omniture

Serlahkan Kemahiran Dagangan Anda: Vantage Anjurkan Pertandingan Dagangan Langsung Epik

Vantage
2023-07-11 13:37 68

Pertarungan kehebatan dagangan yang memukau, menawarkan hadiah utama sebanyak USD20,000 kepada pemenang utama

PORT VILA, Vanuatu, 11 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Broker berbilang aset pemenang anugerah, Vantage (atau "Vantage Markets"), begitu teruja sekali mengumumkan Vantage Live Trading Competition (Pertandingan Dagangan Langsung Vantage)*, sebuah acara elit untuk mencabar pedagang dengan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak USD50,000. Pertandingan itu memberi peluang kepada pedagang* untuk mempamerkan kemahiran luar biasa mereka dalam dunia dagangan.

Vantage Live Trading Competition 2023
Vantage Live Trading Competition 2023

Pertandingan berkenaan dijadualkan berlangsung mulai 1 Ogos hingga 30 September 2023, mencabar peserta-peserta untuk berlumba menjadi yang terbaik dan mencapai peningkatan peratusan tertinggi dalam ekuiti akaun Vantage mereka menjelang akhir pertandingan. 20 peserta terbaik dengan pulangan tertinggi akan memenangi sebahagian daripada himpunan hadiah tersebut, dengan pedagang terbaik meraih hadiah wang tunai sebanyak USD20,000.

"Kami mengajak pedagang daripada semua lapisan masyarakat untuk menunjukkan kecekapan dagangan mereka. Vantage Live Trading Competition bukan sekadar menghargai kejayaan kewangan, tetapi ia juga merupakan bukti kecekapan dan daya tahan dagangan setiap peserta," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Dagangan di Vantage.

Pertandingan ini menggabungkan keterujaan berdagang secara langsung dengan letusan adrenalin e-sukan. Apabila pertandingan berlangsung, papan pendahulu dikemas kini dengan kerap, membolehkan peserta melihat sejauh mana kehebatan mereka. Acara ini menawarkan kepada pedagang berpengalaman dengan pentas ideal untuk menunjukkan penguasaan mereka dan bersaing untuk mendominasi dan memperoleh ganjaran lumayan dalam pertandingan yang penuh semangat ini.

Pendaftaran pertandingan bermula pada 1 Julai dan ditutup pada 22 September 2023, manakala pertandingan bermula pada 1 Ogos. Pendaftaran awal ini memberi masa yang mencukupi untuk para peserta yang berminat untuk bersiap sedia menyahut cabaran, menjanjikan pertandingan yang mendebarkan.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Sila kunjungi https://www.vantagemarkets.com/en-ph/promotion/live-trading-competition/ untuk senarai penuh negara-negara yang layak.

Latar Belakang Vantage

Vantage (atau "Vantage Markets") ialah broker berbilang aset bertaraf global yang menawarkan akses kepada pelanggan untuk perkhidmatan dagangan tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, Bon dan ETF yang lincah dan berkuasa.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantaga bukan sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem dagangan dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang dagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

Diperkasakan untuk memanfaatkan peluang pasaran yang berjaya dengan lebih baik apabila anda berdagang dengan lebih bijak @vantage

 

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment New products/services Financial Technology Future Events