omniture

Risen Energy Tandatangani Perjanjian Bekalan Modul HJT 1GW bersama Athein

Risen Energy Co., Ltd
2023-07-03 23:00 12

NINGBO, China, 3 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd., sebuah syarikat solar bersepadu secara vertikal yang terkemuka, telahpun menandatangani perjanjian pembekalan dengan Athein Holding Pte Ltd, sebuah syarikat platform pengeluar kuasa bebas (IPP) yang diperbadankan di Singapura. Perjanjian tersebut akan menyaksikan Risen Energy menyediakan sehingga 1 GWp modul fotovolta Heterosimpang dengan lapisan Nipis Intrinsik (HJT) termaju kepada Athein Holding Pte Ltd, satu langkah yang mengukuhkan kedudukan Risen Energy sebagai peneraju bagi teknologi HJT dan inovasi tenaga boleh baharu.

Signing Ceremony
Signing Ceremony

Sebagai sebuah syarikat platform IPP, Athein Holding Pte Ltd memiliki peranan kritikal dalam memacu pembangunan infrastruktur tenaga boleh baharu di Asia Tenggara dan India. Melalui usaha niaga ini, Risen Energy akan menyumbang kepada misi Athein Holding Pte Ltd untuk memperoleh, membangunkan, membina dan mengendalikan projek-projek solar berskala utiliti dan atas bumbung di wilayah-wilayah ini. Perjanjian yang strategik ini menunjukkan komitmen Risen Energy untuk memacu pembangunan penyelesaian tenaga bersih di seluruh dunia dan menyelaraskan secara sempurna dengan visi syarikat untuk mencipta masa depan yang lestari buat semua.

Teknologi HJT ialah teknologi PV termaju yang menggabungkan kecekapan tinggi dengan degradasi rendah, menawarkan prestasi unggul berbanding modul PV tradisional. Sebagai peneraju global bagi teknologi HJT, Risen Energy berkedudukan unik untuk menyampaikan modul PV HJT yang berkualiti tinggi dan berprestasi tinggi yang memenuhi keperluan unik Athein Holding Pte Ltd dan menyokong rancangan pengembangan mereka merentas wilayah-wilayah APAC dan pasaran India. Tambahan pula, Risen Energy akan menyediakan perkhidmatan tambahan seperti sokongan teknikal, latihan dan perkhidmatan selepas jualan bagi memastikan pengalaman yang lancar untuk Athein Holding Pte Ltd.

"Modul HJT Risen Energy membuka jalan baharu untuk kami meningkatkan keupayaan kami bagi memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap penyelesaian tenaga bersih," kata Milan Koev, Ketua Pegawai Eksekutif Athein. "Kolaborasi ini menandakan satu kejayaan penting untuk Athein tatkala kami terus memantapkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam industri tenaga boleh baharu."

"Kami teruja untuk memeterai perkongsian yang strategik ini bersama Athein yang melambangkan satu kejayaan penting dalam usaha kami untuk memacu pembangunan teknologi tenaga boleh baharu di seluruh dunia," kata B.V.Chaudary, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran (CSMO) Risen Energy. Melalui perkongsian ini, kami yakin bahawa modul PV HJT kami yang berkualiti tinggi dan andal akan membantu Athein mencapai matlamat tenaga boleh baharu mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan industri tenaga boleh baharu."

Perjanjian pembekalan ini memantapkan kedudukan Risen Energy sebagai peneraju bagi teknologi HJT dan komitmennya untuk menyampaikan penyelesaian yang inovatif dan mampan kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan menjalin kerjasama bersama syarikat-syarikat yang berpandangan jauh seperti Athein Holding Pte Ltd, Risen Energy berkedudukan baik untuk mempercepatkan penerimaan penyelesaian tenaga bersih dan mampan di seluruh dunia.

Latar Belakang Risen Energy

Risen Energy ialah pengeluar Tahap 1, global dan terkemuka bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi dan penyedia penyelesaian perniagaan keseluruhan untuk penjanaan kuasa. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1986 dan disenaraikan secara terbuka pada tahun 2010, mendorong penjanaan nilai untuk pelanggan globalnya, memperoleh bahagian pasaran yang luar biasa di lebih 60 negara termasuk China, Eropah, AS, India, Brazil, Columbia, Chile, Australia, antara lain. Risen Energy diperuntukkan dengan baik untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang dan perkongsian jangka panjang dengan pelanggannya dalam pasaran utiliti, komersial dan kediaman. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web kami: www.risenenergy.com

Latar Belakang Athein

Athein ialah satu perkongsian Usaha Sama antara 5 syarikat di Asia Tenggara dan India. Syarikat platform ini komited untuk membantu pelanggan pembuatan multinasionalnya mencapai sasaran sifar bersihnya dan merancang untuk mengendalikan aset boleh baharu 1GWp menjelang tahun 2026. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web kami: www.athein.net

 

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts