BANGKOK, 4 Julai 2023 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi global yang terkemuka, telahpun bekerjasama dengan AIS, operator mudah alih terkemuka Thailand dan Qualcomm Technologies, Inc. untuk menyempurnakan dengan jayanya percubaan teknologi mmWave SA (Seni Bina Mandiri 5G) di pusat AZ, Bangkok. Pencapaian ini bukan sahaja menempatkan Thailand sebagai peneraju di rantau ASEAN berhubung penerokaan mmWave, bahkan turut menandakan langkah penting ke arah mengkomersialkan mmWave di negara ini, lalu memenuhi keperluan pengguna dan industri yang pelbagai.
Semasa percubaan, teknologi SA mmWave 5G menunjukkan kelajuan pautan turun tiada tandingan iaitu 7.04Gbps di bawah struktur bingkai DDDSU, kelajuan pautan naik mengagumkan iaitu 2.12Gbps di bawah struktur bingkai DSUUU dan kependaman hujung-ke-hujung kurang daripada 4ms. Hasil yang luar biasa ini dicapai menggunakan prototaip CPE tunggal yang dikuasakan oleh Sistem Modem-RF 5G Snapdragon® X65 daripada Qualcomm Technologies, berserta peralatan infrastruktur rangkaian AAU mmWave terkini ZTE. Daya pemprosesan yang tinggi dan kelewatan penghantaran data minimum yang ditawarkan oleh teknologi termaju ini membolehkan pengguna mengalami respons segera semasa aplikasi kritikal seperti permainan dalam talian, realiti maya dan kenderaan autonomi. Dengan sambungan yang lancar antara pengguna dan peranti mereka, kemajuan ini membuka peluang yang sangat luas baik untuk perniagaan mahupun pengguna.
Dibandingkan dengan EN-DC atau NR-DC, SA mmWave dilaksanakan menggunakan empat pembawa 200MHz pada pautan turun dan dua pembawa 200MHz pada pautan naik yang kesemuanya beroperasi pada 26GHz sahaja. Pendekatan ini mempermudah seni bina rangkaian dengan ketara dan menghapuskan keperluan untuk "menambat" sel dalam EN-DC atau NR-DC, lantas mengelakkan perbelanjaan CAPEX tambahan.
Paparan SA mmWave dianggap sebagai pemangkin untuk kemajuan komersial teknologi mmWave 5G yang pesat di Thailand. AIS, Qualcomm Technologies dan ZTE komited untuk mempercepatkan dan meluaskan keupayaan 5G, meningkatkan kecekapan dan menerobos sempadan aplikasi dalam persekitaran peribadi, perusahaan dan industri. Komitmen ini bermatlamat untuk meningkatkan ketersambungan dan produktiviti keseluruhan, membuka kemungkinan baharu baik untuk pengguna mahupun industri.
Wasit Watansap, Ketua Unit Operasi dan Perniagaan Sokongan Seluruh Negara AIS, menyatakan, "Selaras dengan matlamat dan rancangan kami untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan ke arah menjadi Cognitive Tech-Co (Syarikat Teknologi Kognitif) atau penyedia teknologi telekomunikasi pintar, kami berusaha secara kolaboratif dengan rakan-rakan kongsi global seperti ZTE dan Qualcomm untuk meningkatkan potensi 5G, membolehkannya menampung tingkah laku pelanggan dan menyokong pertumbuhan ekonomi digital, yang bergantung pada kekukuhan infrastruktur teknologi digital. Di samping itu, kejayaan yang dicapai dalam pengujian teknologi SA mmWave, dengan kependaman kurang daripada 4 milisaat, kelajuan pautan naik 2.12 Gbps dan kelajuan pautan turun 7.04 Gbps akan memperkasa rangkaian 5G dengan keupayaan dan kecerdasan yang akan membawa kepada pelbagai penyelesaian, seperti mengawal jentera di kilang dan pembuatan, pemanduan autonomi, pembedahan jarak jauh, bahkan Permainan Awan Mudah Alih berkelajuan tinggi, andal, dengan kependaman rendah, responsif serta waktu sebenar, lantas memberi manfaat kepada perniagaan, industri dan rakyat Thai, tanpa ragu-ragu."
"Ia merupakan satu penghormatan apabila dapat menjadi rakan kongsi AIS dan ZTE yang berterusan bagi mencapai kejayaan penting yang berperanan sebagai langkah penting ke arah penggunaan penuh 5G mmWave di Thailand. Kami kekal komited untuk memajukan pembangunan 5G mmWave kerana ini akan mengupayakan lagi dunia terhubung secara pintar yang memberi manfaat bukan sahaja kepada perusahaan, tetapi juga pengalaman harian pengguna akhir," kata ST Liew Naib Presiden, QUALCOMM CDMA Technologies Asia-Pacific Pte. Ltd. dan Presiden, Qualcomm Taiwan, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand.
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan AIS dan Qualcomm Technologies untuk mencapai kejayaan ini, yang meletakkan asas pengesahan teknologi untuk pengkomersialan 5G mmWave," kata Mei Zhonghua, Naib Presiden Kanan ZTE Corporation. "Dengan peluang 5G lebih luas yang diupayakan oleh mmWave, kami akan berganding bahu bersama rakan-rakan kongsi untuk terus memacu pembangunan mmWave, mencipta pengalaman terunggul dan menyambut era 5G yang hebat."
LATAR BELAKANG AIS:
Advanced Info Service Public Company Limited (AIS) ialah Penyedia Perkhidmatan Digital 5G dengan spektrum yang paling luas untuk menyediakan perkhidmatan, berjumlah 1420MHz. Syarikat ini memiliki pelanggan yang paling ramai di Thailand, berjumlah lebih 46 juta pada Disember 2022. AIS bersedia untuk memberi kuasa kepada Thailand dengan teknologi 5G yang ketika ini meliputi 77 wilayah melalui 3 perniagaan teras: telefon bimbit, jalur lebar rumah berkelajuan tinggi melalui AIS Fibre dan Perkhidmatan Digital dalam 5 aspek iaitu video, Awan, pembayaran digital, Internet Pelbagai Benda (IoT) dan perkhidmatan yang disediakan bersama-sama rakan-rakan kongsi. Syarikat ini turut berkembang ke dalam AIS eSports dan AIS Insurance Service. Kesemua ini adalah untuk meneruskan dengan visi untuk menjadi Cognitive Tech-Co, bagi menyokong infrastruktur digital yang tangkas untuk negara ini, meningkatkan potensi kompetitif sektor perindustrian dan menaik taraf kualiti hidup untuk semua rakyat Thai. Cari kami di www.ais.th
LATAR BELAKANG QUALCOMM:
Produk-produk berjenama Snapdragon dan Qualcomm merupakan produk daripada Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiari-subsidiarinya. Teknologi berpaten Qualcomm dilesenkan oleh Qualcomm Incorporated. Qualcomm dan Snapdragon merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Qualcomm Incorporated.
LATAR BELAKANG ZTE:
ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat ini menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, portfolionya merangkumi semua siri tanpa wayar, talian dawai, peranti dan perkhidmatan telekomunikasi profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu perempat daripada populasi global, ZTE berdedikasi untuk mencipta ekosistem digital dan pintar serta mengupayakan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan pada kedua-dua Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global
IKUTI KAMI:
Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation
PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn