omniture

MXT Global Lantik Reiji Onizawa sebagai Pengarah Urusan

MXT Global
2014-05-07 16:02 106

SYDNEY, 7 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Penyedia perkhidmatan kewangan di Australia, MXT Global, hari ini telah mengumumkan pelantikan pakar mata wang dan komoditi, Reiji Onizawa menyertai Lembaga Pengarahnya. Jawatan rasmi beliau adalah sebagai Pengarah Urusan yang bertanggungjawab terhadap pelaburan modal, berkuat kuasa serta-merta.

"Kami amat gembira menerima En. Onizawa untuk bekerja bersama-sama kami di MXT Global. Pada tahun lalu, kami telah berkembang dengan begitu pantas dan En. Onizawa bukan sahaja mempunyai wawasan, malah turut mempunyai pengalaman yang dapat membawa kami menuju peringkat seterusnya dalam usaha mengembangkan perniagaan kami," ujar Xiawei Que, Pengurus Jualan & Dagangan MXT Global.

Sebelum ini, Reiji Onizawa pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Eksekutif di FPG Securities yang bertanggungjawab memimpin permulaan kewangan baharu syarikat tersebut. Terdahulu, Onizawa merupakan Pengarah dan Ketua Bahagian Mata Wang & Jualan Komoditi di Credit Suisse Securities, Jepun. Ketika berada di situ, beliau amat dikenali kerana telah berjaya meningkatkan segmen pelanggan korporat baharu sebanyak enam kali jumlah sebelumnya, hanya dalam tempoh satu tahun. Onizawa juga pernah memegang jawatan di Deutsche Securities, UBS serta National Westminster Bank.

Onizawa yang membawa pengalaman beliau selama lebih 20 tahun dalam sektor kewangan dan perbankan serta kefahaman global beliau kepada MXT Global, pernah bertugas dan turut menetap di Jepun, UK, AS serta Singapura. "Saya amat gembira dapat menyertai MXT Global pada fasa perkembangan syarikat ini. Saya amat berharap dapat menerajui usaha perkembangan pelaburan modal serta membina pasukan pakar mata wang," kata Onizawa berkenaan pelantikan beliau.

Pada tahun lalu, MXT Global telah dinamakan sebagai Broker Berkembang Paling Pantas di Australia bagi Anugerah APFIA 2013 serta mendapat pengiktirafan atas usahanya dalam menjalin hubungan Australasia.

Latar Belakang MXT Global

MXT Global (MXT) ialah penyedia perkhidmatan kewangan yang bermatlamat untuk menyediakan kombinasi terbaik yang terdiri daripada perkhidmatan pelanggan, teknologi dagangan Forex dalam talian serta perbezaan harga yang paling ketat dalam pasaran. Kami menyediakan capaian kepada platform dagangan terkenal untuk para pedagang Australia dan pedagang antarabangsa, platform seperti MetaTrader 4 (MT4), kedua-dua PC dan Mac, penyelesaian tanpa komputer meja seperti mudah alih dan Webtrader. MXT Global Pty Ltd (MXT) mendapat pengesahan dan turut dikawal selia oleh ASIC (AFSL #428901).

Bagi maklumat lanjut

Hubungi: Nicole Li 
Telefon: 1300 858 952 
E-mel: nicole.li@mxtglobal.com 
Laman Web: http://www.mxtglobal.com

SUMBER  MXT Global

Source: MXT Global
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Web Site Personnel announcements