HANAU, Jerman, 9 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Heraeus, Kumpulan logam berharga dan teknologi yang berpusat di Hanau, telah mengasah strateginya untuk pertumbuhan masa hadapan. Syarikat itu sudah pun melancarkan beberapa inisiatif yang direka khas bagi mendorong pertumbuhan ini antara sekarang dan tahun 2020.
Dalam beberapa tahun akan datang, Heraeus akan melabur beberapa ratus juta Euro dalam penyelidikan dan pembangunan serta infrastruktur yang berkaitan. Satu titik tumpuan adalah di ibu pejabat syarikat itu di Hanau, tempat pusat inovasi moden, yang bakal siap menjelang hujung tahun 2016, akan menyatukan aktiviti Kumpulan dengan aktiviti antara divisyen. Penyelidikan canggih yang dijalankan di sana akan menguatkan lagi usaha untuk mengembangkan kedudukan yang dipegang Heraeus dalam pasaran global dan untuk memberikan prestasi melebihi jangkauan pasaran.
Dengan tumpuan terhadap pasaran berpandukan masa hadapan yang menarik, Heraeus sedang mewujudkan gugusan untuk mengumpulkan kepakaran yang didapati daripada semua kumpulan perniagaannya. Penyelidikan akan berpusat pada produk baharu yang memberikan faedah ketara kepada pelanggan akhir. Kitaran inovasi yang semakin rancak berjalan dalam banyak segmen pelanggan, terutamanya industri elektronik, menawarkan Heraeus potensi yang signifikan untuk pertumbuhan.
Namun begitu, berdasarkan tapak kewangannya yang sangat mantap dan aset cair yang banyak, Heraeus juga akan terus bertumbuh melalui pemerolehan. "Kami ingin terus menyeimbangkan portfolio teknologi kami melalui pembelian dan untuk membuka pasaran baharu yang menarik," kata Jan Rinnert. Heraeus menyasarkan untuk menambah hasil produk mereka sebanyak dua kali jumlah sebelumnya menjelang tahun 2020.
Heraeus, Kumpulan logam berharga dan teknologi yang beribu pejabat di Hanau, Jerman, ialah syarikat swasta global dengan tradisi selama lebih 160 tahun. Kami mencipta penyelesaian bernilai tinggi untuk para pelanggan kami, memantapkan daya saing mereka untuk jangka panjang. Bidang kecekapan kami termasuklah logam berharga, bahan dan teknologi, sensor, produk perubatan dan juga bahan bio, kaca kuartz dan sumber cahaya khusus. Pada tahun fiskal 2013, Heraeus mempunyai hasil produk sebanyak EUR 3.6 bilion dan hasil perdagangan logam berharga sebanyak EUR 13.5 bilion. Dengan lebih 12,500 kakitangan dalam lebih 110 syarikat subsidiari seluruh dunia, Heraeus memegang kedudukan peneraju dalam pasaran globalnya.
Bagi maklumat tambahan, sila hubungi:
Bettina Lichtenberg
Ketua Komunikasi Korporat
Heraeus Holding GmbH
Heraeusstrasse 12-14
63450 Hanau, Jerman
Tel. +49(0)6181-35-5100
F +49(0)6181-35-4242
bettina.lichtenberg@heraeus.com
http://www.heraeus.de
Perkhidmatan:
Laporan tahunan semasa boleh didapati di: http://konzern.heraeus.de/Geschaeftsbericht
Bahan foto semasa boleh ditemui di: http://www.heraeus-media.com/Public
SUMBER Heraeus Holding GmbH