omniture

Hikvision keluarkan laporan ESG tahunan 2022

Hikvision
2023-07-06 17:02 70

HANGZHOU, China, 6 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Hikvision telah mengeluarkan Laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2022, yang menunjukkan komitmen syarikat terhadap amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan usahanya yang berterusan untuk mencipta nilai sosial. Laporan tersebut menekankan kemajuan penting yang dibuat oleh Hikvision dalam pelbagai aspek ESG, termasuk integriti dan pematuhan, pembangunan rendah karbon serta memupuk hubungan yang harmoni bersama pekerja, rakan kongsi dan masyarakat.

Hikvision releases annual ESG report 2022
Hikvision releases annual ESG report 2022

"Di Hikvision, kami komited untuk mendukung tanggungjawab sosial, etika dan perlindungan alam sekitar dalam operasi kami. Kami terus menilai dan menyesuaikan operasi kami bagi memastikan kami melakukan perkara yang betul dan melakukan perkara dengan betul. Para jurutera kami yang berdedikasi berusaha untuk membangunkan teknologi yang dapat meningkatkan keselamatan awam, pengurusan lalu lintas serta kecekapan operasi. Usaha ini menekankan komitmen kukuh kami terhadap misi ESG," kata Huang Fanghong, Ketua Pegawai Pematuhan dan Naib Presiden Kanan Hikvision.

Teknologi demi Dunia Lebih Baik

Menyedari potensi teknologi yang transformatif untuk mencipta dunia yang lebih baik, Hikvision memanfaatkan keupayaan AIoT canggihnya untuk memacu perubahan yang positif dan memberi impak signifikan merentas pelbagai industri, seterusnya meningkatkan kehidupan orang ramai dengan ketara.

Laporan ESG Hikvision 2022 menggariskan kategori-kategori penting nilai sosial yang diwujudkan oleh syarikat ini. Melalui penyelesaian dan produk yang inovatif, Hikvision memberi sokongan kepada kumpulan rentan dan meningkatkan transformasi digital tadbir urus bandar dan luar bandar, pengurusan pengangkutan serta khidmat masyarakat. Syarikat ini turut memperluaskan keupayaan teknologinya untuk memupuk kewujudan bersama yang harmoni antara manusia dan alam semula jadi.

Tanggungjawab sosial dan pembangunan mampan kini benar-benar sebati dalam amalan perniagaan Hikvision. Melalui kolaborasi dengan individu-individu berfikiran sealiran dan rakan-rakan kongsi industri, Hikvision berusaha untuk menyerlahkan potensi penuh teknologi untuk mengubah dunia ke arah yang lebih baik.

Hikvision ESG Key Performance 2022
Hikvision ESG Key Performance 2022

Operasi Rendah-karbon dan Pembangunan Hijau

Hikvision telah menyepadukan pembangunan hijau dan rendah karbon ke dalam rangka kerja pengurusan ESGnya. Pada tahun 2022, syarikat ini telahpun menyiapkan Pelan Tindakan Keneutralan Karbon dan menerima pensijilan ISO14064 untuk Perakaunan dan Pengesahan Gas Rumah Hijau. Pensijilan yang disegani ini memfokuskan untuk mengukur dan mengesahkan emisi gas rumah hijau, menyediakan kepada organisasi dengan rangka kerja yang kukuh bagi membangunkan inventori gas rumah hijau serta penggubal dasar untuk mencipta inisiatif perubahan iklim yang berkesan.

Syarikat ini terus meningkatkan sistem pengurusan alam sekitarnya, menggalakkan pembuatan dan operasi hijau serta melaksanakan langkah-langkah untuk penjimatan tenaga dan pengurangan emisi. Tahun lalu, Hikvision membeli 32,852 MWj elektrik hijau dan 4,508 MWj kuasa yang dijana melalui unit fotovolta. 

Melabur secara signifikan dalam pembangunan teknologi dan produk yang inovatif, Hikvision memperkasa dan membantu semua orang – bermula daripada pelanggan hingga rakan kongsi – untuk saling bekerjasama ke arah masa depan yang lebih hijau. Sementara itu, syarikat ini kekal komited untuk mengurangkan jejaknya pada setiap peringkat pembangunan produk dan operasi perniagaan – daripada bahan dan pilihan reka bentuk hingga pembuatan hijau dan amalan taman pejabat rendah karbon.

Meningkatkan Lagi Ekosistem Pematuhan

Hikvision terus meningkatkan sistem pematuhannya bagi meliputi pelbagai isu dan aktiviti. Syarikat ini menjemput pakar dalam dasar dan hubungan antarabangsa, tadbir urus korporat, keselamatan siber, perlindungan data serta tadbir urus hak asasi manusia untuk menyediakan pandangan dan nasihat profesional kepada pasukan pengurusan. Di samping itu, syarikat ini berusaha untuk meningkatkan kesedaran pematuhan pekerja dan menggalakkan kepatuhan kepada amalan pematuhannya.

Sejak tahun 2022, Hikvision menganjurkan Persidangan ESG Global yang diwujudkan untuk membincangkan topik dan keutamaan ESG yang penting, menyediakan forum untuk pihak berkepentingan memperoleh pandangan yang lebih mendalam tentang landskap antarabangsa yang melaluinya syarikat ini beroperasi dan tanggungjawab global yang komited untuk dipenuhi oleh Hikvision. Persidangan ini telah diadakan merentas pelbagai negara dan wilayah, berfungsi sebagai platform untuk pekerja dan rakan kongsi saling bekerjasama demi kesejahteraan sosial.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh meninjau laporan ESG Hikvision 2022.

Source: Hikvision
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Utilities Corporate Social Responsibility Environmental Issues Survey, Polls & Research