SAO PAULO, 7 Mei 2014 /PRNewswire/ -- FORUM COMANDATUBA ke-13 yang dianjurkan oleh LIDE – Kumpulan Pemimpin Perniagaan yang dipengerusikan oleh Joao Doria Jr., telah berlangsung dari 1 hingga 4 Mei di Bahia dengan kehadiran seramai 320 pemimpin perniagaan serta pihak berkuasa politik yang bertugas untuk Agenda bagi Pembangunan Brazil. Malam pertama forum tersebut telah berlangsungnya majlis penyampaian ANUGERAH LIDE 2014 untuk para Pengarah Eksekutif yang memberi sumbangan paling banyak melalui perubahan penting yang dilakukan untuk pembangunan negara.
Senator Aecio Neves dan Eduardo Campos, mantan gabenor Pernambuco serta kedua-dua calon Presiden Republik ini telah membentangkan platform masing-masing pada Seminar LIDE yang turut mengalu-alukan penyertaan perwakilan daripada dunia polisi dan ekonomi, calon parti Campos untuk jawatan Naib Presiden, Marina Silva serta usahawan Jorge Gerdau, Presiden Lembaga Pengarah Gerdau Group dan juga Edson Bueno, Presiden Lembaga Amilpar dan LIDE EMPRENDEDOR.
Aecio Neves mempertahankan undian daerah dan idea untuk pemilihan semula dengan mandat selama lima tahun. Menerusi ungkapan "Kami semua Rakyat Brazil, kami tidak boleh membahagikan Brazil menjadi situasi Kita lawan Mereka", senator tersebut mengkritik perubahan teras makroekonomi yang dilakukan ketika mandat kedua mantan presiden Lula. Pada pandangan Aecio, presiden seterusnya akan mengambil alih negara yang mempunyai pelbagai masalah serius, seperti peningkatan inflasi, kadar pertumbuhan yang rendah serta kehilangan kredibiliti.
Menurut Joao Doria Jr., Presiden LIDE, "Pengasingan Dilma ini amat membingungkan, berada pada jarak jauh menyulitkan keadaan di Brazil". Pada pendapat beliau, pihak pembangkang yang diwakili oleh Aecio dan Campos wujud disebabkan oleh keadaan semasa negara yang tidak berkembang dan tidak aktif.
Persoalan bebanan cukai merupakan salah satu daripada topik perbalahan. Aecio Neves telah membahagikan masalah cukai ini kepada dua bahagian: jika dipilih, beliau akan mewujudkan jabatan khas yang dilantik untuk membentangkan cadangan meringkaskan sistem ini dalam beberapa bulan pertama. Seterusnya, kawalan perbelanjaan kerajaan akan diperketat agar dapat menghasilkan pembaharuan secara sepenuhnya. Sebaliknya, Eduardo Campos mempertahankan cadangan pengurangan jumlah jabatan kerajaan dan peningkatan sinergi antara dasar kewangan dan cukai menerusi pembaharuan cukai secara berkumpulan.
Pelaburan dalam bidang pendidikan pula mendapat kritikan hebat daripada Eduardo Campos yang percaya berlakunya aparteid dalam pendidikan. "Kerajaan membelanjakan beberapa trilion untuk tenaga, namun hanya R$ 12 bilion dibelanjakan untuk Fundeb". Menurut Campos, "Kita perlu meninggalkan cara pemikiran lama dan terus melangkah ke hadapan", ungkapan yang ditafsirkan sebagai saat untuk melakukan perubahan dalam kerajaan.
Forum tersebut diadakan setiap tahun dengan matlamat untuk membahaskan dasar ekonomi, pengurusan perniagaan serta tanggungjawab sosial yang memberi kesan terhadap seluruh negara.
Maklumat lanjut:
Rose Rocha: rose-rocha@cdn.com.br +55 (11 3643-2952)