omniture

Projek Perintis Hidrogen Hijau Kuqa Xinjiang Sinopec Mula Beroperasi, Menerajui Pembangunan Hidrogen Hijau China

SINOPEC
2023-07-04 08:56 19

KUQA, China, 4 Julai 2023 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") mengumumkan Projek Perintis Hidrogen Hijau ("Projek") yang dibina oleh syarikat di Bandar Kuqa, Wilayah Aksu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, telah memulakan operasi. Operasi rasmi loji tersebut, yang memanfaatkan tenaga solar untuk menjana hidrogen hijau, menandakan satu langkah yang besar ke hadapan dalam penerokaan teknologi Sinopec untuk menghasilkan hidrogen bersih tatkala ia memperkasa negara ini untuk beralih kepada sistem tenaga yang lebih hijau dan lebih lestari.

Projek Perintis Hidrogen Hijau Kuqa Xinjiang Sinopec Mula Beroperasi, Menerajui Pembangunan Hidrogen Hijau China
Projek Perintis Hidrogen Hijau Kuqa Xinjiang Sinopec Mula Beroperasi, Menerajui Pembangunan Hidrogen Hijau China

Diterajui oleh New Star Company Sinopec, projek mega itu merupakan projek solar-kepada-hidrogen terbesar di dunia dan yang pertama seumpamanya di China yang dilengkapi dengan kompleks penjanaan kuasa fotovolta, penghantaran kuasa dan talian transformasi, serta kemudahan untuk penghasilan hidrogen elektrolisis air, penyimpanan dan pengangkutan hidrogen serta menyokong penghasilan tambahan.

Hidrogen hijau yang dihasilkan oleh kemudahan yang dikuasakan oleh sumber kuasa boleh baharu seperti tenaga solar dan angin, meminimumkan jejak karbon dalam seluruh proses pengeluaran. Projek tersebut memanfaatkan sumber fotovolta yang banyak di Kuqa bagi mencapai 20,000 tan setahun hidrogen hijau dengan menggunakan kuasa solar untuk mengelektrolisis air, berserta kapasiti untuk menyimpan 210,000 meter padu hidrogen dan mengangkut 28,000 meter padu sejam.

Sebagai sebuah projek demonstrasi yang berperanan untuk membuka jalan baharu bagi penapisan hidrogen hijau dan menyediakan model yang boleh dicontohi untuk penghasilan hidrogen di China, Projek itu membekalkan hidrogen kepada Tahe Refining & Chemical Sinopec untuk menghapuskan kuasa elektrik berasaskan bahan api fosil yang digunakan untuk penghasilan hidrogen yang dijangka dapat membantunya mengurangkan 485,000 tan emisi karbon dioksida setiap tahun.

Dengan tumpuan pada pengangkutan berkuasa hidrogen dan penapisan hidrogen hijau, Sinopec bermatlamat untuk melancarkan syarikatnya bagi menjadi penjana tenaga baharu yang mempelopori inovasi penghasilan hidrogen di China, memudahkan China dan selanjutnya untuk mencapai sasaran rendah karbon pada tahun-tahun akan datang. Dengan penghasilan hidrogen tahunan dan kapasiti penggunaan melebihi 4.5 juta tan, stesen penghasilan hidrogen elektrolisis PEM skala-megawatt yang dibangunkan sendiri oleh Sinopec telah memulakan operasi dan projek demonstrasi hidrogen pertamanya di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, yang dijangka menghasilkan 30,000 tan metrik hidrogen setahun, telahpun dilancarkan pada tahun 2023.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.sinopecgroup.com/group/en/.

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Alternative Energies Chemical Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services