omniture

Cheung Sheng Development dan Hyundai Engineering Tandatangani MOU untuk Kerja Pembinaan Fasa 1 Siem Reap Metropolis

Cheung Sheng Development
2014-05-08 09:00 118

SIEM REAP, Kemboja, 8 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Berikutan sidang akhbar rasmi yang berlangsung di Beijing pada bulan Disember lalu untuk projek pembangunan mega yang dikatakan sebagai salah satu projek harta tanah terbesar yang berterusan di Kemboja, pihak pemaju Siem Reap Metropolis, Cheung Sheng Development, telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Hyundai Engineering. Perjanjian tersebut termeterai antara kedua-dua pihak pada 29 April 2014, yang dengannya Hyundai Engineering akan menyediakan bantuan teknikal selaku kontraktor untuk fasa pertama kerja pembangunan Projek Metropolis itu.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140506/0861402972-a

Projek Siem Reap Metropolis itu dicadangkan sejak bulan Ogos 2013 lagi dan sejak itu, pihak pemajunya, Cheung Sheng Development yakni syarikat subsidiari milik Cheung Sheng Global Holdings Limited, telah mencantumkan pelbagai unsur yang diperlukan. Projek itu merangkumi tanah utama seluas 227,981.650 meter persegi di bandar Siem Reap dan turut menempatkan taman tema warisan dalaman, hotel, kedai runcit, pejabat serta kondominium kediaman.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140506/0861402972-b

Unsur ketara pada fasa pembangunan ini merupakan Taman Tema Warisan Dalaman Angkor Renaissance iaitu kemudahan dalaman 4 tingkat yang dihasilkan bersempena dengan Angkor Wat yang terkenal. Bahagian luarnya yang berkristal bertujuan untuk memberi kesan visual menyeluruh, manakala di dalamnya pula terdapat 6 tunggangan utama serta pelbagai pilihan hiburan lain yang membolehkan para pengunjung Siem Reap untuk mengalami pengalaman yang lebih interaktif ketika meneroka semula sejarah Empayar Khmer purba.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140506/0861402972-c

Unsur lain dalam fasa pembinaan pertama termasuklah hotel setinggi 7 tingkat serta 3 blok 3 tingkat yang bergabung membentuk jalanan membeli-belah Century Lane, kawasan yang menempatkan pelbagai pilihan peruncitan, hiburan dan juga tempat makan. Kawasan beli-belah bawah tanah dan tempat letak kereta juga adalah sebahagian daripada fasa pembangunan projek ini.

Cheung Sheng Development telah mengesahkan kerja pembinaan akan dimulakan pada bulan Jun 2014, manakala fasa ini pula akan siap sepenuhnya serta boleh memulakan operasinya menjelang bulan Jun 2016.

SUMBER  Cheung Sheng Development

Source: Cheung Sheng Development
Keywords: Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Contracts Corporate Expansion