omniture

Huawei Ascend P7 Mentakrifkan Semula Kecemerlangan bagi Memberikan Kelebihan kepada Orang Ramai

Huawei Consumer Business Group
2014-05-08 23:57 231

- Telefon pintar LTE 4G Huawei baharu menawarkan reka bentuk menonjol, pengalaman kamera yang tiada tandingannya, capaian kepada keterhubungan ultra pantas serta prestasi bateri menakjubkan

PARIS, 8 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang menerajui bidangnya, hari ini memperkenalkan Huawei Ascend P7 yang sudah lama dinanti-nantikan. Dihasilkan berdasarkan kejayaan Huawei Ascend P6, telefon pintar dibolehkan LTE 4G baharu ini mentakrifkan semula kecemerlangan telefon pintar dengan ciri berkelas tinggi, keterhubungan ultra pantas, serta pengemudian lebih mudah dengan reka bentuk memukau mata yang meletakkannya dalam kelasnya yang tersendiri. Dengan paparan berdefinisi tinggi penuh 5 inci, kamera menghadap depan 8MP dan kamera menghadap belakang 13MP yang menerajui industri, serta antara muka pengguna intuitif terkini Emotion UI 2.3, Huawei Ascend P7 akan Memungkinkan Segalanya bagi orang ramai mengekspresikan kecemerlangan dengan kelebihan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140507/85202

Huawei telah mereka bentuk Ascend P7 semula dari dalam ke luar, menambah baik prestasi perkakas dan perisian telefon pintar itu dengan ketara agar dapat mentakrifkan semula pengalaman pengguna. Bersifat nipis dengan ketebalan sebanyak 6.5 mm sahaja, Ascend P7 mencatat rekod baharu sebagai salah satu telefon pintar LTE 4G paling nipis dalam pasaran. Agar dapat meneruskan lagi kecemerlangan dengan kelebihan bagi para pengguna global yang bercita rasa tinggi, Huawei menggabungkan keserasian pengaruh reka bentuk dari Barat dengan ketelitian terhadap butiran dari Timur.

"Komitmen berterusan Huawei bagi membangunkan telefon pintar berkualiti premium dalam masa tiga tahun lepas akhirnya telah membuahkan hasil. Kini kami berada pada kedudukan nombor tiga peringkat global daripada segi penghantaran telefon pintar, manakala pengecaman jenama kami pula semakin meningkat di rantau penting seperti China dan Eropah Barat," kata Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group (BG). "Hari ini, pelancaran Huawei Ascend P7 sekali lagi mencabar standard industri semasa dengan mentakrifkan semula reka bentuk telefon pintar, pengalaman kamera dan juga keterhubungan, bagi menyediakan pengalaman telefon pintar yang tidak pernah dialami sebelum ini untuk orang ramai."

"Orange berbangga dapat menyaksikan bagaimana produk dan jenama Huawei telah membangun sejak kami mula mengiktiraf Huawei sebagai pesaing global beberapa tahun lalu. Pelancaran hari ini untuk Ascend P7 yang terbaik dalam kelasnya ini menunjukkan strategi dan pelaburan yang kini sedang membuahkan hasil," kata Yves Maître, Naib Presiden Eksekutif, Objek Terhubung dan Perkongsian, Orange. "Sebagai rakan kongsi jangka panjang, Orange gembira dapat memberikan hasil daripada kerjasama yang berjaya ini kepada para pelanggan."

Mentakrifkan semula seni kerja tangan

Huawei Ascend P7 menyediakan kelebihan dengan kekuatan dan kelasakan dipertingkat bagi penggunaan seharian dengan sarung depan dan sarung belakang Glass 3 Corning® Gorilla®. Ia menonjolkan diri dengan penampilan logam rapi dan sofistikated yang dihasilkan melalui sentuhan permukaan belakang tujuh lapis serta reka bentuk corak mikro "kesan pilin" yang diperhalusi.

