omniture

IOI Corporation Berhad dan PETRONAS Menang Anugerah Inovasi Perusahaan ASEAN 2023, Memaparkan Projek yang Membina Keupayaan Digital Dalaman

ASEAN Innovation Business Platform (AIBP)
2023-07-07 21:47 16

SINGAPURA, 7 Julai 2023 /PRNewswire/ -- 124 penyerahan daripada organisasi awam dan swasta di seluruh Asia Tenggara diterima bagi Anugerah Inovasi Perusahaan ASEAN Innovation Business Platform (AIBP) tahunan - yang mana 47 projek telah dipilih sebagai finalis. Sejak tahun 2017, anugerah tersebut bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada organisasi-organisasi yang berpangkalan di Asia Tenggara yang telah memulakan projek-projek untuk mentransformasikan perniagaan mereka secara digital melalui penerimaan teknologi yang inovatif.

IOI and Petronas with their Awards. From left to right: Irza Suprapto (CEO, AIBP), Dato’ Ts. Dr Haji Amirudin Abdul Wahab (CEO, CyberSecurity Malaysia), Datin Ts. Habsah Nordin (Chief Data Officer, PETRONAS), Mr Mohd Haris Shukri Jahabar (Head, Data Architecture Management, PETRONAS), Mr. Alvin Lee (Head of Business Systems and Information Technology, IOI Corporation Berhad), Mr. Kong Kian Beng (Group CFO, IOI Corporation Berhad), Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman (President and CEO, MIGHT)
IOI and Petronas with their Awards. From left to right: Irza Suprapto (CEO, AIBP), Dato’ Ts. Dr Haji Amirudin Abdul Wahab (CEO, CyberSecurity Malaysia), Datin Ts. Habsah Nordin (Chief Data Officer, PETRONAS), Mr Mohd Haris Shukri Jahabar (Head, Data Architecture Management, PETRONAS), Mr. Alvin Lee (Head of Business Systems and Information Technology, IOI Corporation Berhad), Mr. Kong Kian Beng (Group CFO, IOI Corporation Berhad), Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman (President and CEO, MIGHT)

Tidak menghairankan, hampir satu pertiga daripada penyerahan tersebut melibatkan beberapa aspek kecerdasan buatan (AI) atau pembelajaran mesin (ML). Banyak organisasi di Asia Tenggara, terutamanya perniagaan yang bersemuka dengan pengguna, telah meneroka penggunaan AI/ML dan kemunculan AI generatif baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai persoalan berkisarkan utiliti teknologi ini.

IOI Corporation Berhad dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) muncul sebagai pemenang dari Malaysia dan menerima anugerah mereka di Persidangan dan Pameran AIBP yang diadakan pada 4 - 5 Julai 2023, di InterContinental Kuala Lumpur.

Diendors dan disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), acara berkenaan menonjolkan inisiatif Industry4WRD Malaysia sekali gus menangani cabaran yang dihadapi oleh perusahaan tempatan serta organisasi khidmat awam dalam menerima pakai transformasi digital.

Projek yang berjaya daripada IOI Corporation Berhad mengetengahkan pelbagai inovasi teknologi dalam operasi huluan dan hiliran. Khususnya, syarikat ini mencapai kejayaan dengan pelaksanaan "ONE IOI Integrated Platform" dan pendigitalisan kilang pengeluarannya. Dengan melengkapkan kilang-kilang ini dengan sensor IoT dan mengintegrasikannya dengan analitis kecerdasan buatan, IOI mendapat keupayaan untuk memanfaatkan pandangan berharga dan mengoptimumkan operasinya selanjutnya. Pelaksanaan yang pelbagai ini memainkan peranan penting dalam memperkemas operasi perniagaan, meningkatkan kecekapan kos dan meningkatkan pengeluaran minyak sawit, seterusnya memberi manfaat kepada ekosistem rantaian bekalan yang lebih luas. Ditubuhkan pada tahun 1969, IOI Corporation Berhad menjadi pengusaha penting dalam industri ini, menggaji kira-kira 24,000 orang dan mempunyai permodalan pasaran sebanyak lebih AS$5 bilion (RM 23.4 bilion).

Sementara itu, projek berjaya yang lain daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menunjukkan komitmen organisasi ini terhadap kecerdasan berpandukan data bagi pembuatan keputusan termaklum dan kecekapan operasi. Pada teras inisiatif strategik mereka terletaknya Enterprise Data Hub (EDH) yang inovatif, platform liberalisasi data dwi-awan dan analitis perusahaan, berfungsi sebagai kilang data untuk analitis merentas pelbagai domain dan entiti perniagaan. Tawaran Data sebagai satu Perkhidmatan transformatif daripada ekosistem EDH memudahkan akses yang lancar kepada pemahaman data yang berharga, meningkatkan lagi pembuatan keputusan dan keberkesanan operasi. PETRONAS, dengan hampir 50,000 pekerja dan jangkauan global yang mencakupi lebih 100 negara, terus memperkukuh kedudukannya sebagai pengusaha utama dalam sektor tenaga. PETRONAS berada di kedudukan 216 dalam senarai Fortune Global 500 bagi tahun 2022.

"Finalis pada tahun ini memiliki banyak projek yang menarik dengan artikulasi jelas bagaimana teknologi dapat menyelesaikan masalah perniagaan. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan saya menggalakkan semua perusahaan Malaysia untuk melihat apa yang dilakukan oleh Petronas dan IOI dalam mencipta model perniagaan baharu dan memacu pertumbuhan mampan," kata Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Industry Government Group for High Technology, Ahli Lembaga Penasihat dan hakim untuk anugerah berkenaan.

IOI dan PETRONAS turut serta bersama pemenang-pemenang lain dari rantau ini termasuk Metro Pacific Investment Corporation, Megaworld Corporation, Vietnam Prosperity Joint Stock Commercial Bank, Vietnam Posts and Telecommunications Group, Sampoerna, Bank Mandiri, Kasikorn Business Technology Group dan PTT Global Chemical Public Company.

Latar Belakang ASEAN Innovation Business Platform (AIBP)

AIBP berfungsi sebagai saluran untuk organisasi-organisasi awam dan swasta di Asia Tenggara mengakses maklumat mengenai pertumbuhan perusahaan dan inovasi. Dengan jaringan semasa yang melibatkan lebih 30,000 pihak berkepentingan di Asia Tenggara, AIBP terus membangunkan ekosistem dengan terlibat dalam aktiviti yang mencipta maklumat bernilai tambah untuk pihak berkepentingan kami yang berusaha untuk memberi impak transformatif dalam organisasi-organisasi mereka. Untuk maklumat tambahan mengenai AIBP, sila kunjungi www.aibp.sg 

Source: ASEAN Innovation Business Platform (AIBP)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards