omniture

Laici Guangdong Mencuri Perhatian Pengguna Singapura

GDToday
2023-07-10 20:22 68

GUANGZHOU, China, 10 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Laporan daripada GDToday:

Fresh litchi sent from Guangdong[Photo provided by GDToday]
Fresh litchi sent from Guangdong[Photo provided by GDToday]

Pada 29 Jun, acara promosi laici Guangdong bermula di Scarlett Supermarket, rangkaian pasar raya terbesar dari China di Singapura.

Wakil dari Dewan Perniagaan Singapura China, perusahaan eksport laici terkemuka dari Guangdong, pangkalan eksport serta pasar raya Singapura dijemput untuk merasa laici Guangdong yang segar. Mereka turut membincangkan peluang untuk laici Guangdong memperoleh bahagian pasaran yang lebih besar di Singapura dan negara-negara anggota RCEP yang lain, sambal memenuhi permintaan pengguna tempatan terhadap buah-buahan sihat dan segar.

Tiga jenis laici yang berbeza disajikan di acara tersebut, termasuk Jianggang Hongnuo, Nuomici dan Liuxi Guiwei, ditawarkan oleh Guangzhou Conghua Hualong Fruit and Vegetable Company, sebuah perusahaan pertanian yang terkemuka di Guangdong. Selepas dipetik di kebun laici syarikat berkenaan, laici tersebut dihantar ke Singapura melalui udara dalam masa 24 jam.

"Laici kami boleh tiba di pasaran Singapura dalam tempoh sehari dan di Eropah dalam tiga hari," kata Alvin Ye, wakil dari Guangzhou Conghua Hualong Fruit and Vegetable Company. "Kami juga sedang mengusahakan teknologi penyimpanan segar untuk laici, bagi memastikan ia dapat kekal segar dalam tempoh yang lama pada suhu tertentu, agar dapat memenuhi permintaan pengguna luar negara."

"Acara ini mendorong usaha memajukan kerjasama pertanian antara Guangdong dan Singapura, dan pada masa yang sama membolehkan penduduk tempatan Singapura merasa laici segar dari Guangdong," kata Dorothy Seet, kursi terdahulu SingCham China dan kursi SingCham Alumni. Beliau juga mengharapkan bahawa lebih banyak laici Guangdong akan tersedia untuk dibeli di Singapura pada masa akan datang di bawah RCEP.

"Ia merupakan kali pertama saya merasa laici yang begitu segar dari Guangdong. Saiznya yang besar, rasa yang sangat manis dan teksturnya yang rangup," kata Casey Woo, Ketua Pegawai Eksekutif Sheng Yeh International Trading Pte. Ltd. di Singapura.

Laici segar juga disajikan sebahagian daripada hidangan di acara tersebut, termasuk angsa panggang dengan laici, ikan kukus dengan laici serta snek dan minuman termasuk laici kering, kek laici dan wain berperisa laici.

Berikutan acara promosi ini, laici Guangdong dijangka akan diperkenalkan ke 19 cawangan Scarlett Supermarket di Singapura, memandangkan hasrat kerjasama peringkat awal telahpun dicapai antara pembekal dari Guangdong dan pembeli dari Singapura.

Tambahan pula, risalah yang memaparkan perusahaan-perusahaan eksport laici dari Guangdong turut disediakan di acara itu, bagi membolehkan tetamu menghubungi syarikat-syarikat berkenaan untuk usaha sama yang lebih lanjut.

Source: GDToday
Keywords: Agriculture Food/Beverages Publishing/Information Service Retail New products/services