"Huawei Ascend P7 telah diilhamkan daripada lengkuk semula jadi titisan air yang menerapkan ciri kesucian semula jadi dalam telefon itu, serta menawarkan genggaman yang lebih kemas untuk para pengguna," kata Joon Suh Kim, Naib Presiden Peranti Mudah Alih, Pusat Reka Bentuk Pengalaman Pengguna, Huawei Consumer BG. "Kami ambil masa berbulan-bulan untuk melakukan penghalusan reka bentuk menyeluruh, lalu terhasillah keseimbangan unggul antara bentuk dan fungsi."

Bagi visual yang tampak jelas ketika menonton multimedia, Ascend P7 mempunyai paparan skrin sentuh FHD 5 inci dengan resolusi 1920 x 1080, 445ppi serta nisbah bidang 16:9. Agar dapat disesuaikan dengan sebarang gaya, Ascend P7 boleh didapati dalam pelbagai warna bergaya termasuk hitam, putih dan juga merah jambu.

Mentakrifkan semula pengalaman kamera

Huawei Ascend P7 memberi kelebihan kepada pengguna dalam tetapan pencahayaan kelam dengan sensor BSI generasi keempat Sony, Pemproses Isyarat Imej (ISP), perisian IMAGESmart 2.0 serta bukaan f/2.0 pada kamera menghadap belakang kanta bukan sfera 5P 13MP agar dapat menghasilkan gambar jelas dan tajam yang tiada tandingan tidak kira di waktu malam mahu pun di dalam bangunan.

Agar dapat menangkap saat spontan sebelum ia terlepas, fungsi Ultra Snapshot Huawei Ascend P7 yang tersendiri membolehkan pengguna sentiasa bersedia untuk menangkap gambar 1.2 saat selepas dua kali menekan butang memperlahankan suara secara intuitif walaupun semasa mod pegun, tanpa perlu lagi membazirkan masa untuk mengaktifkan skrin.

Tangkap gambar sendiri dengan lebih baik, atau gambar kumpulan beramai-ramai – gambar "groufie" – dengan kamera menghadap hadapan kanta bukan sfera 5P 8MP unggul yang didatangkan dengan fungsi panorama untuk penangkapan gambar sendiri panoramik, serta peningkatan ciri mengesan wajah automatik 10 peringkat dalam mod kecantikan. Para pengguna juga boleh mengambil video muka sendiri dengan rakaman video HD 1080p. Huawei Ascend P7 memastikan saat gambar yang sempurna setiap kali dengan fungsi cermin inovatif terbina dalam dan tetingkap pratonton gambar sendiri.

Sertakan dimensi tambahan kepada foto dengan fungsi "Foto Bersuara" yang menangkap foto berserta klip audio 10 saat agar pengguna dapat memuat naik foto dengan ekspresi audio istimewa pada pelbagai platform media sosial.

Selain penambahbaikan kamera, Pemproses Isyarat Imej (ISP) milik Huawei membenarkan telefon pintar itu mengawal pelbagai fungsi yang menyerupai apa yang biasanya ditemui dalam kamera SLR digital profesional termasuk fokus automatik, imbangan putih serta sistem pengurangan hingar, untuk menghasilkan foto yang optimum secara sempurna dalam apa jua keadaan. Para pengguna juga boleh memilih fungsi pemeteran fokus dan pendedahan dengan hanya satu sentuhan agar tahap fokus dan pendedahan yang diingini boleh ditetapkan untuk memaksimumkan ketajaman imej.

Mentakrifkan semula keterhubungan dan prestasi bateri

Bagi mereka yang mencari keterhubungan yang lebih pantas dan lancar, Huawei Ascend P7 membolehkan tontonan media tanpa had dengan kepantasan LTE 4G ultra pantas dan reka bentuk dwiantena tersendiri Huawei untuk menambah baik penerimaan isyarat. Ascend P7 turut menggunakan teknologi penukaran rangkaian pintar yang menstabilkan keterhubungan walaupun semasa penerimaan isyarat lemah agar dapat meminimumkan penggunaan bateri.

