omniture

Zoomlion Tandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik dengan EABC di Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika ketiga, Menggalakkan Lagi Pembangunan Bersama dengan Rakan-rakan Kongsi Afrika

Zoomlion
2023-07-10 11:12 21

CHANGSHA, China, 10 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) memperdalam komitmennya kepada Afrika di Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika ke-3 yang diadakan mulai 29 Jun hingga 2 Julai di Changsha, China. Pada 3 Julai, Zoomlion Agriculture Machinery Co., Ltd. ("Zoomlion Agriculture") menandatangani perjanjian kerjasama bersama Ethiopian Agricultural Businesses Corporation (EABC), bagi memanfaatkan gabungan kekuatan mereka.

Zoomlion Signs Strategic Cooperation Agreement with EABC at the 3rd China-Africa Economic and Trade Expo, Further Promoting Joint Development with African Partners
Zoomlion Signs Strategic Cooperation Agreement with EABC at the 3rd China-Africa Economic and Trade Expo, Further Promoting Joint Development with African Partners

Zoomlion Agriculture akan menyediakan peralatan jentera pertanian, sokongan perkhidmatan, penyelenggaraan alat ganti serta latihan kakitangan kepada Etiopia bagi menggalakkan pemodenan jentera pertanian dan transformasi pertanian. Selain menawarkan perkhidmatan kepada pasaran tempatan, Zoomlion akan turut mengeksport peralatan pertanian ke negara-negara jiran.

Sebagai salah sebuah syarikat Cina pertama yang menembusi pasaran Afrika, Zoomlion mewujudkan jaringan jualan yang komprehensif di seluruh benua tersebut dan mengendalikan subsidiari-subsidiari milik penuhnya di Kenya, Tanzania, Nigeria serta Algeria dan menjadi salah satu daripada tiga pengeksport pembuatan peralatan China terbaik di Afrika. Lebih 10,000 unit peralatan Zoomlion kini sedia digunakan di Afrika dan perniagaan syarikat ini berkembang pesat dengan purata 50 peratus setiap tahun.

"Zoomlion sangat optimis terhadap pasaran Afrika dan tatkala industri jentera pembinaan Cina menjadi lebih proaktif dalam pasaran antarabangsa, kami berminat untuk mewujudkan rantaian industri yang komprehensif di Afrika, mencakupi perdagangan, kewangan, perkhidmatan, pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D)," kata Fan Zhide, penolong pengurus besar Zoomlion Overseas Company.

Robert Cook, pengasas ZLT Cranes di Afrika Selatan, mengakui kualiti Zoomlion. "ZLT Cranes membeli kren trak QY50V daripada Zoomlion pada tahun 2007. Kini sudahpun digunakan selama 16 tahun, ia membuktikan keandalan Zoomlion." Sejak itu, ZLT Cranes telah menjual lebih 330 unit peralatan Zoomlion di Afrika Selatan, yang banyak digunakan dalam projek-projek pembinaan utama termasuk stadium utama untuk FIFA World Cup 2010 dan stesen janakuasa Kusile.

Zoomlion turut menyesuaikan peralatan dan penyelesaian untuk pelanggan Afrika dengan keperluan pembinaan dan keadaan persekitaran, termasuk kren menara berprestasi tinggi yang digunakan dalam pembinaan projek Menara Ikonik 385.5-meter di Mesir, bangunan tertinggi Afrika. Model yang dibuat khas itu mudah dipasang, ditanggalkan dan diangkut serta boleh disesuaikan dengan suhu yang tinggi dan iklim berangin.

Memandang ke hadapan, Zoomlion akan terus menyokong pembangunan pesat Afrika menerusi produk yang berkualiti tinggi serta perkhidmatan cekap dan profesional yang akan membawa nilai penting ke pasaran Afrika.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Machinery Mining/Metals Transportation Contracts