omniture

Profesor XJTLU Menerima Anugerah "Guru Asing Kegemaranku di China" di Beijing

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2014-05-06 21:52 101

SUZHOU, China, 6 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Profesor David O'Connor, Dekan Penyelidikan & Pengajian Pascasiswazah serta Ketua Jabatan Sains Biologi di Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool (XJTLU), telah dianugerahkan gelaran kehormat "Guru Asing Kegemaranku di China" oleh Pentadbir Negeri bagi Hal Ehwal Pakar Asing pada 27 April.

Upacara itu, yang diadakan di Universiti Normal Beijing, telah dihadiri oleh beberapa individu penting termasuk En. Liu Yanguo dan En. Chen Huabei, para pegawai daripada Pentadbir Negeri bagi Hal Ehwal Pakar Asing serta Profesor Dong Qi, Presiden Universiti Normal Beijing.

Thomas Sudhof, pemenang Hadiah Nobel Tahun 2013 untuk Fisiologi & Perubatan serta Profesor Fisiologi Molekul & Sel di Universiti Stanford, turut menghadiri upacara itu dan telah memberi ucapan yang menggambarkan perjalanan kerjaya beliau, di samping pendapat beliau tentang cara merancang pengajaran dan penyelidikan. Sewaktu upacara itu berlangsung, Profesor O'Connor telah bertemu Profesor Sudhof dan turut memperkenalkan XJTLU kepada beliau.

Profesor David O'Connor berkata, "Saya berbesar hati dan gembira kerana dihadiahkan anugerah ini, yang menyerlahkan kepentingan yang ditekankan oleh XJTLU ke atas pembelajaran dan pengajaran. Ia mencerminkan semangat, kepakaran serta profesionalisme sekumpulan besar individu di universiti kami yang menjadikannya tempat bekerja yang sangat hebat. Saya, terutamanya sekali, sangat berbangga kerana para siswazah kami dipandang tinggi, walaupun Universiti ini baru berusia lapan tahun. Misalnya, dalam jabatan Sains Biologi, kebanyakan pelajar kami menyambung pelajaran mereka, dengan kira-kira separuh daripada mereka berjaya mendapat tempat dalam seratus universiti terbaik di dunia manakala 29 peratus daripada mereka pula berjaya mendapat tempat dalam sepuluh universiti terbaik. Anugerah ini diharapkan dapat meningkatkan lagi profil XJTLU."

Selain Anugerah "Guru Asing Kegemaranku di China", majlis itu turut mengiktiraf para pemenang Pertandingan Esei "Aku dan Guru Asingku" serta mengacarakan forum yang bertajuk "Jalan Menuju Bakat Antarabangsa".

Latar belakang XJTLU:

Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool ialah universiti antarabangsa yang telah ditubuhkan bersama oleh institusi yang menerajui bidang masing-masing daripada China dan UK. Sebagai usaha sama China-British yang bebas, XJTLU ialah perintis dalam bidang pendidikan tinggi di tanah besar China. Kampusnya terletak di bandar Warisan Dunia Suzhou di kawasan pinggir laut Timur China, yang mempunyai kepadatan KDNK keempat terbesar di China, dan turut menawarkan persekitaran tersendiri untuk menggalakkan pembelajaran, kehidupan dan juga kejayaan.

Ikuti kami:

facebook.com/xjtlu
weibo.com/xjtlu
twitter.com/xjtlu
linkedin.com/company/xi'an-jiaotong-liverpool-university

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Education Higher Education Awards