Nikmati tontonan media berterusan tahan lama serta perkongsian data dengan bateri polimer litium 2500 mAh yang tegap serta teknologi penjimatan bateri milikan. Tambahan lagi, fungsi pengurusan penjimatan kuasa membolehkan para pengguna menjimatkan kuasa bateri dengan menutup sebarang aplikasi yang berjalan secara pasif yang membazirkan kuasa bateri.

Mod penjimatan kuasa super membolehkan Ascend P7 menjalankan penggunaan tenaga paling bersesuaian apabila jumlah kuasa bateri hanya tinggal kurang 10 peratus. Apabila ia dibolehkan, skrin akan malap dan hanya fungsi asas telefon akan kekal aktif, termasuk panggilan suara dan laman senarai hubungan. Ia juga akan memanjangkan penggunaan kuasa bateri 10 peratus yang tinggal agar dapat hidup untuk 24 jam terakhir dalam keadaan siap sedia.

Mentakrifkan semula pengalaman pengguna

Huawei Ascend P7 memberikan kelebihan bak seorang pakar kepada golongan yang baru berjinak menggunakan telefon pintar dengan versi terkini antara muka intuitif yang mudah digunakan, Emotion UI 2.3, dengan menyediakan skrin kunci dan skrin rumah yang boleh suai, dengan dua antara muka pengguna dipertingkat untuk pengemudian lancar. Suai khusus perisian pengurusan telefon pintar dengan mudah, termasuk penapis gangguan, pengurus kebenaran, pengurusan rangkaian dan pemberitahuan, dan juga mod penjimatan kuasa.

Harga runcit yang disarankan untuk Huawei Ascend P7 adalah 449 Euro dan ia akan dijual di China, United Kingdom, Jerman, Itali, Perancis, Sepanyol, Portugal, Ireland, Belanda, Belgium, Switzerland, Poland, Lithuania, Estonia, Latvia, Serbia, Greece, Norway, Hungary, Denmark, Slovakia, Republik Czech, Austria, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Filipina, Singapura, Arab Saudi, Kuwait, serta Emiriah Arab Bersatu mulai bulan Mei, diikuti oleh pasaran lain akan datang. Aksesori yang disediakan termasuklah HUAWEI TalkBand B1, sarung perlindungan berwarna-warni, pelapik skrin perlindungan cangkerang, dan juga bateri mudah alih.

Latar belakang Huawei Consumer Business Group

Sehingga pada penghujung 2013, produk dan perkhidmatan Huawei telah dihantar ke lebih 170 negara, memberikan perkhidmatan kepada lebih satu pertiga populasi dunia.Huawei mendapat tempat ketiga daripada segi penghantaran telefon pintar peringkat global pada tahun 2013. Huawei juga telah membina lebih 16 pusat penyelidikan & pembangunan di seluruh dunia di negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India, dan juga China. Salah satu daripada tiga kumpulan perniagaan Huawei, yakni Huawei Consumer Business Group (BG) menyediakan pelbagai produk termasuk telefon bimbit, peranti jalur lebar mudah alih (MBB), peranti kediaman serta perkhidmatan awan. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam kepakaran perniagaan beraneka dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), rangkaian global menyeluruh, rakan kongsi dan pengendalian perniagaan global yang luas,  Huawei Consumer BG dikhususkan untuk membawakan teknologi terkini kepada para pengguna, menawarkan dunia penuh kemungkinan dan mencipta pengalaman luar biasa untuk orang ramai di pelusuk dunia.

Bagi maklumat lanjut, lawati Huawei Consumer BG dalam talian: consumer.huawei.com/en/

Bagi kemas kini secara tetap tentang Huawei Consumer BG, ikuti kami di:

Facebook: facebook.com/huaweidevice

Twitter: twitter.com/HuaweiDevice

Google+: plus.google.com/+HuaweiDevice

YouTube: youtube.com/user/HuaweiDevice

Flickr: flickr.com/photos/huaweidevice

Source: Huawei Consumer Business Group
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services