omniture

Shanghai Electric Berkongsi Peluang Kerjasama Jangka Panjang bersama Siemens, Perkukuh Inovasi dalam Tenaga Baharu dan Penjagaan Kesihatan

Shanghai Electric
2023-07-12 08:57 40

SHANGHAI, 12 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) ("Syarikat") membincangkan peluang kerjasama jangka panjang dengan Siemens untuk meningkatkan inovasi teknologi dalam sektor penjagaan kesihatan dan tenaga melalui lawatan baru-baru ini yang dilakukan oleh eksekutif-eksekutif tertinggi daripada Siemens Healthineers dan Siemens Energy. Kedua-dua kumpulan tenaga dan penjagaan kesihatan ini bersedia untuk mencari peluang kerjasama yang lebih besar sebagai sokongan untuk membina China yang lebih sihat dan lebih hijau, memanfaatkan hubungan dua hala China dan Jerman yang ditingkatkan serta mempererat kolaborasi berhubung tindakan iklim bagi mendorong kemampanan dan inovasi untuk pelbagai sektor.

Pada 5 Julai, satu lawatan oleh Elisabeth Staudinger, Ahli Lembaga Urusan di Siemens Healthineers, ke ibu pejabat Shanghai Electric diterima oleh Leng Weiqing, Kursi Lembaga di Shanghai Electric, diikuti oleh kunjungan oleh Karim Amin, Naib Presiden Eksekutif di Siemens Energy, pada hari yang sama. Semasa pertemuan itu, Shanghai Electric mengadakan perbincangan dengan para delegasi peringkat tinggi daripada Siemens, rakan kongsi sekian lamanya dalam bidang tenaga baharu dan peralatan perubatan canggih, untuk membincangkan hasil yang bermanfaat daripada kolaborasi mereka yang telah memacu inovasi dalam sektor penjagaan kesihatan China serta mencari peluang untuk menaik taraf sinergi mereka bagi membangunkan penyelesaian yang lebih hijau untuk storan tenaga dan sumber tenaga baharu.

"Kolaborasi antara Shanghai Electric dan Siemens membolehkan kami memanfaatkan sepenuhnya kepakaran dan keupayaan kami dalam industri, pasaran dan teknologi yang berbeza bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi produk kami, dengan dua pasukan di kedua-dua syarikat ini menghasilkan pelbagai pencapaian yang mengagumkan sepanjang beberapa dekad yang lalu. Kami berharap dapat mengukuhkan lagi perkongsian kami bersama Siemens untuk mendorong inovasi domestik peralatan perubatan, menambah baik kemudahan kesihatan awam China pada peringkat akar umbi dan memperkasa China untuk membina sistem tenaga yang selamat, rendah karbon dan cekap, bagi memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk Cina dengan bersama-sama menyampaikan penyelesaian penjagaan kesihatan yang lebih berkualiti tinggi dan tenaga mampan," kata Leng Weiqing.

Menonjolkan permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan di China, Elisabeth Staudinger menegaskan bahawa Rancangan Lima Tahun ke-14 China, yang menyusun strategi untuk meningkatkan pembuatan peralatan perubatan domestik dan inovasi teknologi, akan membawa lebih banyak peluang kerjasama untuk kedua-dua syarikat. "Siemens Healthineers ingin berganding bahu bersama Shanghai Electric bagi mempercepatkan pembangunan sektor perubatan China, meningkatkan standard kesihatan dan kebersihan China dan menyumbang ke arah merealisasikan wawasan 'China Sihat 2023'," kata beliau.

Karim Amin mengakui pencapaian luar biasa daripada kolaborasi antara Shanghai Electric dan Siemens serta menawarkan pandangan tentang pembangunan perniagaan Siemens Energy. "Siemens Energy bermatlamat untuk mempererat kerjasama strategik dengan Shanghai Electric bagi menyokong usaha China untuk mencapai transformasi tenaga. Ia bermaksud kami akan meningkatkan pelaburan dalam R&D, meneroka kegunaan baharu teknologi baharu dengan aktif dan menawarkan produk serta perkhidmatan dengan kualiti yang lebih baik. Tatkala kami membawa lebih banyak sokongan teknikal untuk membantu China mempercepatkan langkah menuju matlamat "dwikarbon", kami juga menjangkakan akan berganding bahu bersama Shanghai Electric bagi mencapai lebih banyak kejayaan dalam sektor tenaga baharu," kata beliau.

Lawatan itu dibuat selepas pegawai atasan China mengadakan rundingan kerajaan secara peribadi yang pertama dengan Canselor Jerman Olaf Scholz pada bulan Jun sejak penularan COVID-19, yang mana ketika itu pegawai-pegawai atasan daripada kedua-dua negara menyatakan kesediaan mereka untuk mengukuhkan kerjasama mengenai pembangunan rendah karbon dan mempercepatkan peralihan mereka kepada ekonomi yang lebih mesra iklim. Tatkala Beijing dan Berlin terus saling bekerjasama dalam menyelesaikan isu-isu seperti menyahkarbonkan proses perindustrian, memperkukuh dasar bagi peralihan kepada mobiliti mesra iklim dan membina ekonomi kitaran, peluang baharu juga muncul untuk kedua-dua syarikat mengukuhkan lagi perkongsian dua puluh tahun mereka bagi memangkinkan inovasi untuk teknologi boleh baharu dan penjagaan kesihatan.

Sejak pemerolehan Westinghouse Electric lebih dua dekad yang lalu, Siemen telah menjadi rakan kongsi Shanghai Electric yang penting dalam sektor tenaga, dengan kedua-dua syarikat bersama-sama membangunkan penyelesaian kuasa yang bersih dan cekap melalui satu usaha sama, Shanghai Electric Power Generation Equipment. Mempunyai 40 peratus bahagian pasaran, syarikat ini telah melangkaui hasil RMB 150 bllion dengan peralatan penjanaan kuasa arang batunya, yang telah menetapkan pelbagai rekod untuk prestasi, kapasiti dan emisi rendah karbon.

Tahun 2022 menandakan bermulanya perkongsian baharu antara Shanghai Electric dan Siemens Healthineers, yang membolehkan kedua-dua syarikat ini berusaha untuk menggalakkan inovasi domestik dalam peralatan perubatan di seluruh China dan meningkatkan akses kepada sumber perubatan yang berkualiti untuk institusi-institusi penjagaan kesihatan di seluruh negara. Kedua-dua syarikat ini telah mengesahkan kerjasama yang mendalam merentas pelbagai bidang melalui satu perjanjian yang merangkumi sistem perniagaan, pembangunan produk dan perkhidmatan selepas jualan, seterusnya memudahkan pertumbuhan Shanghai Electric dalam sektor perubatan China yang berkembang pesat.

Latar Belakang Shanghai Electric

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE:601727), pembekal global yang terkemuka bagi penyelesaian sistem pintar mesra alam gred-perindustrian dengan kehadiran di seluruh dunia, berdedikasi terhadap tenaga pintar, pembuatan pintar dan penyepaduan kecerdasan digital. Dengan tumpuan pada pembangunan rendah karbon dan transformasi digital dengan membuka arena baharu dan menggalakkan pemacu pertumbuhan yang baharu, Shanghai Electric akan berusaha untuk menjadi peneraju dalam usaha emisi karbon dioksida puncak sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060, pengeluaran peralatan tenaga baharu dan penyetempatan peralatan canggih, memanfaatkan peluang tanpa sempadan dalam ekosistem perindustrian yang inovatif bersama-sama rakan-rakan kongsi global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Oil/Energy Utilities Contracts Environmental Issues Licensing/marketing agreements