DARIEN, Connecticut dan HONG KONG, 8 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Ketika ekonomi Asia Pasifik terus meningkat dan mewujudkan masyarakat yang lebih kaya, dana runcit tempatan serta pasaran perbankan persendirian akan menjana hampir 50 peratus daripada aliran baharu bersih dan juga peluang pendapatan untuk para pengurus wang dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut kertas putih baharu yang dikeluarkan oleh Casey, Quirk & Associates LLC, pakar runding pengurusan terkemuka untuk industri pengurusan aset peringkat global.
Sebaliknya, dana kekayaan berdaulat serta entiti kerajaan lain yang mengawal sebahagian besar aset yang diurus secara profesional hingga kini di rantau Asia Pasifik akan menjadi lebih sukar untuk disasarkan dengan jayanya oleh firma pelaburan, memandangkan entiti tersebut kian beralih untuk menguruskan aset secara dalaman.
Campuran peruntukan aset turut berkembang, menurut Casey Quirk dalam laporannya, Evolving Markets: A Practical Framework for Asia-Pacific, dengan para pelabur yang menambah saham bukan domestik dan bon, alternatif, termasuk harta tanah, dana lindung nilai dan juga ekuiti persendirian serta penyelesaian kelas berbilang aset kepada portfolio masing-masing.
Aset pelaburan yang diuruskan secara profesional di rantau Asia Pasifik akan meningkat sehingga melebihi AS$14 trilion menjelang akhir tahun 2018 – berbanding AS$10 trilion pada tahun 2014 – dan turut menghasilkan hasil yuran berjumlah AS$66 bilion untuk pengurus aset di seluruh dunia bagi tempoh lima tahun akan datang. Australia, Jepun serta Tanah Besar China akan mewakili dua pertiga daripada jumlah peluang pendapatan sehingga tahun 2018, diikuti dengan Korea Selatan, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan juga India, menurut Casey Quirk. Daripada jumlah AS$66 bilion ini, kesemua lapan pasaran akan mewakili peluang pendapatan sebanyak AS$51.4 bilion daripada perolehan pengurus, sementara AS$10.9 bilion dijangka akan diperoleh daripada aliran baharu bersih.
Agar dapat bersaing dengan jayanya dalam pasaran Asia Pasifik yang kian berkembang untuk mendapatkan perkhidmatan pelaburan, para pengurus perlu:
"Pertumbuhan dinamik yang sedang dilaksanakan dalam pasaran pengurusan aset di rantau tersebut serta kecenderungan pelaburan pembeli yang kian beralih, akan mendorong para pengurus tempatan untuk melindungi kepentingan sendiri di tanah air mereka, di samping menjadi proaktif dalam memasarkan kemahiran Asia Pasifik mereka pada peringkat global," ujar Daniel Celeghin, rakan kongsi Casey Quirk yang berpusat di Hong Kong dan ketua di Asia Pasifik. "Para pengurus aset global mungkin mempunyai kelebihan pada masa kini dalam menguruskan strategi yang semakin mendapat perhatian, tetapi untuk meraih kejayaan di rantau ini mereka perlu menyesuaikan kebolehan pengedaran dan pelaburan mereka agar dapat memenuhi keperluan tempatan."
Latar Belakang Casey, Quirk & Associates LLC
Casey Quirk merupakan pakar runding pengurusan yang memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha memberi nasihat kepada firma pengurusan pelaburan. Tugas Casey Quirk bersama pasukan kepimpinan kanan termasuklah kajian semula strategi perniagaan yang luas, kedudukan dan strategi pelaburan, penilaian peluang pasaran, reka bentuk organisasi, penstrukturan insentif dan pemilikan serta usaha wajar transaksi. Dalam tempoh lima tahun lalu, Casey Quirk telah menasihatkan majoriti 50 organisasi pengurusan pelaburan terbesar di seluruh dunia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.caseyquirk.com.