omniture

BD Melancarkan Sistem Point-of-Care Baru Untuk Pesakit HIV/AIDS

BD (Becton, Dickinson and Company)
2014-05-06 09:00 112

-- Kemudahan analisis CD4 merupakan platform yang memenuhi  keperluan persekitaran sumber terhad

SAN JOSE, Caliornia, 6 Mei 2014 /PRNewswire/ -- BD Biosains, merupakan satu segmen daripada BD (Becton, Dickinson and Company) (NYSE: BDX), sebuah syarikat teknologi perubatan global yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran BD FACSPresto™ Sistem Kaunter Berhampiran Pesakit CD4. Sistem ini dapat memberikan keputusan ujian yang mutlak dari mengetahui kepekatan CD4 T-Iymphocytes dan hemoglobin (Hb) di dalam sampel darah keseluruhan sehingga ke tahap memantau pesakit-pesakit HIV/AIDS. Dengan intuitif mengantaramukakan bahasa-grafik skrin sentuh dan video, ia dapat membimbing operasi. Sistem BD FACSPresto™ mudah diangkut dan dikendali dengan bateri yang boleh dicas semula, ini telah membolehkan pesakit-pesakit menerima ujian CD4 kritikal di kawasan persekitaran sumber terhad.

Ujian CD4 membolehkan pesakit-pesakit HIV/AIDS mendapat rawatan and pemantauan, mengurangkan kebarangkalian menjangkit kepada orang lain dan memberikan pelan bagi rawatan jangka panjang. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization), rawatan segera kepada individu berjangkit mengikuti garis panduan perubatan boleh memadamkan penyebaran HIV secara mendadak. Ini adalah penting kerana ramai kes-kes jangkitan HIV/AIDS baru adalah dari orang-orang yang tidak mengetahui mereka menjangkit.[i],[ii]

"Sistem BD FACSPresto™ memperluaskan keupayaan untuk memantau pesakit-pesakit HIV/AIDS bagaikan dekat dengan rumah mereka,"kata Claude Dartiguelongue, Presiden BD Biosains. "Kami telah mengambil perhatian untuk memastikan bahawa sistem ini memenuhi keperluan persekitaran sumber terhad, seperti yang memaparkan operasi intuitif, tanpa mengabaikan piawaian ketepatan dan kualiti tinggi keputusan ujian kami."

Aliran kerja ini bermula dengan pengambilan darah dari jari atau venipuncture, seterusnya dipindahkan ke kartrij pakai buang. Bagi menambahkan bilangan ujian yang boleh dijalankan setiap hari, kartrij itu dieram diluar instrumen selama 18 minit. Selepas pengeraman, kartrij dimasukkan ke dalam sistem BD FACSPresto™ dan keputusannya boleh didapati dalam masa kurang daripada empat minit. Untuk memastikan kualiti dan ketekalan ujian, kawalan kualiti untuk reagen dan instrumen akan dilakukan dengan setiap keputusan.

Keputusan-keputusan kajian klinikal [iii] menunjukkan bahawa sistem BD FACSPresto™ setanding dengan  penganalisis tradisional, ini termasuk sistem analisis sel BD FACSCalibur di segi ketepatan dan kelinearan merentasi julat pengukuran yang luas. Dengan tahap ketepatan ujian sama, ini telah dapat memastikan pengendali dan pesakit  mendapat keyakinan yang tinggi dalam keputusan ujian.

Katrij menggunakan reagen kering dan amat stabil dalam pelbagai keadaan penyimpanan. Di samping itu, sistem ini mudah alih dan beratnya hanya 6 kg (13.2 lbs.).

Sistem BD FACSPresto™ telah ditandakan dengan CE-IVD dan boleh didapatkan sekarang. Sistem ini berharga kompetitif berbanding dengan sistem CD4 kini yang sedia ada di pasaran. Harga untuk kedua-dua sistem dan reagen akan diselaraskan dengan jangkaan Initiatif Akses Kesihatan Clinton (Clinton Health Akses Initiative), Pelan Kecemasan Presiden Untuk Bantuan AIDS (President's Emergency Plan for AIDS Relief), Kumpulan Wang Global, Perkongsian untuk Pengurusan Rantaian Bekalan (Partnership for Supply Chain Management) dan UNICEF.

Mengenai BD
BD adalah sebuah syarikat teknologi perubatan terkemuka yang bekerjasama dengan pelanggan-pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan untuk menangani keperluan kesihatan yang mendesak dan berkembang di dunia. Penyelesaian inovatif kami memberi tumpuan kepada meningkatkan penyampaian ubat, meningkatkan diagnosis penyakit berjangkit dan kanser, menyokong pengurusan diabetes dan memanjukan penyelidikan sel. Kami mempunyai hampir 30,000 pekerja-pekerja di 50 buah negara berusaha bersama untuk memenuhi tujuan kami "Membantu Semua Orang Hidup Dengan Sihat" dengan memajukan kualiti, akses, keselamatan dan kemampuan rawatan kesihatan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bd.com.

[i] AIDS. 2006 Jun 26;20(10):1447-50. Estimating sexual transmission of HIV from persons aware and unaware that they are infected with the virus in the USA.

[ii] http://www.cdc.gov/hiv/topics/surveillance/resources/reports/.

[iii] Data-data yang berkenaan boleh didapati dalam sistem

Hubungi:
Abigail Cardona
BD Public Relations
+1-201-847-4605
abigail_cardona@bd.com

Source: BD (Becton, Dickinson and Company)
Related Stocks:
NYSE:BDX
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services