omniture

Acentrik menang Singapore Business Review Technology Excellence Award 2023 untuk Produk Blok Rantai Terbaik

Mercedes-Benz
2023-07-03 13:03 117

SINGAPURA, 3 Julai  2023 /PRNewswire/ -- Mercedes-Benz Singapore telah dianugerahkan Singapore Business Review Technology Excellence Award dalam kategori Perkhidmatan Blok Rantai - Automotif untuk produk perusahaannya yang inovatif, Acentrik. Kini memasuki tahun kelimanya, program anugerah ini memuji syarikat-syarikat yang mengharungi gelombang perubahan digital dengan inovasi teknologi yang berjaya mentransformasikan industri-industri dan model-model perniagaan.

Acentrik, a strategic product of Mercedes-Benz wins Singapore Business Review Technology Excellence Award 2023 for Best Blockchain Product
Acentrik, a strategic product of Mercedes-Benz wins Singapore Business Review Technology Excellence Award 2023 for Best Blockchain Product

Acentrik ialah penyelesaian pertukaran data gred-perusahaan yang dibangunkan bagi tujuan mengupayakan perkongsian data yang lebih besar dalam perusahaan, merentas industri-industri. Sebagai salah satu teknologi mendatar yang diaplikasikan merentas pelbagai industri, Acentrik boleh digunakan sebagai pasaran data sedia digunakan untuk perusahaan bertukar-tukar data di peringkat global; atau sebagai penyelesaian siap guna untuk perusahaan memiliki penyelesaian label putih khusus mereka sendiri bagi mengawal dan mentakrifkan ekosistem peserta dan produk data mereka sendiri.

Ciri utama Acentrik ialah Komput-kepada-Data (Compute-to-Data) dengan keupayaan pengkomputeran pinggir – membolehkan perusahaan menyelaraskan perkongsian data yang lebih besar dengan privasi data.

Komput-untuk-Data – potensi baharu untuk perkongsian data

Dengan Komput-untuk-Data, yang membawakan algoritma ke tempat data berada - membolehkan tugas pengkomputeran yang mengekalkan privasi untuk penyedia data dan pengguna. Penyedia data membuatkan data sulit tersedia dan menjana keuntungan daripadanya; sementara algoritma pengguna menjadi lebih pintar tanpa didedahkan kepada data mentah. Ini membuka nilai yang lebih besar pada data peribadi dan sulit merentas industri-industri. Acentrik tidak mempunyai akses kepada data perusahaan, bertindak sebagai pengatur dan menghubungkan sumber data, bagi menjamin kedaulatan data.

Dengan memaparkan bagaimana penyelesaian Blok Rantai seperti Acentrik merevolusikan landskap data untuk perusahaan, sejak itu perjalanan produk strategik Mercedes-Benz ini turut menjurus kepada kemenangan anugerah mereka baru-baru ini.

"Ia merupakan kemenangan yang menakjubkan buat kami, mengesahkan lagi usaha bercita-cita tinggi kami ke arah memacu produk yang inovatif seperti Acentrik. Kami yakin dapat mencapai cita-cita yang selanjutnya dan dengan daya tarikan yang kami terima, kami teruja dengan apa yang bakal tiba," Srikanth Kaja, Pengurus Besar – Centre of Excellence Web3 of Mercedes-Benz Singapore.

Latar Belakang Acentrik

Acentrik, produk strategik oleh Mercedes-Benz, ialah penyelesaian perusahaan untuk pertukaran data terpencar. Ia dibina untuk organisasi-organisasi dengan tumpuan bagi mencipta nilai daripada data, lalu menjamin privasi dan kedaulatan. Visi Acentrik adalah untuk merevolusikan dunia pertukaran data dan menyumbang kepada ekosistem perusahaan yang lebih besar, menjurus secara jelas terhadap keperluan organisasi, mengupayakan perkongsian data yang lebih besar secara peribadi dan berdaulat.

Laman Web LinkedIn ****

Hubungan Akhbar: Puan Cheryl Kwek
Emel: cheryl.kwek@mercedes-benz.com

Source: Mercedes-Benz
Keywords: Computer/Electronics Awards Blockchain Data Analytics