omniture

Memenangi Masa Depan Lebih Hijau, Produk Peralatan Tenaga Boleh Baharu XCMG Machinery Menyerlah dalam Projek-projek Pembinaan Utama

XCMG Machinery
2023-07-10 13:58 21

XUZHOU, China, 10 Julai 2023 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery ("XCMG"), pengeluar jentera pembinaan tiga terbaik dunia, komited untuk memacu transformasi hijau industri ini dan menggalakkan aplikasi peralatan tenaga baharu dalam projek-projek pembinaan.

Winning A Greener Future, XCMG Machinery’s Renewable Energy Equipment Products Outshine in Major Construction Projects – Its Latest Pure Electric Mixing Truck, G4804BIIVE Showcased in the Trade Show in China.
Winning A Greener Future, XCMG Machinery’s Renewable Energy Equipment Products Outshine in Major Construction Projects – Its Latest Pure Electric Mixing Truck, G4804BIIVE Showcased in the Trade Show in China.

Baru-baru ini, kren rangkak XGC11000A XCMG berjaya menyelesaikan pengangkatan dan pemasangan unit turbin dwi-angin serentak cekap dan kompak 2.7 MW yang pertama di dunia, Huaneng "Sairui," di ladang angin Tongyu Huaneng. Sebagai projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara yang utama, "Sairui" merupakan satu kejayaan cemerlang bagi teknologi kuasa angin konvensional yang mengukuhkan laluan pembangunan baharu yang meluaskan skala sumber tenaga angin yang dapat dibangunkan dengan ketara.

Dengan pelaburan yang besar terus disalurkan ke dalam R&D pembangunan produk tenaga baharu, XCMG meletakkan asas yang bersungguh-sungguh untuk teknologi yang berkaitan, termasuk kawalan elektronik, bateri dan pemacu elektrik serta mempercepatkan pembuatan hijau dan pintar dengan tumpuan pada transformasi dan penaiktarafan industri.

Pada bulan lalu, XCMG menghantar lebih daripada 100 unit forklift Kunpeng kepada pelanggan luar negara daripada pangkalan pembuatan forklift hijau dan pintarnya. Forklift elektrik siri Kunpeng dibangunkan bagi memenuhi keperluan pelanggan global yang pelbagai, mempunyai prestasi yang lebih kukuh, sistem keselamatan serta pengalaman interaktif dan ia merangkumi tiga model – model G dwipemacu berprestasi tinggi, model C yang dipertingkat dan model 5 S standard.

Pada bulan Jun juga, XCMG menghantar pesanan kelompok jentera angkut elektrik tulen XC968-EV kepada pelanggan di Asia Tenggara, yang mana produk peralatan tenaga baharu menjadi pilihan utama ramai pelanggan ekoran kenaikan harga minyak dan dorongan untuk menggalakkan ekonomi hijau. Model muatan besar dengan kuasa tangkas dan prestasi luar biasa ini menerima pakai sistem pemacu "motor ganda tiga" yang mencapai emisi sifar dan hingar rendah secara serentak.

Sistem kawalan elektrik XCMG yang dibangunkan sendiri boleh menghadapi cabaran pelbagai keadaan pembinaan dengan mudah; sistem hidraulik canggih dan teknologi kawalan pintar juga meningkatkan kecekapan kerja dan kejituan kebolehgerakan. XC968-EV, jentera angkut elektrik, boleh beroperasi selama enam lapan jam dengan satu jam pengecasan, seperti yang ditonjolkan bersama-sama trak pencampur elektrik tulen terkini XCMG, G4804BIIVE di Pameran Konkrit China 2023 pada bulan lalu di Nanjing, China.

"Memandang ke hadapan, kami berkembang maju untuk menyokong pelanggan kami mencapai kejayaan dengan produk peralatan digital, hijau dan pintar serta penyelesaian bersepadu dan bersama-sama membina masa depan yang lebih hijau untuk semua," kata Yang Dongsheng, Ketua Pegawai Eksekutif XCMG. 

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Oil/Energy Transportation Trucking and Road Transportation Utilities Corporate Social Responsibility Environmental Issues New products/services