pada tahun 2004, Tiger Woods telah memukul bola golf di atas landasan helikopter tersebut, manakala pada tahun 2005 pula, Roger Federer dan Andre Agassi telah mencabar satu sama lain dalam perlawanan tenis di situ. Pada tahun 2011, Rory McIlroy berjaya memasukkan bola golf ke dalam lubang dengan satu pukulan di atas landasan tersebut, manakala Juara Formula One, David Coulthard pula telah melakukan pusingan 'donut' dengan memandu kereta lumba Red Bull di situ.

Pengurus Besar Burj Al Arab, Heinrich Morio berkata: "Kami sentiasa memikirkan pelbagai cara baharu dan istimewa bagi menggembirakan para tetamu kami. Kami percaya acara sekali seumur hidup ini perlu diadakan di tempat istimewa. Kami juga amat teruja untuk menyertakan lokasi istimewa ini dalam koleksi pengalaman unggul kami."

Kepada individu yang berminat untuk mengadakan majlis perkahwinan di langit, sila hubungi +971 4 301 7673 atau hantarkan e-mel kepada BAAWeddings@jumeirah.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

* Setiap majlis perkahwinan di langit akan berharga mengikut keperluan individu. AED 200,000 merupakan harga permulaan.  

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:

Bahagian Perhubungan Awam Burj Al Arab 
Telefon: +971-4-301-7565/7564
E-mel: BurjAlArabPR@jumeirah.com
Layari: http://www.jumeirah.com/burjalarab

SUMBER  Burj Al Arab

Source: Burj Al Arab
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services