omniture

HONOR Umum Pelancaran Global HONOR 90 Series

HONOR
2023-07-10 15:55 40

Sebagai Pembantu untuk Pencipta, HONOR 90 Series baharu Menggabungkan Kamera Terbaik-dalam-Kelas serta Ciri-ciri Pintar dan Lebih Banyak Lagi untuk Merakam Detik Spontan dan Berkongsi Suasana Hebat

PARIS, 10 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan pelancaran HONOR 90 Series dalam pasaran Global. Menampilkan Kamera Utama 200MP yang mengagumkan dengan Paparan Terapung Kuad-Lengkung yang utama dalam industri dengan teknologi untuk keselesaan mata, HONOR 90 memuatkan perkakasan dan perisian perintis bagi memperkasa generasi sentiasa-aktif untuk merakam pengembaraan harian mereka dalam perincian yang luar biasa dan berkongsi suasana hebat ini bersama insan yang rapat.


"Di HONOR, kami berusaha untuk memperkasa pengguna di serata dunia dengan teknologi utama kami untuk memanfaatkan sepenuhnya hari itu dan berkongsi suasananya," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd. "Bermula daripada inovasi kamera yang luar biasa dan penyelesaian paparan bertumpu manusia, hinggalah prestasi pantas berkuasa yang diupayakan oleh perkakasan yang terbaik dalam kelas dan MagicOS pintar kami, HONOR 90 Series akan menggembirakan pengguna di seluruh dunia dengan prestasinya yang luar biasa dan khususnya pencipta kandungan yang tercari-cari rakan kongsi pintar dan boleh dipercayai yang dapat merakam kehidupan mereka yang menarik."

HONOR 90: Kamera Berkuasa dan Serba Guna untuk Menangkap Gambar dan Video Indah

Sistem kamera tigaan serba baharu ini merangkumi Kamera Utama 200MP dengan sensor 1/1.4-inci, kamera ultra luas dan makro 12 MP dengan medan pandang 112° serta Kamera Kedalaman 2MP yang membantu kamera mengukur jarak dengan lebih tepat. Menyokong lakuran berbilang bingkai, algoritma pengurangan hingar dan pengebinan piksel bagi mencapai prestasi tangkapan cahaya yang setara dengan mempunyai piksel 2.24µm (16-dalam-1) besar, Kamera Utama 200MP menghasilkan foto julat dinamik tinggi (HDR) yang cemerlang serta syot yang terperinci, cerah dalam keadaan cahaya rendah.


HONOR 90 turut memperkenalkan Mod Potret baharu yang membantu pengguna mencipta potret luar biasa dengan mudah dengan ciri-ciri wajah yang ditakrifkan dengan jelas, ton kulit yang tepat serta kesan bokeh autentik yang menggabungkan latar belakang dengan subjek secara semula jadi. Untuk kefleksibelan tambahan, Mod Potret turut menyokong tangkapan pada zum 2X bagi menyampaikan hasil imej yang menonjolkan subjek dengan lebih baik dalam bingkai.

Pada bahagian depan, Kamera Depan 50MP menangkap gambar swafoto menakjubkan yang penuh dengan perincian, menjadikan HONOR 90 sebagai pilihan yang ideal untuk pencipta kandungan yang sedang meningkat naik.

Direka bentuk untuk membantu pembuat vlog memperkemas aliran kerja mereka, HONOR 90 turut menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk penyahhingaran video dan cadangan mod video, serta untuk AI Vlog Assistant yang membolehkan pengguna menghasilkan video 15-saat sedia untuk media sosial dengan hanya beberapa ketikan. HONOR 90 mencapai pengurangan hingar semua arah dengan nisbah isyarat-kepada-hingar 20dB yang menghampiri perakam profesional, lalu membolehkan pengguna merakam suara manusia dengan jelas tanpa gangguan bunyi yang lain.

Pengalaman Tontonan Imersif pada Paparan

Dilengkapi dengan Paparan Terapung Kuad-Lengkung 6.7-inci[1], HONOR 90 menyokong resolusi tinggi 2664x1200, 100% gamut warna DCI-P3 dan sehingga 1.07 bilion warna, menghidupkan kandungan visual dengan warna-warna menakjubkan dengan kejelasan nyata. Di samping itu, HONOR 90 menyokong kecerahan puncak HDR 1600 nit yang membolehkan kebolehbacaan paparan yang lebih baik di bawah cahaya terang.

