omniture

Forum Tenaga Digital "Mencipta Masa Depan Hijau dengan Tenaga Digital" diadakan di Shenzhen, China

China Southern Power Grid (CSG)
2023-07-04 08:37 95

SHENZHEN, China, 4 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pada 29 Jun 2023, Ekspo Tenaga Digital Antarabangsa dibuka Shenzhen, China. Pada sebelah pagi hari berkenaan, Forum Tenaga Digital "Mencipta Masa Depan Hijau dengan Tenaga Digital", forum utamanya, telahpun diadakan. Pakar-pakar tenaga domestik dan asing, perusahaan-perusahaan kuasa dan wakil-wakil perusahaan Internet bertukar-tukar pandangan tentang pertumbuhan sistem kuasa baharu, tenaga baharu, industri storan tenaga dan sebagainya.

"Creating a Green Future with Digital Energy" Digital Energy Forum held in Shenzhen, China.
"Creating a Green Future with Digital Energy" Digital Energy Forum held in Shenzhen, China.

Pencapaian pendigitan seperti Pengecasan Kuasa, Rangkaian Storan dan Nyahcas (1.0), Platform Pengurusan Loji Janakuasa Maya Shenzhen (2.0) dan Kertas Putih Tenaga Digital Shenzhen 2023 telahpun diperkenalkan di forum berkenaan.

"Dengan penyepaduan berskala besar kuasa tenaga baharu ke grid, sistem kuasa memerlukan keseimbangan antara tuntutan beban yang sentiasa berubah-ubah dan sumber kuasa, mengakibatkan perubahan asas pada bentuk struktur, mod kawalan operasi, perancangan, pembinaan dan pengurusannya," kata Liu Jizhen, ahli akademik di Chinese Academy of Engineering dan ketua State Key Laboratory of Alternate Electrical Power System with Renewable Energy Sources.

Menurut He Xiaobai, Naib Presiden CSG, CSG akan memainkan peranan penting sebagai sebuah perusahaan grid dalam transformasi hijau dan rendah karbon pembangunan ekonomi dan sosial. Mereka akan bekerjasama dengan perusahaan-perusahaan berkaitan tenaga yang lain bagi memudahkan pembangunan sektor kuasa tenaga yang berkualiti tinggi dan mewujudkan ekosistem dengan industri tenaga.

He Long, naib presiden BYD, memperkenalkan sejarah kerjasama syarikatnya dengan grid. Pada tahun 2011, BYD dan CSG membina Stesen Janakuasa Storan Tenaga Bateri Baoqing Shenzhen CSG Energy Storage yang merupakan stesen janakuasa storan tenaga alihan-beban-puncak terbesar di dunia. Stesen janakuasa itu telah beroperasi selama lebih daripada 10 tahun. Melangkah ke hadapan, BYD akan terus berpegang kepada pendekatan "pemikiran stesen janakuasa", meningkatkan kapasiti sel, menggunakan teknologi lata voltan tinggi dan melaksanakan storan tenaga melalui teknologi storan secara pam.

Menurut Dr. Mario Haim, naib presiden global Schneider Electric, kuasa elektrik merupakan bentuk tenaga yang paling cekap dan pembawa yang optimum untuk penyahkarbonan. Pendigitan mengupayakan pengenalpastian kehilangan tenaga yang tidak kelihatan sebelum ini, membawa kepada pengurangan pembaziran tenaga dan kecekapan penggunaan tenaga yang lebih baik. Penyepaduan antara pengelektrikan dan pendigitan merupakan kunci untuk mencapai masa depan yang lebih fleksibel dan lestari.

Sun Yao, pengarah pemasaran CGN New Energy Holdings Co., Ltd. dan Marcio Szechtman, ketua pegawai transmisi EBR, menekankan kepentingan teknologi digital dan teknologi maklumat untuk perusahaan-perusahaan yang berkaitan. Sun Yao memetik contoh ramalan harga elektrik. "Pendigitan merupakan alat yang amat berkesan untuk pengurusan yang tepat." Menurut beliau, setiap kumpulan penjanaan kuasa dalam pasaran elektrik matang antarabangsa memiliki sistem dagangan tenaga dan kawalan risikonya yang tersendiri. Marcio Szechtman menekankan kepentingan teknologi maklumat dalam mewujudkan sistem penghantaran kuasa yang stabil.

Sebagai salah sebuah bandar terawal di China yang membangunkan industri tenaga baharu, ketika ini Shenzhen memiliki lebih daripada 7,000 perusahaan storan tenaga yang terlibat dalam perkhidmatan berkaitan storan tenaga. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bandar ini menunjukkan pelbagai pencapaian inovatif yang signifikan, mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu teknologi global dalam industri ini. Semasa forum berkenaan, para peserta terlibat dalam perbincangan berhubung pasaran storan tenaga, teknologi storan tenaga baru muncul dan topik-topik lain yang berkaitan. Mereka menyasarkan untuk menjana idea bagi pertumbuhan perusahaan, memupuk ekosistem yang menguntungkan untuk industri storan tenaga baharu dan memudahkan pembangunan industri storan tenaga yang berkualiti tinggi.

Source: China Southern Power Grid (CSG)
Keywords: Computer/Electronics Oil/Energy Utilities Trade show news