SUZHOU, China, 12 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Pusat Pengajian Perniagaan Antarabangsa Suzhou (IBSS) di Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool (XJTLU) telah menyimpulkan seminar antarabangsa tahunan keduanya tentang Ekonomi Asia dan Ekonomi Pasifik, pada 9 dan 10 Mei.
Profesor Sarah Dixon, Dekan IBSS telah menjemput orang ramai ke XJTLU dan turut memperkenalkan latar belakang Universiti tersebut dan Pusat Pengajian Perniagaannya yang tersendiri kepada para tetamu. "Walaupun kami merupakan institusi baharu, namun kami sedang berusaha untuk mencipta sejarah: sejarah ekonomi," jelas Profesor Dixon. "Seminar dan bengkel yang diadakan ini dapat membantu kami untuk membina kekuatan kami dalam bidang penyelidikan, yang seterusnya dapat merealisasikan matlamat kami untuk menjadi salah satu pusat pengajian perniagaan terkemuka di seluruh dunia serta memberi sumbangan kepada masyarakat menerusi pendidikan, penyelidikan serta penglibatan perniagaan kami."
Dr. Nimesh Salike, Ketua Kumpulan Ekonomi di IBSS kemudiannya telah menjemput para tetamu untuk membincangkan isu utama berkenaan ekonomi yang meninggalkan kesan terhadap rantau Asia Pasifik pada masa kini seperti Dasar Kewangan, Pemodelan Teori, Perdagangan dan Pelaburan Asing Langsung serta Kebajikan Masyarakat.
Lebih sebelas kertas kerja akademik telah dibentangkan pada hari pertama seminar tersebut termasuk pembentangan oleh para profesor daripada Universiti Liverpool (UoL) dan Universiti Sheffield di UK, Universiti Kebangsaan Singapura, Akademi Sains Sosial China dan juga Universiti Barat Daya Kewangan dan Ekonomi di China.
Hari kedua pula dimulakan dengan perbincangan tentang beberapa isu Ekonomi Asia Pasifik terutamanya menurut pandangan China dan turut merangkumi isu yang terdiri daripada perilaku kerjasama di Luar Bandar China sehinggalah perbandingan hubungan antara ekosistem inovatif dan kerjasama industri-akademik antara UK dan China.
Profesor Madya IBSS, Ronald Schramm menjelaskan "terdapat terlalu banyak berita yang berkaitan dengan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat Asia Pasifik. Melalui forum ini, kita dapat memperoleh analisis masa sebenar oleh beberapa ahli akademik terkemuka di dunia tentang perkara yang sedang berlaku dan yang mungkin akan terjadi berkenaan dengan kerjasama dan integrasi di Asia Pasifik."
Dr. Salike telah mempengerusikan sesi tengah hari itu yang melibatkan perbincangan tentang ekonomi dalam Kajian Antarabangsa bersama para profesor daripada Universiti Tsukuba dan juga Universiti Kristian Antarabangsa Jepun yang membentangkan kertas kerja tentang pertikaian wilayah dan perdagangan serta diplomasi.
Dr. Paulo Regis, penganjur bersama seminar dan Profesor Madya IBSS telah menyimpulkan seminar berkenaan dengan kajian terhadap Peraturan Kewangan bersama Peter Morgan daripada Institut Bank Pembangunan Asia di Jepun, dan juga perbincangan tentang Bukti Empirikal Lanjut tentang Penghindaran Kerugian.
Maklumat Lanjut:
xjtlu.edu.cn/en/
Ikuti kami di:
facebook.com/xjtlu
weibo.com/xjtlu
twitter.com/xjtlu