omniture

Perkongsian Hisense dengan Discovery Galakkan Pengguna "Find Their Mission X" dengan Menginspirasikan Semangat Penerokaan dan Rasa Ingin Tahu

Hisense
2023-07-10 09:01 65

QINGDAO, China, 10 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka, bekerjasama dengan saluran dokumentari Discovery bagi menggalakkan orang ramai meneroka dunia baharu dan 'Find Their Mission X' ('Mencari Misi X Mereka').

"Find Your Mission X" with Hisense and Discovery
"Find Your Mission X" with Hisense and Discovery

Melalui kolaborasi tersebut, kedua-dua syarikat telah menghasilkan siri kandungan yang mendokumentasikan pengembaraan Ping Fan, seorang jurugambar bawah air, yang mencari Mission X beliau sendiri melalui keupayaan beliau yang tiada tandingan untuk merakam beberapa tempat yang paling menarik dan terpencil di dunia.

Memulakan penerokaan menyelam gua bagi membongkar rahsia gua-gua misteri Mexico, yang dipercayai oleh orang Maya sebagai pintu masuk ke dunia bawah tanah, Ping difilemkan mencari Mission X beliau sendiri melalui perkongsian berkenaan. Namun begitu, Mission X tidak terhad kepada Ping atau sememangnya untuk menyelam. Ia merupakan satu penetapan minda yang boleh diterima oleh sesiapa sahaja: sesuatu yang menekankan penemuan, penerokaan dan rasa ingin tahu dan akhirnya mendorong kualiti hidup dan kebahagiaan orang ramai.

Hisense sedang mencapai Mission X yang tersendiri, dalam mencari matlamat utama kualiti gambar yang sempurna. Biarpun syarikat itu tahu ia akan menjadi sesuatu yang mencabar, ia yakin bahawa ia akan berjaya dalam perjalanannya. Misi ini jelas khususnya pada televisyen ULED X baharunya yang membolehkan penonton merasai kedalaman warna yang sebenar. Hasil daripada 20,000 mini-LED, ia membawakan kepada pasaran warna putih paling terang dan warna hitam paling gelap daripada mana-mana televisyen, menghasilkan 3x kontras persekitaran TV OLED. Seluruh siri produk ULED, bukan sekadar produk baharu ULED X, direka bentuk untuk menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman audiovisual yang unggul serta memenuhi keperluan yang berbeza.

Video dokumentari tersebut, yang memaparkan rakaman menakjubkan sebuah gua bawah air dan bagaimana Ping merakamnya, menunjukkan teknologi ini berada pada kemuncaknya; dengan seluruh kegelapan gua berada dalam kontras yang jelas berbeza bersebelahan dengan kantung cahaya tajam yang terpancar daripada lampu suluh Ping.

Dokumentari penuh sedia ditonton pada saluran media sosial Hisense sementara itu, Strim Langsung Kelas Pakar tersedia pada jam 1 p.m. EDT pada 14 Julai melalui YouTube.

Latar Belakang Hisense:

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Perniagaan Hisense meliputi produk multimedia (dengan fokus pada TV Pintar), perkakas rumah dan maklumat pintar IT. Baru-baru ini, Hisense berkembang pesat dan kini beroperasi di lebih 160 negara.

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Retail Television Licensing/marketing agreements