Paparannya pantas dan responsif dengan kadar segar semula skrin adaptif sehingga 120Hz[2], yang diselaraskan secara dinamik mengikut kandungan yang dipaparkan bagi mencapai keseimbangan optimum antara kelancaran visual dan hayat bateri. Di samping itu, dengan sokongan HDR10+ dan pensijilan HDR daripada Netflix dan Amazon Prime Video, HONOR 90 memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman multimedia luar biasa sama ada mereka sedang dalam perjalanan atau sedang selesa di kediaman mereka.

Mencerminkan komitmen HONOR kepada teknologi bertumpu manusia, HONOR 90 dilengkapi dengan ciri-ciri keselesaan mata[3] yang utama dalam industri. Menerima Pensijilan Bebas Kerlip TÜV Rheinland dan mencapai tahap pemalapan tanpa risiko, HONOR 90 adalah sangat sesuai untuk generasi kemaruk hiburan hari ini yang menghabiskan masa berjam-jam lamanya melihat dan menonton kandungan pada telefon pintar mereka. Paparan menyokong frekuensi Pemalapan Modulasi Lebar Denyutan (PWM) tertinggi dalam industri iaitu 3840Hz[4], meminimumkan ketegangan pada mata pengguna dengan berkesan apabila ia ditetapkan pada kecerahan rendah. Paparan turut menampilkan Pemalapan Dinamik yang mensimulasikan cahaya semula jadi bagi mengurangkan keletihan mata, serta teknologi Paparan Malam Sirkadian HONOR yang menapis cahaya biru dan menggalakkan rembesan melatonin semula jadi bagi meningkatkan kualiti tidur pengguna pada waktu malam.

HONOR 90 menyampaikan paparan yang menyenangkan dengan prestasi hebat dalam kebanyakan keadaan penggunaan, dengan prestasi kukuh dari segi warna dan kebolehbacaan, yang juga membolehkannya menduduki tempat pertama dalam Kedudukan Tertinggi Paparan oleh DOXMAKR dengan skor paparan keseluruhan mencecah 140.

Reka Bentuk Anggun dan Bergaya Diinspirasikan oleh Ketukangan Artisan

Diinspirasikan oleh adibusana dan ketukangan yang dilihat pada barang kemas mewah, HONOR 90 menonjolkan kelasnya dengan badan nipis 7.8mm[5] dan ringan iaitu 183g[6]. Bahagian tepi yang licin dan bulat membaluti telefon pintar ini menjadikannya sama seronok untuk dipegang dan juga dilihat, sementara Kaca Diperkuat Dengan Mendalam memberi ketenangan minda kepada pengguna kerana mengetahui telefon pintar mereka dibina agar tahan lama. Pada bahagian belakang, HONOR 90 menampilkan Reka Bentuk Dwi Gelang klasik N Series ikonik, dengan elemen membulat yang direka dengan teknik pemotongan tepat bagi menghasilkan kilauan terang yang menambah sentuhan keanggunan tambahan pada telefon pintar.


Hayat Bateri Luar Biasa Dipadankan dengan Prestasi Pantas

HONOR 90 dipasang dengan bateri 5000mAh[7] besar bagi menyokong penggunaan sepanjang hari. Dengan sekali cas, telefon pintar ini boleh menyediakan sehingga 19.5 jam penstriman video setempat secara berterusan. Apabila baterinya rendah, pengguna boleh mengembalikannya sehingga 45% dengan 66W HONOR SuperCharge hanya dalam 15 minit, memastikan masa henti pada tahap minimum. Pantas dan cekap bateri, HONOR 90 dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition, yang memiliki GPU 20% lebih baik dan prestasi AI 30% lebih baik berbanding pendahulunya. Suhu dalaman sentiasa dikawal oleh kebuk wap 147% lebih besar, memudahkan pelesapan haba cekap yang membolehkan HONOR 90 kekal sejuk apabila disentuh walaupun dengan beban.

Pengalaman Benar-benar Diperibadikan dengan HONOR MagicOS 7.1

Mengoperasikan HONOR MagicOS 7.1 berasaskan Android 13 yang terkini, HONOR 90 dan HONOR 90 Lite memuatkan pelbagai ciri pintar yang dipertingkat seperti Magic Text, menyediakan pengalaman kehidupan pintar dan meningkatkan produktiviti ke tahap maksimum.  

