omniture

Hard Rock International tidak Meneroka Pembangunan Baharu Hard Rock Cafe di I-City -- KENYATAAN DARIPADA HARD ROCK INTERNATIONAL

Hard Rock International
2023-07-05 18:06 26

SINGAPURA, 5 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Meskipun Hard Rock International sentiasa berusaha untuk membawa jenama Hard Rock kepada seramai mungkin orang, ketika ini kami tidak meneroka pembangunan baharu Hard Rock Cafe di I-City. Sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya adalah palsu. Kami memiliki lima lokasi Hard Rock Cafe di rantau ini untuk dikunjungi oleh peminat Hard Rock, iaitu di Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Puteri Harbour.

Hard Rock International komited terhadap projek-projek Cafe yang aktif bersama rakan-rakan kongsi francais kami yang sudah sekian lama, HRC Holdings Pte Ltd (Singapura, Lapangan Terbang Changi, Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang) dan Terminal Perintis Sdn Bhd (Ipoh dan Puteri Harbour).

Untuk maklumat tambahan tentang Hard Rock International, termasuk lokasi-lokasi lain, sila kunjungi www.hardrock.com.

Latar Belakang Hard Rock®:

Hard Rock International (HRI) ialah salah sebuah syarikat yang paling diiktiraf di peringkat global dengan tempat-tempat di lebih 70 negara mencakupi 290 lokasi yang melibatkan Hotel, Kasino, Rock Shops®, Tempat Persembahan Langsung dan Kafe yang dimiliki/dilesenkan atau diurus. HRI turut melancarkan satu usaha sama yang bernama Hard Rock Digital pada tahun 2020, iaitu platform buku sukan dalam talian, buku sukan runcit dan permainan internet dalam talian. Bermula dengan gitar Eric Clapton, Hard Rock memiliki koleksi memorabilia muzik autentik yang terbesar dan paling bernilai di dunia iaitu sebanyak lebih daripada 87,000 memorabilia, yang dipaparkan di lokasi-lokasinya di seluruh dunia. Hard Rock Hotels telah diberi penghormatan oleh Kajian Kepuasan Tetamu Hotel Amerika Utara J.D. Power sebagai jenama nombor satu dalam Kepuasan Tetamu Cemerlang selama dua tahun berturut-turut dan merupakan antara Hotel Kelas Atasan Teratas terbaik selama empat tahun berturut-turut. HRI menjadi syarikat permainan milik persendirian pertama yang ditetapkan sebagai Syarikat Terurus Terbaik A.S. oleh Deloitte Private dan The Wall Street Journal pada tahun 2021, dan sejak itu diberi pengiktirafan sebanyak tiga kali. Hard Rock turut diberi pengiktirafan oleh Forbes sebagai antara Majikan Terbaik Dunia serta Majikan Terbaik untuk Wanita, Kepelbagaian dan Siswazah Baharu dan Majikan Besar Terbaik dalam Industri Pelancongan & Santai, Permainan dan Hiburan. Menerusi Global Gaming Awards 2022, Hard Rock dinamakan sebagai Pengendali di Darat Terbaik Tahunan buat kali kedua dalam empat tahun. Pada tahun 2021, Hard Rock Hotels & Casinos mendapat kedudukan tempat pertama menerusi Tinjauan Kepuasan Eksekutif Permainan Kasino yang dijalankan oleh Bristol Associates Inc. dan Spectrum Gaming Group selama enam daripada tujuh tahun yang lalu. Ketika ini, Hard Rock International memegang gred pelaburan daripada agensi-agensi penarafan pelaburan utama: S&P Global Ratings (BBB) dan Fitch Ratings (BBB). Untuk maklumat lanjut tentang Hard Rock International, kunjungi www.hardrock.com atau shop.hardrock.com.

Source: Hard Rock International
Keywords: Banking/Financial Service Restaurants Retail Corporate Expansion