omniture

Indonesia Menyeru Kolaborasi dan Pelaburan dalam Pengurusan Air Mampan

Secretariat of the 10th World Water Forum
2023-07-06 18:06 67

JAKARTA, Indonesia, 6 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Berdasarkan kerangka Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10, Kementerian Kerja Raya dan Perumahan (PUPR) serta Jakarta Foreign Correspondents Club (JFCC) bergandingan untuk menganjurkan perbincangan panel yang bertajuk "Jalan menuju Forum Air Dunia ke-10: Dasar, Teknologi dan Peluang Pelaburan dalam Pengurusan Sumber Air" pada (04/07).

JFCC Panel Discussion Road to the 10th World Water Forum "Policy, Technology, and Investment Opportunity Water Resources Management"
JFCC Panel Discussion Road to the 10th World Water Forum "Policy, Technology, and Investment Opportunity Water Resources Management"

Semasa ucapan pembukaan beliau, Penasihat Khas kepada Menteri Kerja Raya dan Perumahan Republik Indonesia mengenai Teknologi, Industri & Alam Sekitar Endra Saleh Atmawidjaja berkata, "Ia merupakan satu penghormatan untuk Indonesia menjadi tuan rumah Forum Air Dunia ke-10 dan untuk menjadi peneraju dalam menilai isu-isu air global. Kami bermatlamat untuk menggalakkan keamanan, kebebasan dan kemakmuran dari segi ketersediaan sumber air."

Perbincangan panel tersebut menampilkan Pengarah Serantau WWF ke-10 Asia Pasifik Yoon-jin Kim, Penasihat Khas kepada Menteri PUPR untuk Sumber Air Firdaus Ali, Ketua Pengarah Penerangan dan Komunikasi Awam, Kementerian Komunikasi dan Informatik Usman Kansong, Pengarah Perum Jasa Tirta II Imam Santoso, Pengarah Hal Ehwal Kerajaan Danone Indonesia Rachmat Hidayat dan Pengerusi Persatuan Majikan Indonesia (APINDO) Shinta Kamdani.

Firdaus Ali berkata, "Kerajaan Indonesia telah menjalankan projek-projek untuk membangunkan sektor air, salah satu daripadanya ialah pembinaan empangan, menyasarkan 57-59m³ per kapita/tahun." Beliau turut menyebut bahawa cabaran utama dalam sektor air ialah pembiayaan berterusan melalui perkongsian awam-swasta.

Sejajar dengan Kementerian PUPR, APINDO, Perum Jasa Tirta II dan Danone Indonesia, bersetuju bahawa sektor swasta dan awam memerlukan strategi baharu bagi mewujudkan pembiayaan dan pelaburan air yang berterusan.

Pengerusi APINDO Shinta Kamdani menjelaskan, "Terdapat tiga syarat untuk memeterai perkongsian awam-swasta yang baik dalam pembiayaan air yang berterusan, iaitu kepercayaan antara kerajaan dan sektor swasta, model perkongsian yang saling menguntungkan serta kemampanan perkongsian." Beliau turut menyebut bahawa dengan dasar dan insentif kerajaan, sektor swasta dapat memainkan peranan yang lebih signifikan dalam mewujudkan pembiayaan hijau yang mempertimbangkan impak sosial serta alam sekitar daripada aktiviti ekonomi.

Sebagai ucapan penutup, Yoon-jin Kim menekankan kepentingan forum yang akan datang untuk menilai strategi dan penyelesaian praktikal terhadap cabaran air global.

Individu untuk Dihubungi:

Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan Forum Air Dunia ke-10
media@worldwaterforum.org

Dokumentasi: https://drive.google.com/drive/folders/1AjLUjfP6reve4MRoxbS2KAfth0-dPiQ2?usp=share_link

Source: Secretariat of the 10th World Water Forum
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Water Utilities Trade show news