omniture

7 DARIPADA 10 RAKYAT MALAYSIA PERLU PENGUAT TENAGA SEKURANG-KURANGNYA DUA KALI SEMINGGU, FORMULASI BAHARU SARI PATI AYAM BRAND'S® MAMPU MENGEMBALIKAN KECERGASAN

Suntory Beverage & Food Sdn Bhd
2023-07-10 14:23 10
  • Sari Pati Ayam BRAND'S® membantu mengatasi keletihan dan memastikan mereka terus bertenaga

KUALA LUMPUR, Malaysia, Julai 10, 2023 /PRNewswire/ -- Hasil penemuan satu kajian dalam talian[1] baru-baru ini mendapati bahawa 7 daripada 10 rakyat Malaysia memerlukan pemangkin untuk mengembalikan kecergasan mereka. Di samping rakyat Malaysia menempuh kehidupan harian dalam dunia yang bergerak pantas, mereka sering mengejar masa untuk menunaikan tuntutan kerja dan komitmen peribadi. Tinjauan yang sama juga mendapati bahawa 31% daripada responden menghadapi cabaran untuk mencapai keseimbangan bagi memenuhi matlamat kerjaya dan peribadi kerana terlalu fokus untuk menepati garis masa projek dan pelbagai tugasan untuk diselesaikan setiap hari, manakala 22% daripada mereka adalah ibu bapa bekerja dengan jadual kerja yang padat tetapi terus sibuk menguruskan anak-anak mereka selepas waktu kerja.

Pelancaraan formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND’S® oleh (dari kiri) Dr Shazril Saharuddin yang juga dikenali sebagai Dr Say Shazril; Ms Janice Png, Sales Director of Suntory Beverage & Food Malaysia; Mr Rodney Tan, Marketing Director of Suntory Beverage & Food Malaysia; Mr Wong Wee Leong, the General Manager of Suntory Beverage & Food Malaysia; Ms Yau Chin Chin, Head of Scientific Research of Suntory Beverage & Food Asia Pacific dan Ms Eunice Kow, Head of Marketing for Health Enrichment of Suntory Beverage & Food Sdn Bhd
Pelancaraan formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND’S® oleh (dari kiri) Dr Shazril Saharuddin yang juga dikenali sebagai Dr Say Shazril; Ms Janice Png, Sales Director of Suntory Beverage & Food Malaysia; Mr Rodney Tan, Marketing Director of Suntory Beverage & Food Malaysia; Mr Wong Wee Leong, the General Manager of Suntory Beverage & Food Malaysia; Ms Yau Chin Chin, Head of Scientific Research of Suntory Beverage & Food Asia Pacific dan Ms Eunice Kow, Head of Marketing for Health Enrichment of Suntory Beverage & Food Sdn Bhd

Sari Pati Ayam BRAND'S® merupakan jenama pati ayam pilihan nombor satu yang digunakan untuk meningkatkan kecergasan, berasaskan Nielsen's Retail Audit[2]. Kini, lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati khasiat kebaikan dan rasa yang ditambah baik dengan formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND'S® yang meningkatkan kecergasan sambil menghadapi hiruk-pikuk kehidupan dunia. Formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND'S® mengekalkan manfaat-manfaat yang sedia ada boleh meningkatkan metabolisme sambil mengurangkan keletihan dan menambah aliran oksigen kepada otak untuk meningkatkan daya tumpuan mereka.[3]

Formulasi Baharu dengan Rasa Lebih Enak Diminum berserta Khasiat Kebaikan yang Sama

Formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND'S® kini disediakan dengan rasa yang lebih enak untuk diminum berserta khasiat kebaikan sama yang dijanjikan oleh jenama BRAND'S®. Berasaskan ujian rasa yang dikendalikan oleh Home Tester Club[4], 92% bersetuju BRAND'S® Sari Pati Ayam baharu mempunyai rasa yang lebih halus, dan 96% bersetuju BRAND'S® Sari Pati Ayam sesuai diambil untuk mereka yang ingin kekal produktif di sepanjang hari.

"Di BRAND'S, kami memahami desakan gaya hidup pantas rakyat Malaysia di mana kita sentiasa bergerak untuk mengimbangi tuntutan kerja, komitmen peribadi dan pelbagai tanggungjawab lain. Dengan formulasi baharu ini, kami yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripadanya dengan rasa yang lebih enak diminum ini. Sari Pati Ayam BRAND'S® dengan formulasi baharu akan meningkatkan kecergasan setiap hari untuk memenuhi tuntutan gaya hidup mereka yang sibuk," kata Wong Wee Leong, Pengurus Besar, Suntory Beverage and Food Malaysia.

