omniture

Gogonesia.com: Laman untuk Aktiviti Pengembaraan Hebat

Gogonesia.com
2014-05-09 04:46 114

JAKARTA, Indonesia, 9 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Industri pelancongan ialah pasaran yang berkembang pesat di Indonesia. Gogonesia.com telah memasuki industri pelancongan dengan beraneka tawaran produk dan perkhidmatan. Ratusan pakej aktiviti dan pengembaraan kini boleh ditempah oleh pelanggan dalam talian. Ia dilancarkan dengan tawaran istimewa dan hadiah hebat.

Gogonesia.com menawarkan spektrum penuh aktiviti keseronokan tanpa henti serta pakej pengembaraan agar dapat memenuhi minat pelanggan. Gogonesia.com bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan tempatan yang bereputasi baik untuk menyediakan pengembaraan yang lain daripada kebiasaan bagi para penggemar aktiviti pengembaraan. Ia menawarkan pakej tersuai khusus daripada aktiviti berpasangan sehinggalah aktiviti yang benar-benar menguji keberanian di lebih 23 destinasi yang paling mendapat sambutan hangat. Ia turut menjanjikan pengalaman tersendiri untuk para pelanggan sambil menikmati landskap panorama Indonesia serta kepelbagaian budayanya.

Tawaran istimewa untuk percutian selama 4 hari secara percuma ke syurga Lombok bakal ditawarkan kepada para pelanggan mulai 15 Mei 2014 sehingga penghujung bulan Jun 2014. Selain pelbagai promosi sempena pelancaran besar-besaran lamannya, terdapat juga diskaun tambahan di samping promosi asas yang sudah sedia ditawarkan. Para pelanggan boleh mendapatkan nilai yang sebaik mungkin untuk diri mereka dalam tempoh ini.

Pengasas Gogonesia.com mempunyai wawasan untuk menyediakan platform tempahan yang ringkas supaya individu, keluarga, atau pengembara berkumpulan boleh menikmati pengalaman mengembara paling menakjubkan yang terdapat dalam pasaran hari ini. Para pengguna Internet serta penggemar aktiviti pengembaraan kini boleh menempah aktiviti mereka yang seterusnya melalui media dalam talian dan tidak perlu lagi menempah melalui panggilan telefon atau melalui ejen tempatan.

Gogonesia.com memenuhi keperluan pengembara antarabangsa mahupun pengembara domestik dalam merancang percutian kembara ke kepulauan Indonesia. Ia turut dikhususkan untuk menyediakan tawaran istimewa yang dipilih khusus bagi para pengembara yang sedang mencari pakej penjimatan hebat. Selain itu, para pengguna kembara ini bukan sahaja boleh menempah untuk diri sendiri, malah mereka juga boleh membeli pakej pengalaman ini sebagai hadiah daripada gogonesia.com. Para pengguna mempunyai pilihan untuk membeli pakej pengalaman pelancongan itu atau baucar hadiah untuk saudara-mara ataupun pelanggan mereka dalam sekelip mata sahaja.

Ahli gogonesia.com layak menerima akses eksklusif kepada kadar istimewa harian dan diskaun tambahan yang tidak disediakan bagi orang awam. Inilah antara beberapa faedah yang boleh dinikmati ahli mereka sambil Gogonesia.com terus berkembang pada masa akan datang.

Pelancaran platform perkhidmatan baharu ini menyerlahkan pertumbuhan pesat industri pelancongan dan kreativiti usahawan digital yang mula menceburkan diri. Banyak aktiviti pengembaraan di bandar berbeza di Indonesia sedang ditawarkan secara pintar oleh Gogonesia.com dalam memenuhi permintaan seluruh dunia untuk aktiviti pengembaraan hebat di Indonesia.

Mel Tjioe
+6282270005900
hello@gogonesia.com

Source: Gogonesia.com
Keywords: Travel Web Site