omniture

Sidang Akhbar Eco Forum Global Guiyang 2023 Diadakan di Beijing

Huanqiu.com
2023-07-05 14:09 77

BEIJING, 5 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Laporan berita oleh Huanqiu.com

Dalam menghadapi cabaran global yang dicetuskan oleh perubahan ekologi, kerajaan Cina melancarkan inisiatif global berhubung pembinaan ekologi, menyeru masyarakat antarabangsa untuk mendokong konsep komuniti yang berkongsi masa depan dengan seluruh umat manusia. Ia turut menggalakkan pembinaan tadbir urus alam sekitar global yang adil dan munasabah melalui kerjasama yang saling menguntungkan demi pembinaan bersama dunia yang lebih bersih dan lebih indah.

The Press Conference of the Eco Forum Global Guiyang 2023 was held in Beijing on July 3. (Gog.cn/Hu Hongtao)
The Press Conference of the Eco Forum Global Guiyang 2023 was held in Beijing on July 3. (Gog.cn/Hu Hongtao)

Pada 3 Julai, Sidang Akhbar Eco Forum Global Guiyang 2023 telahpun diadakan di Beijing. Ia akan bermula pada 8 hingga 9 Julai di Guiyang, Wilayah Guizhou, melalui kedua-dua bentuk dalam talian dan luar talian. Lebih daripada 2500 tetamu dijangka menghadiri forum itu, antaranya pemimpin-pemimpin CPC dan tokoh-tokoh negara, tokoh-tokoh politik negara-negara asing, ketua-ketua kementerian dan jabatan negara serta pemimpin daripada organisasi-organisasi antarabangsa, institut-institut penyelidikan serta perusahaan-perusahaan pembangunan hijau yang terkemuka. Mereka akan menyampaikan ucapan di persidangan tersebut.

Forum yang bertemakan "Mengejar Pemodenan Harmoni antara Umat Manusia dan Alam Semula Jadi - Menggalakkan Pembangunan Hijau dan Rendah-karbon," itu akan mengadakan majlis perasmian dan penutupan, forum bertema, pameran serta tarikan pelaburan industri hijau. Ia dicirikan oleh tema yang lebih berfokus untuk perbincangan, pameran yang lebih pelbagai serta tarikan pelaburan yang lebih berkesan.

Tema-tema lebih berfokus untuk perbincangan: sejumlah 17 forum bertema disediakan dalam empat modul, iaitu "Teori dan Praktis Pemikiran Xi Jinping mengenai Tamadun Ekologi," "Pembangunan Hijau dan Rendah-karbon," "Perlindungan Ekologi serta Pencegahan dan Rawatan Pencemaran" dan "Pertukaran dan Kerjasama Antarabangsa." Lebih 50 pakar dan cendekiawan terkenal akan menghadiri forum itu, termasuk 17 ahli akademik daripada Chinese Academy of Sciences dan Chinese Academy of Engineering. Forum berkenaan dijadualkan untuk menyampaikan penemuan kajian teori, menubuhkan Green Climate Fund of Guizhou dan melaksanakan hasil yang lain dalam amalan.

Pameran-pameran yang lebih pelbagai: memfokuskan pada pembangunan hijau, forum tersebut akan mengadakan pameran yang memaparkan produk inovatif hijau dalam pelbagai bidang dan membina pangkalan demonstrasi untuk penyelidikan tapak forum tersebut dengan ciri-ciri tersendiri serta hasil ekologi yang signifikan. Di samping itu, dengan menyepadukan kaedah dalam talian dan luar talian, forum berkenaan komited untuk menunjukkan pencapaian dalam mengusahakan pembangunan ekonomi hijau di dalam dan luar negara, serta di Guizhou.

A beautiful view of Guanshanhu District of Guiyang,  Guizhou province.(Photo by Cao Jingjian)
A beautiful view of Guanshanhu District of Guiyang, Guizhou province.(Photo by Cao Jingjian)

Enam modul telah disediakan, termasuk kawasan pameran wilayah tetamu kehormat, kawasan pameran Guizhou, kawasan pameran perusahaan teknologi alam sekitar, kawasan pameran komoditi antarabangsa, kawasan pelancaran produk baharu dan kawasan rundingan perdagangan.

Tarikan pelaburan yang lebih berkesan: menumpukan pada bidang-bidang penting iaitu tenaga baharu, bahan baharu, penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar serta penggunaan kitar semula, forum berkenaan akan membina sebuah platform untuk industri hijau bagi menarik pelaburan sekali gus mencari peluang kerjasama dan pertukaran.

Forum tersebut akan menjalankan kempen berhubung pengenalan modal industri hijau dan mengatur projek kerjasama hijau untuk penandatanganan perjanjian di tapak forum. Dengan tumpuan pada beberapa bidang, ia merancang dan menetapkan 220 projek ekologi hijau untuk tarikan dan promosi pelaburan. Di samping itu, ia merancang untuk melaksanakan penandatanganan "Projek Perindustrian Hijau Eco Forum Global Guiyang" serta "Projek Pembangunan Hijau Utama Guizhou dan Perjanjian Kerjasama Strategik", dengan jumlah nilai penandatanganan dijangka melebihi RMB 16 bilion.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Guizhou tegas melaksanakan Pemikiran Xi Jinping mengenai Tamadun Ekologi dan pengaturan kerja Jawatankuasa Pusat CPC yang berkaitan berhubung pembinaan ekologi. Ia melaksanakan tindakan strategik "ekologi am" dan aktif mempromosikan pembinaan zon perintis tamadun ekologi nasional dengan pencapaian yang luar biasa, mengubah persekitaran ekologinya yang baik menjadi kelebihan terbesar untuk pembangunan dan persaingan.

Eco Forum Global Guiyang ialah satu-satunya forum antarabangsa di peringkat kebangsaan yang bertemakan tamadun ekologi di China dan telahpun diadakan dengan jayanya sebanyak 11 kali sejak mula dianjurkan pada tahun 2009. Sejak penganjuran forum tersebut, Guizhou telah meneruskan langkah dan meninjau konsep tamadun ekologi dan pembangunan mampan serta memperdalam pertukarannya yang ekstensif serta kerjasama praktikal dengan komuniti antarabangsa dalam perlindungan ekologi, pemuncakan karbon dan keneutralan karbon, perubahan iklim serta bidang-bidang lain.

Forum tersebut telah berfungsi sebagai platform yang penting untuk menyebarkan Pemikiran Xi Jinping mengenai Tamadun Ekologi, berperanan sebagai strategi diplomatik negara dan menunjukkan pencapaian negara-negara yang berbeza dalam pembinaan ekologi, lalu menggalakkan pembinaan global tamadun ekologi. Pada tahun ini, forum tersebut bertujuan untuk melakukan inovasi yang selanjutnya, memanfaatkan sepenuhnya kelebihannya dan mengumpul kebijaksanaan kolektif untuk mewujudkan kesepakatan. Sementara itu, ia tetap berdedikasi untuk mempererat kerjasama, mengukuhkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa berhubung tamadun ekologi dan mengusahakan pemodenan yang harmoni antara umat manusia dan alam semula jadi.

Source: Huanqiu.com
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service Environmental Issues Trade show news