omniture

GfK Verein: Kajian Global tentang Kebolehpercayaan dalam Pekerjaan

GfK
2014-05-06 10:00 174

NUREMBERG, Jerman, 6 Mei 2014 /PRNewswire/ --

- Ahli bomba diperingkatkan sebagai paling boleh dipercayai; ahli politik paling kurang dipercayai

Menurut kajian global yang telah dijalankan oleh GfK Verein tentang pekerjaan yang dipercayai, ahli bomba menduduki tangga pertama dalam senarai itu. Di hampir semua negara, ahli politik ialah golongan yang paling kurang dipercayai. Kajian global ini merangkumi kepercayaan yang dikaji secara empirik dalam lebih 30 pekerjaan yang dimiliki orang ramai semasa menjalinkan hubungan dalam kehidupan seharian mereka. Pemilihan ini bertumpu terhadap pekerjaan yang terdapat di kesemua 25 negara yang dinilai. GfK Verein ialah organisasi tanpa untung bagi menggalakkan penyelidikan pasaran.

Dalam perbandingan kumpulan profesional yang paling dipercayai, ahli bomba menjadi pilihan utama. Di 15 daripada 25 negara, mereka menduduki tempat pertama dalam senarai. Di negara Jepun, Korea Selatan serta Australia, pemeringkatan itu didahului oleh para jururawat manakala di Kenya, Afrika Selatan dan juga Indonesia pula, masing-masing didahului oleh para doktor. Ahli profesional yang paling dipercayai di Sweden ialah golongan paramedik, manakala di Turki pula, ahli farmasi ialah yang paling dipercayai dan di Nigeria pula, petani ialah yang paling dipercayai. Di Kenya, golongan guru di samping golongan doktor berada di tempat pertama pemeringkatan itu. Dengan pemeringkatan puncak sebanyak 98 peratus, hampir semua rakyat India mempercayai askar. Dengan pengecualian dua negara, golongan yang mendapat kepercayaan paling rendah ialah ahli politik. Di Indonesia, ejen insurans dan di Sweden, para peruncit dianggap sebagai paling tidak boleh dipercayai.

Selain tahap kepercayaan purata di setiap negara, kepercayaan ini telah dihitung dalam kumpulan profesional individu merentasi semua negara. Ahli bomba mendahului senarai ini, diikuti rapat dengan golongan jururawat dan doktor. Penilaian terhadap kakitangan bank pula menunjukkan julat yang agak besar, antara kepercayaan setinggi 88 peratus di India dan serendah 14 peratus di Sepanyol. Tahap kepercayaan terhadap golongan arkitek pula lebih konsisten. Dalam kumpulan ini, beza antara pemeringkatan kepercayaan paling tinggi dan paling rendah hanya 26 titik peratusan (90 peratus di Kanada melawan 64 peratus di Korea Selatan). Di semua negara, ejen insurans dan ahli politik mendapat kepercayaan yang paling rendah, namun dalam kategori ini juga, julatnya kurang seragam: Pemeringkatan kepercayaan individu berbeza antara 5 peratus di Sepanyol dan 50 peratus di Indonesia.

Tahap kepercayaan "purata" merentasi semua kumpulan profesional adalah tertinggi di Afrika Selatan, India dan juga Kanada. Jepun, Brazil serta Argentina berada di tangga hujung susunan ini dengan tahap kepercayaan paling rendah.

SUMBER  GfK

Source: GfK
Keywords: Publishing/Information Service Survey, Polls & Research