Kertas Putih Keneutralan Karbon TCL Industries Menggariskan Pelan Tindakan untuk Industri Lebih Hijau
HONG KONG, 10 Julai 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan jenama televisyen dua terbaik di dunia, menganjurkan Persidangan Rakan Kongsi Ekosistem Global TCL 2023 (GPC 2023), di mana ia mengumumkan Kertas Putih Keneutralan Karbon TCL Industries, mengisytiharkan secara rasmi matlamat puncak karbon dan keneutralan karbon syarikat ini serta pemetaan pelan tindakan kemampanan sebagai jaminan untuk menetapkan penanda aras industri bagi memupuk pembangunan hijau.
Persidangan Rakan Kongsi Ekosistem Global TCL 2023: Matlamat Kolektif untuk Industri Lebih Mampan
Persidangan itu menghimpunkan lebih 500 eksekutif daripada syarikat-syarikat terkemuka dan rakan-rakan niaga dalam industri terminal pintar global, teknologi paparan serta tenaga hijau dengan tujuan untuk mewujudkan dan mendukung standard hijau baharu secara kolektif untuk industri pembuatan.
Semasa ucaptama, Tomson Li, Pengasas dan Pengerusi TCL serta wakil-wakil industri yang lain menyampaikan sentimen yang hebat tentang inovasi teknologi dan pembangunan hijau, bagi menghuraikan mengenai visi dan misi TCL dalam membina sebuah ekosistem perindustrian yang mampan.
Bagi mempromosikan lagi ekosistem itu, TCL menganjurkan satu perbincangan meja bulat secara langsung, menjemput pakar-pakar dalam industri dan dunia akademik, bersama-sama rakan-rakan niaga untuk berkongsi kepakaran dan pandangan mereka tentang inovasi teknologi serta kolaborasi dalam rantaian bekalan.
Hari tersebut mencapai kemuncaknya menerusi pelbagai upacara yang bertujuan untuk memupuk pembinaan rantaian industri serantau dan memudahkan lagi kolaborasi teknologi, termasuk penaiktarafan platform dwisilang negara pertama Hubei dan Majlis Penempatan Getech.
Kertas Putih Keneutralan Karbon TCL: Ikrar dan Tindakan untuk Masa Depan Lebih Hijau
Kertas Putih mengenai Keneutralan Karbon mendedahkan cadangan yang terperinci berhubung rancangan syarikat untuk mencapai dan mengekalkan komitmen karbonnya, termasuk reka bentuk terbaik kawalan dwikarbon TCL, ikrar sasaran dwikarbon, rancangan pembangunan tiga langkah, reka bentuk komprehensif, inovasi produk mampan, pertumbuhan mesra alam, ekologi inklusif dan banyak lagi. Sorotan laporan tersebut termasuk:
Pembungkusan yang Bermatlamat – Bahan Mesra Planet dan Reka Bentuk yang Teliti dan Bertimbang Rasa
Selain daripada membentangkan rancangannya yang bercita-cita tinggi untuk mencapai keneutralan karbon, TCL turut mengetengahkan usaha yang dilakukan olehnya untuk menjadikan produknya lebih mampan. Sebagai jenama yang menghantar 23.78 juta TV pintar berjenama ke seluruh dunia pada tahun 2022, TCL menyedari bahawa ia bertanggungjawab untuk menerima bahan-bahan yang mementingkan alam sekitar dalam semua aspek reka bentuk produknya, seperti menggalakkan penggunaan dakwat kacang soya, kertas kitar semula dan bahan pembungkusan kertas yang diperakui oleh Forest Stewardship Council (FSC), serta menggunakan plastik kitar semula ABS. Selain itu, TCL turut menjadikan model-model penyaman udara, peti sejuk dan mesin basuh baharunya lebih mesra alam, menyediakan ciri-ciri yang mengurangkan impak keseluruhan ke atas alam sekitar kepada pengguna.
Bermula daripada kilang hijau kepada rantai bekalan hijau, TCLGreen merupakan satu inisiatif global oleh TCL untuk menginspirasikan kehebatan dan membantu memperkukuh kepentingan usaha kemampanan untuk komuniti tempatan dan global, demi mencipta planet yang lebih hijau buat semua. Ia juga merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan ESG syarikat ini.
Latar Belakang TCL
TCL ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan peneraju dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan rumah pintar. Kunjungi laman sesawang TCL di https://www.tcl.com.