omniture

Dimanja Bak Diraja! Burj Al Arab Menjemput Kanak-kanak Menikmati Kehidupan Mewah

Burj Al Arab
2014-05-08 20:33 147

DUBAI, UAE, 8 Mei 2014 /PRNewswire/ --

Daripada butler persendirian hinggalah kemudahan persediaan katil untuk tidur yang disuai khas untuk kanak-kanak, hanya yang terbaik untuk tetamu paling muda Burj Al Arab 

Burj Al Arab, hotel paling mewah di dunia, memperkenalkan tawarannya yang baru ditingkatkan untuk kanak-kanak bercita rasa tinggi, yang termasuklah pakaian tidur, pakaian mandi dan pakaian pantai tempahan khas, serta menu bayi dan menu kanak-kanak tersuai khusus.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140507/685839-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140507/685839-b)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140507/685839-c)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140507/685839-d)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140507/685839-e)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140507/685839-f)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140507/685839-g)

Kemudian, sudah tentunya terdapat Sweet Train, menawarkan kudapan harian yang dihantar terus ke bilik mewah anda. Di samping itu, permainan video PlayStation turut tersedia di dalam bilik mewah, selain komputer iMac 21 inci serta iPad emas 24 karat yang bakal menjanjikan hiburan berterusan.

Bagi aktiviti santai di luar pula, kanak-kanak boleh memilih untuk melepak di tepi kolam renang atau menikmati pagi di pantai persendirian. Mereka yang sayangkan alam sekitar tentu akan berseronok dengan lawatan ke Projek Pemulihan Penyu Dubai Jumeirah Group.

Jika mereka lebih gemarkan aksi lasak, Taman Air Wild Wadi atau Kelab Kanak-kanak Sinbad hanya terletak sejauh tiga minit perjalanan dengan kereta bugi persendirian.

Bagi mereka yang mengembara dengan tidak membawa banyak barang, Burj Al Arab menyediakan ibu bapa dengan semua barangan asas dan keselesaan gaya hidup moden hari ini. Daripada pensteril udara dan mesin pemantau bayi sehingga koleksi alat mainan peribadi, ais krim di tepi pantai dan juga jubah mandi serta selipar sedondon untuk ibu bapa dan kanak-kanak; setiap aspek tidak terlepas daripada pertimbangan.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Burj Al Arab atau untuk menikmati Burj Al Arab dengan keluarga anda, lawati http://www.jumeirah.com/burjalarab, hantarkan e-mel kepada baainfo@jumeirah.com atau hubungi talian +971-4-301-7777.

Semua foto di atas boleh didapati daripada pustaka media Jumeirah http://media.jumeirah.com

SUMBER  Burj Al Arab

Source: Burj Al Arab
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Children-related news New products/services