omniture

RS Components Membentuk Perikatan Pengedaran Global dengan PR Electronics bagi Membekalkan Peranti Penyesuaian Isyarat Kejituan Tinggi kepada Jurutera Proses dan Penyelenggaraan

RS Components
2014-05-06 11:00 135

Perjanjian akan membolehkan akses lebih mudah kepada pelbagai produk PR electronics melalui laman web RS

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Mei 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar barangan elektronik dan produk penyelenggaraan dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia, telah menandatangani perjanjian pengedaran global dengan PR electronics, pengeluar yang menerajui daripada segi penyelesaian penyesuaian isyarat untuk automasi kilang serta industri pemprosesan.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Perkongsian antara kedua-dua syarikat ini telah diwujudkan bagi mengukuhkan strategi globalisasi PR electronics, yang menyasarkan untuk berkhidmat kepada spektrum pelanggan proses dan automasi yang lebih luas di seluruh dunia, dan untuk memperkenalkan pelbagai pilihan peranti PR electronics kepada katalog dalam talian RS, termasuk: antara muka I.S.; pemancar suhu; pemboleh komunikasi; pengasing, peranti berbilang fungsi; serta paparan.

(Photo: http://photos.prnasia.com/prnh/20140502/8521402352 )

"Sebagai pengedar barangan elektronik dan automasi perindustrian yang menerajui, RS mempunyai pengalaman menyokong pelbagai produk PR electronics dengan jayanya secara dalam talian," menurut Simon Bisbo, Ketua Pegawai Keselamatan, PR electronics. "Kami teruja dengan perkongsian baharu ini. Ia merupakan penambahan kepada rangkaian rakan kongsi dan pengedar global kami yang sedia ada, dan penyelesaian e-dagang RS akan memberi kami peluang untuk membekalkan produk serta penyelesaian kami kepada lebih ramai pelanggan."

"PR electronics menggunakan teknologi kejituan tinggi untuk mereka bentuk dan turut menghasilkan produk canggih yang membuatkan penyesuaian isyarat lebih pintar dan ringkas," kata Kevin Shield, Pengurus Kategori Global, Automasi dan juga Kawalan di RS Components. "Tujuan kami menandatangani perjanjian ini adalah untuk memudahkan usaha jurutera proses dan penyelenggaraan seluruh dunia untuk menyumberkan dan turut membeli peranti yang sangat inovatif serta jitu yang menyingkirkan masa gagal fungsi dan membantu mereka menguruskan proses itu secara lebih intuitif pada kos minimum."

Peranti PR electronics boleh didapati untuk pesanan daripada RS bagi penghantaran pada hari yang sama dari pusat pengedaran global syarikat itu.

Latar belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar barangan elektronik dan produk penyelenggaraan dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia. Dengan pengendalian di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter jualan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, disumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuklah barangan elektronik, automasi dan juga kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik serta komponen mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013, telah mempunyai hasil sebanyak GBP 1.24 bilion.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web di www.rs-components.com.

Latar belakang PR electronics

PR electronics ialah syarikat teknologi yang menerajui dengan pengkhususan untuk membuatkan kawalan proses perindustrian lebih selamat, lebih andal serta lebih cekap. Sejak tahun 1974, PR gigih menyempurnakan kecekapan terasnya untuk menginovasi teknologi kejituan tinggi dengan penggunaan kuasa rendah. Dedikasi ini terus menetapkan standard baharu bagi komunikasi produk, dengan memantau dan turut menghubungkan titik pengukuran proses pelanggan kami kepada sistem kawalan proses mereka.

Teknologi inovatif berpaten PR ialah hasil kemudahan penyelidikan & pembangunan syarikat itu yang menyeluruh serta pemahaman yang sangat mendalam tentang proses dan keperluan pelanggan mereka. PR electronics bekerja berpandukan prinsip kesederhanaan, tumpuan, keberanian dan juga kecemerlangan, lalu membolehkan sebilangan syarikat paling hebat di dunia mencapai PRESTASI LEBIH PINTAR.

Tentang strategi globalisasi PR electronics: www.prelectronics.com/about-pr/news-and-events/news/expanding-prs-global-presence. Ikuti PR electronics di LinkedIn: linkedin.com/company/pr-electronics-a-s

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Edelman Public Relations (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

SUMBER: RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Electronic Design Automation Semiconductors Contracts Joint ventures