omniture

CARING PHARMACY MERAIKAN PROGRAM KEAHLIAN BERSATU BERSAMA GEORGETOWN PHARMACY DAN WELLINGS PHARMACY

CARiNG Pharmacy Group
2023-07-06 18:00 9

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Julai 2023 /PRNewswire/ -- CARiNG Pharmacy, Georgetown dan Wellings Pharmacy, semua subsidiari di bawah Kumpulan Farmasi CARiNG, dengan bangganya mengumumkan pelancaran semula Aplikasi Mudah Alih Keahlian Caring yang menggabungkan semua program keahlian ketiga-tiga farmasi tersebut. Untuk meraikan acara ini, Kumpulan Farmasi CARiNG telah menganjurkan 'Karnival Caring' untuk orang ramai daripada 5 hingga 9 Julai 2023 di Tingkat Bawah Bahagian Atrium, Queensbay Mall, Pulau Pinang. Acara ini disempurnakan oleh YB Yeoh Soon Hin; EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri  Pulau  Pinang,  Encik  Loo  Jooi  Leng;  Pengarah  Pemasaran  Kumpulan Farmasi CARiNG, dan Encik Tan Zhen Yao; Pengarah Farmasi Georgetown-Wellings.

Ketiga-tiga farmasi ini telah membentuk persekutuan yang kuat dengan jumlah gabungan sebanyak 59 cawangan di kawasan utara  Malaysia  dan  lebih daripada 230 cawangan di seluruh Malaysia. Gabungan farmasi ini juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berpatutan dan mudah diakses kepada komuniti tempatan. Para pelanggan kini boleh menikmati keistimewaan keahlian di ketiga-tiga farmasi ini dengan satu program keahlian melalui Aplikasi Mudah Alih Keahlian Caring. Gabungan ini akan memudahkan proses keahlian sekaligus pelanggan boleh menikmati faedah dan ganjaran eksklusif yang ditawarkan.

"Dengan gabungan Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy ke program Keahlian Caring, kami mengukuhkan komitmen untuk memberikan nilai terbaik kepada   pelanggan   kami,"   kata  Encik  Loo  Jooi  Leng,  Pengarah  Pemasaran Kumpulan Farmasi CARiNG. "Sama ada anda mengunjungi CARiNG, Georgetown atau Wellings Pharmacy, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan farmasi, promosi dan manfaat keahlian yang sama hebat."

Untuk meraikan Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown, Kumpulan Farmasi CARiNG dengan berbesar hati melancarkan Baucar e-Tunai Warisan  Pulau Pinang Edisi Terhad. Baucar eksklusif ini boleh ditebus oleh Ahli Caring menggunakan Mata Ganjaran Caring yang terkumpul sekaligus memberikan rebat segera apabila digunakan di semua cawangan ketiga-tiga farmasi di seluruh negara. Inisiatif ini bukan sahaja dapat meraikan warisan Pulau Pinang yang kaya, tetapi juga dapat memberikan ganjaran  kepada  pelanggan setia atas sokongan mereka yang berterusan.

Karnival Caring memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman perkhidmatan farmasi yang komprehensif dan khusus yang ditawarkan oleh panel ahli farmasi mereka. Ini termasuk pelbagai pemeriksaan kesihatan, semakan penggunaan ubat, perkhidmatan kaunseling diabetes, perkhidmatan pengurusan berat badan, pelupusan ubat yang selamat, dan banyak lagi. Semua perkhidmatan ini boleh didapati dengan mudah di karnival ini selama 5 hari dan di seluruh cawangan CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy, di mana ahli farmasi sepenuh masa mereka sentiasa bersedia untuk membantu komuniti mencapai matlamat kesihatan mereka.

Selain daripada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang luar biasa, pelbagai aktiviti menarik juga disediakan. Untuk memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan memberangsangkan, para pengunjung boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti permainan sukan maya, sesi zumba, penebusan hadiah. Pengunjung juga berpeluang untuk memperoleh Mata Ganjaran Caring yang boleh ditukar dengan ganjaran yang sangat bernilai. Peserta juga boleh menikmati promosi eksklusif daripada jenama seperti BioGaia, Ebene, Iconic, Hada Labo, Scott's, Sensodyne, Suu Balm, Systane, dan VitaHealth semasa acara ini.

Berkongsi tentang perkembangan pelancongan perubatan di Pulau Pinang, YB Yeoh Soon Hin, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang, berkata bahawa "Dengan menawarkan perkhidmatan farmasi berkualiti, kami bukan sahaja memberi keutamaan kepada kebajikan kesihatan  pelancong, tetapi juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri kami secara keseluruhan". "Penduduk Pulau Pinang boleh menjangkakan perkara yang lebih besar dan lebih baik apabila ketiga-tiga farmasi yang terkenal ini bekerjasama".

Semasa karnival ini, upacara penyerahan sumbangan kepada 32 sekolah awam Pulau Pinang telah diadakan untuk memberikan sokongan mereka kepada komuniti tempatan. Kumpulan Farmasi CARiNG memperluaskan program tanggungjawab sosial korporat mereka iaitu "One Shop One School" yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan mengurangkan beban perbelanjaan sekolah awam. Sejumlah RM40,000 dan 90 unit kit pertolongan cemas telah disubsidi kepada 32 sekolah tersebut bagi memberikan mereka ruang yang bebas dari kebimbangan untuk mengajar dan belajar. Sekolah-sekolah tempatan di Pulau Pinang boleh menjangkakan lebih banyak sumbangan seperti ini pada masa akan datang.

Karnival Caring di Queensbay Mall menyediakan platform untuk orang ramai menerokai dunia penjagaan kesihatan melalui perkhidmatan farmasi yang dirancang khas, aktiviti yang menarik, dan promosi eksklusif. Jom sertai karnival ini dari 5 Julai hingga 9 Julai 2023 untuk acara yang gemilang bagi meraikan kesihatan, warisan, dan komuniti masyarakat.

Mengenai Kumpulan Farmasi CARiNG

Kumpulan Farmasi CARiNG, rangkaian farmasi runcit terbesar di Malaysia, ditubuhkan pada 10 September 1994 oleh lima ahli farmasi, yang merupakan rakan sekelas di Sekolah Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM). Sehingga kini, CARiNG Pharmacy telah berkembang dengan 193 cawangan di seluruh negara dan 46 cawangan dari akuisisi mereka, Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy.

Mengenai Kumpulan Farmasi Georgetown dan Wellings

Sebuah  farmasi  gaya hidup Malaysia terkemuka yang telah membina nama yang dipercayai dalam farmasi runcit dan pelancongan perubatan. Georgetown Pharmacy ditubuhkan pada tahun 2002 manakala Wellings Pharmacy  pada tahun 2007, kedua-duanya farmasi tempatan Pulau Pinang yang telah berkembang kepada jumlah keseluruhan 46 kedai yang menembusi Kawasan Utara Malaysia. Sejak tahun 2021, kumpulan ini telah bergabung dengan Kumpulan Farmasi CARiNG.

Source: CARiNG Pharmacy Group
Keywords: Health Care/Hospital Mobile Entertainment Pharmaceuticals Telecommunications New products/services