ABU DHABI, UAE, 8 Mei 2014 /PRNewswire/ -- ADS Securities, syarikat perkhidmatan dagangan forex bebas yang menerajui di Timur Tengah telah memperkenalkan 100 peratus bonus pengenalan untuk kesemua pelanggan Perdana baharu. Tawaran ini akan berlangsung sepanjang bulan Mei 2014 dan boleh didapati dalam semua pasaran.
Raif Hawwas, Ketua Bahagian Perkhidmatan Profesional ADS Securities mengulas, "Kami menyediakan perkhidmatan dagangan forex yang hebat untuk para pelanggan kami, dengan memberikan mereka capaian kepada teknologi, harga serta tahap perkhidmatan yang mereka perlukan. Mereka amat mengagumi kemantapan ADS Securities serta peraturan dan juga permodalan syarikat ini, maka kami amat berbangga kerana dapat menawarkan bonus tulen ini kepada semua peniaga baharu."
Bagi mendapatkan bonus tersebut, para pelanggan boleh layari http://www.ads-securities.com/private-clients dan 'Buka Akaun Baharu' atau klik pada sepanduk Bonus 100 peratus. Tawaran ini hanya boleh didapati untuk pelanggan baharu ADS Securities. Sebaik sahaja akaun tersebut dibuka dan dibiayai, ADS Securities akan 'menggandakan' deposit yang disediakan untuk dagangan, sehingga mencecah AS$10,000.
Para pelanggan boleh menjalankan perdagangan forex (FX) melibatkan sehingga 60 pasang mata wang berbeza serta pelbagai CFD yang sangat kompetitif, kesemuanya daripada broker yang paling dipercayai di Timur Tengah. Pembukaan dan pembiayaan akaun adalah pantas dan mudah, lalu membolehkan para pelanggan memperuntukkan masa mereka agar dapat merangka strategi perdagangan yang cemerlang.
Bonus 100 peratus ini boleh didapati untuk akaun Perdana yang juga boleh dimulakan dengan terma bebas pertukaran. Para pelanggan boleh berdagang dengan leveraj sehingga 500:1 menerusi FX manakala 200:1 pula menerusi logam dan CFD (leveraj tepat bergantung pada jenis akaun Perdana). Latihan dan pendidikan peniaga serta penyelidikan proprietari juga boleh didapati untuk semua pelanggan.
Latar Belakang ADS Securities:
ADS Securities yang berpusat di Abu Dhabi ini merupakan firma dagangan forex, bulion serta komoditi yang membawakan peluang baharu yang signifikan untuk individu yang terlibat dalam pasaran forex, komoditi, niaga hadapan dan juga opsyen pada peringkat global dan serantau.
Lokasi syarikat ini di Abu Dhabi membolehkannya menyediakan sokongan lanjutan untuk para pelanggannya di Timur dan Barat menjangkaui waktu dan hari dagangan yang lazim. Bagi perdagangan Forex, logam berharga, komoditi, niaga hadapan, opsyen dan sebagainya, sila layari http://www.adss.com. ADS Securities adalah sebahagian daripada kumpulan ADS Holding yang dikawal selia serta dilesenkan oleh UAE Central Bank. Ia telah ditubuhkan dengan modal permulaan sebanyak AS$400 juta.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Stephen Davie, Pengarah Komunikasi, ADS Securities
Telefon: +971-2-654-7663
Telefon bimbit: +971-56-6852-878
E-mel: sgd.mkt@ads-securities.com
SUMBER ADS Securities