Wong menambah, "Sebab itulah kami melantik Dr Shazril Shaharuddin, yang lebih mesra dikenali sebagai Dr Say, dan juga Chan Fong, sebagai duta-duta Sari Pati Ayam BRAND'S® di majlis pelancaran ini. Mereka berdua merasai kelebihan Sari Pati Ayam BRAND'S® dapat membantu mereka sentiasa bergerak aktif setiap hari. Dr Say, seorang bapa yang sibuk dan juga pempengaruh media sosial, dan Chan Fong, seorang penyampai radio dan usahawan yang berjaya, menggunakan produk sari pati ayam kami untuk memastikan mereka kekal cergas untuk mengharungi kesibukan mereka memenuhi jadual yang padat."

Jaminan Kualiti Unggul

Apa yang membezakan Sari Pati Ayam BRAND'S® ialah proses pengeluaran hak miliknya, yang menjamin produk bermutu tinggi bagi rakyat Malaysia yang mahu meningkatkan tenaga untuk menempuh kehidupan harian. Sari pati ayam baharu ini diperbuat daripada ekstrak semula jadi sepenuhnya yang terdiri daripada ayam premium bermutu tinggi yang diproses secara bersih di bawah suhu tinggi dan tekanan yang dipantau rapi, sambil  mengekalkan pelbagai nutrien semula jadinya. Setiap kelompok produk perlu menjalani lebih daripada 200 pemeriksaan kualiti yang ketat. Tambahan lagi, Sari Pati Ayam BRAND'S® juga menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), untuk memenuhi keperluan pemakanan penduduk yang pelbagai.

Dengan pelancaran formulasi baharu ini, rakyat Malaysia kini boleh memanfaatkan khasiat kebaikan Sari Pati Ayam BRAND'S® untuk menghilangkan keletihan, meningkatkan tenaga dan fokus untuk menyahut cabaran harian masing-masing. Sama ada hari kerja yang mencabar atau jadual peribadi yang padat, Sari Pati Ayam BRAND'S® adalah teman terbaik untuk membantu sesiapa sahaja untuk terus fokus dari segi mental dan memberikan yang terbaik untuk kekal bertenaga dalam kehidupan mereka.

Anda kini boleh membeli Sari Pati Ayam BRAND'S® dengan formulasi terbaharu daripada gedung runcit dan kedai farmasi utama dan juga di dalam talian menerusi Shopee dan Lazada.

[1] Tinjau selidik ini dijalankan dalam bentuk soal selidik dalam talian oleh Vase.Ai. Soal selidik ini diedarkan menerusi e-mel kepada pangkalan data Vase, Setiap satu dengan pautan unik untuk mengelakkan jawapan berulang.
Tinjau selidik ini dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan Getvase.com. Saiz sampel bagi kajian ialah 162 responden berumur 18-45.

[2] BEC ialah jenama dipercayai nombor satu dalam kategori sari pati ayam Malaysia, berasaskan Audit Runcit Nielsen bagi Tonik Kesihatan Cecair. Laporan setakat Mei 2023.

[3] Benton D and Young HA. The effect of chicken essence on cognition & mood: A randomized controlled trial. Curr Top Nutraceutical Res 2015; 13(2):61–70

Konagai C, Watanabe H, Abe K, Tsuruoka N, Koga Y. Effects of essence of chicken on cognitive brain function: a near-infrared spectroscopy study. Biosci Biotechnol Biochem. 2013;77(1):178-81.

[4] Home Tester Club ialah sebuah komuniti pembeli dalam talian yang menguji produk dan berkongsi ulasan untuk membantu pembeli lain membuat keputusan pembelian dengan lebih bijak.

Mengenai Sari Pati Ayam BRAND'S

Sari Pati Ayam BRAND'S® ialah makanan tambahan semula jadi. Ia merupakan ekstrak ayam dalam bentuk yang mudah dihadamkan dan mengandungi asid amino yang mudah diserap. Proses didihan berlapis (double boil) kami pada suhu yang tinggi menjadikan sari pati kami lebih pekat. Produk ini dimuatkan di dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kesegaran dan disterilkan pada suhu lebih daripada 100°C; Sari Pati Ayam BRAND'S® tidak mengandungi lemak dan kolesterol, kaya dengan protein dan tiada pengawet tambahan.

Berasaskan lebih 50 kertas saintifik yang diterbitkan, Sari Pati Ayam BRAND'S® merupakan satu-satunya Sari Pati Ayam yang terbukti secara klinikal untuk kesihatan badan dan ketajaman minda. Sari pati ini didapati meningkatkan metabolisme dengan mengurangkan keletihan dan menambah aliran oksigen ke otak untuk daya tumpuan yang lebih tinggi.

Source: Suntory Beverage & Food Sdn Bhd
Keywords: Beverages Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services