omniture

Xinhua Silk Road: Bandar China Selatan Guiping raikan tuaian laici

Xinhua Silk Road
2023-07-07 21:39 114

BEIJING, 7 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Bandar Guiping, China Selatan di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi mengadakan sebuah acara baru-baru ini bagi meraikan pesta menuai petani Cina dan melambangkan permulaan pesta laici Guiping pada tahun ini.

Photo shows a farmer is harvesting lychees in south China's Guiping in Guangxi Zhuang Autonomous Region.
Photo shows a farmer is harvesting lychees in south China's Guiping in Guangxi Zhuang Autonomous Region.

Bandar berkenaan memberi tumpuan baik kepada kuantiti mahupun kualiti penanaman laici dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mengikuti laluan pembangunan yang menampilkan pengeluaran berskala-besar, pembangunan jenama dan penambahbaikan pembenihan, kata Fang Huihui, naib datuk bandar, Bandar Guiping, pada majlis sambutan itu.

Fang menambah bahawa bandar tersebut telahpun melaksanakan penambahbaikan pembenihan di sebuah kawasan berkeluasan 80,000 mu (kira-kira 5,333.33 hektar) dan memperkenalkan lebih 20 baka premium bagi meningkatkan kualiti laici tempatan.

Laici Guiping laris terjual semasa acara itu. Pasar raya, syarikat logistik di wilayah autonomi itu dan selanjutnya menandatangani kontrak pembelian untuk 2,500 tan laici yang bernilai 30 juta yuan jualannya. Jualan melalui strim langsung dalam talian berjumlah lebih 200,000 yuan, sementara jualan logistik luar talian melebihi 800,000 yuan.

Selain itu, sebuah pameran berkenaan kaligrafi dan fotografi bertumpukan laici turut diadakan untuk memaparkan budaya laici yang istimewa di kawasan tersebut.

Pesta laici Guiping berlangsung selama tiga hari hingga 2 Julai, dengan pelbagai aktiviti yang menggabungkan ciri-ciri tempatan dan budaya bertani diadakan di tempat utama dan dua sub-tempat di pekan-pekan sekitar bandar itu.

Digelar sebagai "kampung halaman laici", kawasan penanaman laici bandar Guiping melangkaui keluasan 200,000 mu (kira-kira 13,333.3 hektar), dengan keluaran tahunan mencecah lebih 50,000 tan dan nilai keluaran mencapai lebih 600 juta yuan (kira-kira 82.88 juta dolar A.S.).

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/334945.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Agriculture Food/Beverages Publishing/Information Service