HANAU, Jerman, 9 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Syarikat logam berharga dan teknologi yang berpusat di Hanau, Heraeus, telah menamatkan tahun kewangan 2013 dengan keputusan yang memuaskan hati walaupun dengan sebilangan angka yang dicatatkan rendah. Ini telah diumumkan oleh Lembaga Pengurusan Heraeus Holding GmbH semasa sidang akhbar diadakan untuk mengumumkan keputusan tahunan di Frankfurt pada 8 Mei. Kadar pertumbuhan yang semakin perlahan di China – pasaran yang penting untuk Heraeus – disertakan pula dengan ketidakpastian pasaran berterusan di Eropah serta Amerika Syarikat dan juga harga logam berharga yang lebih rendah telah mengurangkan hasil dan pendapatan Heraeus Group sekali lagi pada tahun lepas. Heraeus mempunyai jumlah hasil produk sebanyak EUR 3.6 bilion (kurang 10 peratus berbanding tahun 2012). Namun, keputusan ini banyak dipengaruhi oleh kesan harga logam berharga. Setelah diselaraskan dengan kesan ini, hasil untuk tahun 2013 menunjukkan sedikit peningkatan, meningkat 2 peratus berbanding tahun sebelumnya. Permintaan industri yang berkurangan untuk platinum, emas serta perak telah mengurangkan hasil perdagangan logam berharga sehingga menjadi EUR 13.5 bilion (-16 peratus).
Keputusan kendalian (EBIT) berkurang sebanyak 29 peratus, berakhir pada EUR 256 juta. Punca utama keputusan ini ialah keadaan pasaran fotovoltan yang tidak berkembang secara berterusan, kesan sekali harung akibat langkah penstrukturan semula, serta perbelanjaan untuk program pengharmonian proses Magellan berasaskan IT. Sebaliknya keputusan tahunan untuk Heraeus Group pula tampak positif, pada EUR 454 juta (+92 peratus berbanding tahun 2012). Peningkatan ini mencerminkan hasil jualan kumpulan perniagaan Heraeus Dental semasa tahun kewangan lepas.
"Heraeus tidak kebal sepenuhnya terhadap persekitaran makroekonomi yang agak terkekang tahun lepas, walaupun pengurangan signifikan dalam hasil produk dan keputusan kendalian kebanyakannya disebabkan harga logam berharga yang lebih rendah serta kesan sekali harung," simpul Jan Rinnert, pengerusi Lembaga Pengurusan Heraeus Holding GmbH. "Memandangkan latar belakang ini, kami berasa agak puas hati dengan tahun kewangan 2013, tetapi kami sedang merancang untuk pertumbuhan yang signifikan pada masa hadapan kelak."
Gambaran
Secara keseluruhannya, Heraeus Group menepati sasaran untuk tahun semasa. Keputusan suku tahun pertama mencerminkan perkara ini dengan beberapa kumpulan perniagaan memulakan tahun 2014 dengan keputusan meyakinkan, manakala yang lain pula masih kekal tidak menonjol. Kemungkinan besar situasi ekonomi keseluruhan tidak pasti yang telah diharungi oleh Heraeus Group pada tahun 2013 akan berterusan sehingga tahun fiskal semasa ini.
"Namun begitu, secara keseluruhannya, kami menjangkakan penambahbaikan keputusan kendalian bagi tahun 2014. Heraeus Group kini sedang melaksanakan pelbagai inisiatif dan langkah bagi meningkatkan kecekapan dan meluaskan margin, lalu memberi ruang untuk harapan. Kos yang berkaitan dengannya sudah pun dimasukkan dalam keputusan tahun 2013," kata Jan Rinnert.
Penunjuk Kewangan Utama untuk Tahun Kewangan 2013 |
|||
Penunjuk kewangan utama dalam |
|||
EUR juta |
2013 |
2012 |
Perubahan dalam % |
Hasil produk |
3,578 |
3,979 |
-10 |
Hasil perdagangan |
|||
logam berharga |
13,462 |
15,989 |
-16 |
Pendapatan sebelum faedah |
|||
dan cukai (EBIT) |
256 |
360 |
-29 |
Pendapatan bersih |
454 |
237 |
+91 |
Ekuiti pemegang saham |
2,667 |
2,344 |
+14 |
Perbelanjaan modal |
141 |
126 |
+13 |
Perbelanjaan penyelidikan |
|||
dan pembangunan |
86 |
84 |
+2 |
Kakitangan setakat |
|||
penghujung tahun |
12,454 |
13,615 |
-9 |
Heraeus, Kumpulan logam berharga dan teknologi yang beribu pejabat di Hanau, Jerman, ialah syarikat swasta global dengan tradisi selama lebih 160 tahun. Kami mencipta penyelesaian bernilai tinggi untuk para pelanggan kami, memantapkan daya saing mereka untuk jangka panjang. Bidang kecekapan kami termasuklah logam berharga, bahan dan teknologi, sensor, produk perubatan dan juga bahan bio, kaca kuartz serta sumber cahaya khusus. Pada tahun fiskal 2013, Heraeus mempunyai hasil produk sebanyak EUR 3.6 bilion dan hasil perdagangan logam berharga sebanyak EUR 13.5 bilion. Dengan lebih 12,500 kakitangan dalam lebih 110 syarikat subsidiari seluruh dunia, Heraeus memegang kedudukan peneraju dalam pasaran globalnya.
Bagi maklumat tambahan, sila hubungi:
Bettina Lichtenberg
Ketua Komunikasi Korporat
Heraeus Holding GmbH
Heraeusstrasse 12-14
63450 Hanau, Jerman
Tel. +49(0)6181-35-5100
F +49(0)6181-35-4242
bettina.lichtenberg@heraeus.com
http://www.heraeus.com
Perkhidmatan:
Laporan tahunan semasa boleh didapati di: http://konzern.heraeus.de/Geschaeftsbericht
Bahan foto semasa boleh ditemui di: http://www.heraeus-media.com/Public
SUMBER Heraeus Holding GmbH