Magic Text mengenali teks pada imej secara pintar dan membolehkan pengguna melakukan tindakan secara langsung dengan maklumat penting. Sebagai contoh, apabila Magic Text mengenal pasti nombor telefon, pengguna boleh mengetik padanya dan memilih tindakan daripada menu termasuk membuat panggilan, menghantar teks dan menyimpan nombor. Magic Text juga dapat mengenal pasti alamat emel dan pautan laman web untuk akses lebih pantas kepada perkhidmatan yang relevan. Anda boleh memasuki mod pengecaman dan pengimbasan teks serta-merta melalui pemidang tilik digital.

HONOR 90 Lite Membuat Penampilan Sulung Globalnya

Dilancarkan bersama-sama HONOR 90, HONOR 90 Lite ialah peranti serba guna bergaya yang mempunyai sistem kamera luar biasa, paparan dan pelbagai ciri pintar demi pengalaman pengguna yang dipertingkat.

Meningkatkan pengalaman fotografi, HONOR 90 Lite membawakan Kamera Utama 100MP belakang dengan apertur f/1.9, Kamera Lebar & Dalam 5MP serta Kamera Makro 2MP untuk merakam syot landskap yang megah dan rakaman dekat yang intim. Bagi peminat swafoto, Kamera Depan 16MP menyampaikan potret diri yang menawan dengan ciri-ciri jelas dan warna-warna yang dipertingkat. Di samping itu, Paparan Tanpa Tepi 6.7-inci HONOR 90 Lite[8] membawakan kadar segar semula adaptif hingga 90Hz[9], menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman visual yang amat lancar. Paparan itu juga mendapat Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan sama seperti HONOR 90, ia menyokong pelbagai penyelesaian perlindungan mata bertumpu manusia termasuk Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadian.

HONOR 90 Lite dikuasakan oleh sistem MediaTek Dimensity 6020 5G dan bateri 4500mAh[10]. Pengguna yang suka membolehkan media mereka sentiasa boleh diakses pada hujung jari mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya Memori 8GB dan pemacu storan 256GB besar HONOR 90 Lite, yang boleh menyimpan 57,808 gambar, 22,322 lagu atau 892 video HD[11] secara setempat. The HONOR 90 Lite juga dilengkapi dengan HONOR RAM Turbo (8GB+5GB), teknologi HONOR yang mengalihkan sebahagian daripada memori kilat ke RAM, yang bererti RAM 8GB boleh ditambah kepada RAM 13GB.

HONOR Pad X9 didatangkan dengan eXtra Vision dan eXtra Power

Bersama-sama siri HONOR 90, HONOR turut memperkenalkan HONOR Pad X9 yang terkini di acara Paris. Mempunyai HONOR FullView Display 11.5-inci yang mengagumkan, sistem audio enam-pembesar suara dengan teknologi penalaan bunyi HONOR Histen dan storan sehingga 128GB[12], HONOR Pad X9 menawarkan pengalaman hiburan dan pendidikan unggul dengan pelbagai ciri pintar dan rupa yang elegan. Menampilkan paparan HONOR FullView, HONOR Pad X9 menyokong resolusi 2000x1200 piksel dan memiliki nisbah skrin-kepada-badan luar biasa iaitu 86% demi pengalaman tontonan yang optimum. Reka bentuk deko dwi-gelang dwi-cermin HONOR Pad X9 melengkapkan kontur yang teguh bagi menghasilkan faktor bentuk bergaya yang mempunyai ketebalan hanya 6.9mm[13] dan berat hanya 495g[14].

HONOR Pad X9 didatangkan dengan MagicOS 7.1 berasaskan Android 13 yang terkini dengan ciri-ciri pintar seperti HONOR Connect. Dengan HONOR Connect, pengguna boleh menggunakan pelbagai peranti HONOR sekali gus untuk melihat notifikasi dan memindahkan fail antara peranti pada satu skrin. Skrin yang besar dan resolusi tinggi tablet juga membolehkan kemungkinan yang lebih besar melakukan berbilang tugas melalui APP Multiplier, iaitu dua ciri MagicOS terbina dalam yang mengupayakan paparan skrin pisah.

