omniture

Kexing Biopharm Berjaya Tersenarai dalam 20 Perusahaan Biofarmaseutikal Terbaik China (Produk Darah, Vaksin dan Insulin) untuk Dua Tahun Berturut-turut

Kexing Biopharm
2023-07-10 10:51 65

SHENZHEN, China, 10 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Kexing Biopharmaceutical (688136.SH) telah mencapai kejayaan yang mengagumkan apabila diiktiraf pada 27 Jun sebagai salah satu daripada "20 Perusahaan Biofarmaseutikal Terbaik China" (produk darah, vaksin dan insulin) selama dua tahun berturut-turut. Sub-senarai yang berprestij ini merupakan sebahagian daripada "100 Perusahaan Farmaseutikal Terbaik China 2022". Kemasukan Kexing Biopharmaceutical boleh dikaitkan dengan penyelidikan dan pembangunannya yang mantap, serta keupayaan pengeluarannya yang luar biasa dan juga kehebatan pemasaran yang mengagumkan.

Pemilihan bagi "100 Perusahaan Farmaseutikal Terbaik China 2022" memfokuskan pada daya penggerak inovasi dan kuasa promosi profesional perusahaan-perusahaan farmaseutikal dan merupakan salah satu daripada anugerah senarai yang paling berpengaruh dalam industri ini.

Kexing Biopharm tekal mengutamakan dan melabur dalam kemajuan saintifik serta teknologi, yang kekal menjadi teras kepada misi dan nilai syarikat ini. Pada tahun 2022, Kexing Biopharm mengorak langkah yang penting dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, dengan pelaburan penting sebanyak RMB 193 juta, mencerminkan pertumbuhan luar biasa sebanyak 57.21% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Kexing Biopharmaceutical menyaksikan kemajuan pantas beberapa produk, beralih daripada peringkat pembangunan kepada peringkat klinikal, termasuk kapsul SHEN26, ubat anti-COVID-19 molekul-kecil oral, suntikan faktor perangsang-granulosit manusia terpegilasi dan sebagainya, serta suntikan hormon pertumbuhan manusia, yang baru sahaja diluluskan untuk kegunaan klinikal di China. Tambahan pula, syarikat ini juga merupakan salah satu daripada hanya dua pengeluar domestik yang diberi kuasa untuk indikasi spesifikasi 36000IU.

Di samping itu, Kexing Biopharm mempunyai pandangan positif yang kukuh terhadap prospek masa depan bio-ekonomi. Pada tahun 2022, syarikat ini membuat pelaburan yang strategik dalam sektor-sektor baru muncul seperti vaksin haiwan, biologi sintetik dan bakteriofaj. Subsidiarinya, khususnya, Kexing Animal Healthcare mewujudkan dengan pantas portfolio yang mantap dengan lebih daripada sepuluh vaksin multivalen.

Pada tahun 2022, Kexing Biopharmaceutical berjaya mengekalkan bahagian pasarannya yang dominan dalam China. Jaringan pengedaran syarikat ini mencakupi rangkaian luas kemudahan penjagaan kesihatan, termasuk hampir 20,000 hospital di pelbagai peringkat, institusi penjagaan utama serta farmasi, termasuk hampir 7,000 hospital, lebih 8,900 terminal pihak ketiga dan lebih daripada 4,000 farmasi.

Menerusi demonstrasi yang komprehensif terhadap keupayaan inovasinya, kekuatan produk serta pengaruh jenama, Kexing Biopharm sekali lagi diiktiraf menerusi 100 Perusahaan Farmaseutikal Terbaik China. Dengan daya penggerak inovatif yang mantap, promosi profesional serta keupayaan operasi dan pengurusan perusahaan yang berkualiti tinggi, syarikat ini akan merebut peluang pembangunan dan mengukuhkan asas pembangunan.

https://www.menet.com.cn/info/202307/202307070932403240_146002. shtml

 

Source: Kexing Biopharm
Related Stocks:
Shanghai:688136 Shanghai:688136.SS
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Publishing/Information Service Awards