SIEM REAP, Kemboja, 8 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Pada 15 Februari 2014, Cheung Sheng Global Holdings, perancang Projek Siem Reap Metropolis di Kemboja, telah mengumumkan hasratnya untuk memasuki industri pelancongan dan hospitaliti Kemboja. Dengan industri pelancongan yang mengalami pertumbuhan pesat serta jumlah pelancong yang kian meningkat sehingga mencecah lebih 20 peratus setahun, industri penting ini telah membuka semula Kemboja, dengan menarik minat sejumlah besar pelabur. Kini, Cheung Sheng akan turut serta sebagai pemain utama dalam pasaran ini dengan terdapatnya pelbagai peluang lain untuk diterokai.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140506/0861402988-a
Awal bulan ini, Cheung Sheng telah mengumumkan perancangannya untuk menubuhkan Tempat Peranginan Bersepadu Oasis yang terletak di sepanjang lingkaran jalan Bandar Siem Reap dan hanya 3 minit perjalanan dari Pasar Malam Siem Reap. Projek ini turut merangkumi kawasan yang dijangkakan seluas 18,000 meter persegi, termasuk hotel butik bersaiz sederhana dengan 120 bilik, kawasan kedai runcit dan pub serta konsep terbuka paling besar bagi jalan makanan dengan siling kaca, yang akan menempatkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang lazat serta dapat memikat hati para pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mengunjungi kawasan tersebut.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140506/0861402988-b
En. Jerome Ang, Pengerusi Cheung Sheng Global Holdings berkata, "Siem Reap merupakan tempat menarik yang kaya dengan warisannya. Namun, apabila malam menjelang, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Kami semua menyedari masalah ini apabila buat beberapa ketika kami tidak dapat pergi ke mana-mana pada waktu malam di bandar tersebut. Pasar malam merupakan kawasan yang anda pergi sekali atau dua kali sahaja dan bukannya berulang kali. Bandar ini kekurangan tempat yang membolehkan orang ramai bersantai sepanjang malam, secara berulang kali."
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140506/0861402988-c
En. Robin Teo, Pengurus Besar Cheung Sheng Development pula berkata, "Projek Tempat Peranginan Bersepadu Oasis ini bukan sahaja bakal menempatkan pelbagai pilihan makanan terbaik yang pernah dilihat di bandar itu, malah ia turut akan menjadi pusat kepada sebilangan pub yang setiapnya adalah khusus untuk kumpulan kewarganegaraan tertentu seperti pub Jepun, pub Korea, pub China dan lain-lain. Ini akan menjadi jalanan pub pertama di Kemboja yang mengumpulkan pelbagai budaya antarabangsa secara berpusat, sementara pilihan hotel, kedai runcit dan tempat makan pula terletak tidak jauh dari situ."
Kerja pembinaan projek ini dijangka akan dimulakan pada bulan Jun 2014, manakala kesemua unsurnya pula sepatutnya sudah beroperasi menjelang suku pertama tahun 2015.
SUMBER: Cheung Sheng Development