omniture

Seabury: Peralihan daripada Kapal Terbang kepada Pengangkutan Laut adalah "Signifikan"

Seabury
2014-05-08 16:23 170

AMSTERDAM, 8 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Dalam kajian baharu, pakar runding penghantaran Seabury mendapati peralihan ketara sedang berlaku daripada kargo udara kepada pengangkutan laut. Teknologi kontena baharu menyumbang kepada arah aliran ini.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120531/537201 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140507/685777 )

"Sedekad lalu, buah tomato mungkin sekali turut diangkut melalui pengangkutan udara dan bukan sahaja melalui pengangkutan kontena pendingin. Pada masa kini, hampir semua buah tomato diangkut menggunakan kontena. Keadaan sama turut berlaku untuk pelbagai komoditi mudah rosak yang lain," ujar Penasihat Maritim Seabury, Derek Brand, yang telah menulis laporan tersebut.

Kira-kira 100,000 TEU setiap tahun diangkut menerusi pengangkutan laut berbanding kapal terbang. Peralihan ini lebih ketara untuk komoditi mudah rosak tertentu seperti tomato, lada benggala, ikan segar, salad serta nanas, namun peralihan ini bukan sahaja berlaku untuk komoditi mudah rosak.

"Jumlah muatan yang telah beralih kepada pengangkutan laut adalah signifikan untuk industri kargo udara," kata Derek Brand.

Jika tiada sebarang anjakan mod sejak tahun 2000, 5.4 juta tan kargo masih akan diangkut menerusi pengangkutan udara berbanding pengangkutan laut. Pengangkutan menerusi kargo udara sepatutnya telah meningkat pada purata kadar tahunan sebanyak 4.5 peratus, sebaliknya hanya meningkat sebanyak 2.6 peratus.

"Teknologi baharu dalam kontena persekitaran terkawal seperti Star Cool CA berpotensi untuk terus memajukan arah aliran tersebut. Kebolehan CA dalam memperlahankan proses kemasakan menjadikan pengangkutan laut alternatif yang berdaya maju berbanding kargo udara bagi beberapa laluan perdagangan yang lebih jauh," Brand berkata lagi.

Bagi Maersk Container Industry (MCI) yakni pencipta Star Cool CA, ini merupakan kemajuan positif.

"Apabila perdagangan baharu muncul, para pelanggan kami dapat menambah baik perniagaan mereka. Ini termasuklah penjimatan pelepasan karbon dengan faktor sejumlah hampir 50 jika dibandingkan dengan pengangkutan udara dan laut," kata Anders Gamborg Holm, bahagian jualan dan pemasaran MCI. "Kami telah berada dalam pasaran bersama CA selama lima tahun setakat ini. Ia sangat andal dan berpatutan, maka kami menjangkakan ia dapat terus menembusi pasaran."

Sumber: Seabury. Ringkasan eksekutif analisis Seabury:

http://ipaper.ipapercms.dk/MCI/Various/SeaburyModeshiftinperishables

Foto dan grafik:

Foto resolusi rendah, logo dan grafik boleh didapati di bawah. Bagi mendapatkan imej yang sama dalam resolusi tinggi, sila lawati:

www.mcicontainers.com/AboutUs/News/NewsAndPressReleases/Pages/SeaburyShiftfromairplanetoseatransport.aspx

Sumber: Seabury

 

 

Source: Seabury
Keywords: Air Freight Transportation