Harga dan Ketersediaan 

HONOR 90 tersedia dalam pelbagai pilihan warna yang bergaya termasuk Midnight Black, Emerald Green, Diamond Silver, Peacock Blue, manakala HONOR 90 Lite tersedia dalam tiga warna – Cyan Lake, Titanium Silver dan Midnight Black[15]. Bermula pada pertengahan hingga lewat Julai, HONOR 90 akan tersedia dalam pasaran-pasaran antarabangsa yang terpilih dengan cadangan harga runcit bermula pada harga €549. HONOR 90 Lite tersedia bermula pada harga €299.

Mendapat inspirasi daripada alam semesta, HONOR Pad X9 tersedia dalam warna Space Grey pada harga €249.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kedai dalam talian HONOR di www.hihonor.com.

Latar Belakang HONOR 

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk pergi lebih jauh lagi, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

https://community.hihonor.com/

https://www.facebook.com/honorglobal/ 

https://twitter.com/Honorglobal 

https://www.instagram.com/honorglobal/ 

https://www.youtube.com/c/HonorOfficial 

 

[1] Data daripada HONOR labs.

[2] Pada antara muka aplikasi dan skrin permainan berbeza, kadar segar semula skrin mungkin sedikit berbeza.

[3] Teknologi pemalapan PWM frekuensi ultra-tinggi 3840Hz HONOR 90 diperakui bebas Kerlipan TÜV Rheinland dan mencapai tahap pemalapan tanpa risiko yang hanya berkesan apabila kadar segar semula ialah 120Hz. Standard ujian untuk pensijilan bebas Kerlipan TÜV Rheinland mengikuti korelasi antara tahap risiko kerlipan dan frekuensi kerlipan dalam standard IEEE Std 1789-2015 yang mentakrifkan tahap bebas kerlipan sebagai apabila frekuensi pemalapan adalah lebih tinggi daripada 3125Hz. Telefon bukan alat perubatan dan tidak tersedia untuk rawatan.

[4] Skrin menyokong pemalapan PWM frekuensi tinggi maksimum 3840Hz yang menunjukkan kesan dalam senario kecerahan rendah. Sila rujuk pengalaman sebenar. Telefon ini bukan alat perubatan dan tidak tersedia untuk rawatan.

[5] Data daripada HONOR labs. Dimensi sebenar mungkin berbeza mengikut konfigurasi, proses pembuatan dan kaedah pengukuran. Ketebalan (7.8mm) telefon tidak termasuk penahan kamera.

[6] Data daripada HONOR labs. Jumlah berat termasuk bateri. Berat sebenar mungkin berbeza ekoran konfigurasi produk, proses pembuatan dan kaedah pengukuran.

[7] Kapasiti tipikal ialah 5000mAh dan kapasiti terkadar bateri ialah 4900Ah. (Bateri tidak boleh ditanggalkan)

[8] Dengan reka bentuk sudut bulat pada paparan, panjang pepenjuru skrin ialah 6.7 inci apabila diukur mengikut segi empat tepat standard (ruang boleh lihat sebenar adalah sedikit lebih kecil).

[9] Pada antara muka aplikasi dan skrin permainan berbeza, kadar segar semula skrin mungkin sedikit berbeza.

[10] Kapasiti tipikal ialah 4500mAh dan kapasiti terkadar bateri ialah 4400mAh. (Bateri tidak boleh ditanggalkan).

[11],Data daripada HONOR labs. Kapasiti dikira dengan mengandaikan saiz fail setiap lagu, gambar dan video masing-masing adalah 10MB, 4MB dan 250MB. Kuantiti fail sebenar mungkin berbeza mengikut saiz fail.

[12] Storan dalaman yang tersedia mungkin lebih kecil memandangkan sebahagian daripada storan dalaman menempatkan perisian. Ruang memori sebenar mungkin berubah ekoran kemas kini aplikasi, operasi pengguna dan faktor-faktor lain yang berkaitan.

[13] Data daripada HONOR labs.

[14] Rujuk model Wi-Fi sahaja. Model yang menyokong sambungan LTE mempunyai berat kira-kira 499g. Data datangnya daripada HONOR labs. Berat sebenar mungkin berbeza mengikut konfigurasi, proses pembuatan dan kaedah pengukuran.

[15] Ketersediaan warna mungkin berbeza mengikut wilayah.

 

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services