YIWU, China, 10 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar mengumumkan pensijilan kemudahan pembuatan Yiwunya sebagai Kilang Karbon Sifar. Ini merupakan kilang pertama dalam industri PV yang dianugerahkan status karbon sifar oleh sebuah agensi bebas.
Kilang Yiwu Trina Solar telah dinilai oleh TiGroup, badan pensijilan yang mengkhusus dalam pemeriksaan dan pengujian kesihatan, keselamatan, alam sekitar dan kemampanan. Pelbagai penunjuk dinilai di lapangan, termasuk:
Kilang berkenaan mencapai skor keseluruhan 79.68 daripada 80 bagi tahun 2022, berjaya memperoleh Sijil Kilang Karbon Sifar (Jenis 1) yang diiktiraf oleh China Energy Conservation Association. Trina Solar juga berupaya mendedahkan bahawa emisi karbon setiap unit output tapak Yiwu menurun sebanyak 21.77% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021, manakala penggunaan kuasa setiap unit produk menurun sebanyak 9.51%. Ini adalah hasil daripada rantaian bekalannya yang komprehensif, mampan yang merangkumi reka bentuk produk, pengurusan tenaga serta pengoptimuman sistem pintar.
Kilang Yiwu Trina Solar ialah sebuah Kilang Super Vertex dan kemudahan pembuatan yang utama untuk pengeluaran barisan produk Vertex S Trina. Siri panel solar Vertex S direka bentuk untuk bumbung, termasuk aplikasi kediaman, komersial dan perindustrian. Vertex S mencapai kecekapan dan kuasa yang lebih tinggi hasil daripada penggunaan wafer silikon 210mm dan serasi dengan penyongsang serta sistem pemasangan arus perdana. Siri modul tersebut menyokong misi Trina Solar unutk membawakan penyelesaian tenaga yang lebih bersih, lebih hijau kepada semua orang.
"Pensijilan ini mendemonstrasikan komitmen teguh Trina Solar terhadap pembangunan mampan dan amalan karbon sifar dalam teknologi, produk serta pengurusan proses. Kami akan meneruskan pembuatan mampan sambil meneroka cara yang inovatif untuk menambah baik dan meningkatkan lagi seluruh ekosistem Trina Solar bagi mengurangkan emisi, melindungi alam sekitar kita dan meningkatkan komuniti di seluruh dunia," ulas Helena Li, Presiden Global Solar Product Business Group di Trina Solar.
Pada tahun 2022, Trina Solar juga diiktiraf untuk emisi karbon rendahnya yang utama dalam industri melalui proses pembuatan rangkaian penuh modul 210mm Vertex. Modul tersebut dianugerahkan sijil Penilaian Kitar Hayat (Life Cycle Assessment, LCA) oleh TÜV Rhineland di Jerman, lantas menjadi modul 210mm pertama dalam industri ini yang berbuat demikian.