omniture

Xinhua Silk Road: Seraphim tandatangani perjanjian bekalan modul solar 300MW dengan ERS Group

Xinhua Silk Road
2023-07-12 09:00 105

BEIJING, 12 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pengeluar modul solar bertaraf dunia China Seraphim Energy Group Co., Ltd. (Seraphim) menandatangani satu perjanjian pembekalan modul solar dengan syarikat yang berpangkalan di Malaysia, ERS Energy Group of Companies ('ERS Group') pada 21 Jun 2023.

Seraphim signed 300MW solar module supply agreement with ERS Group
Seraphim signed 300MW solar module supply agreement with ERS Group

Menurut perjanjian berkenaan, Seraphim akan membekalkan modul solar berkecekapan tinggi untuk stesen janakuasa 300 mega-watt (MW) ERS Group yang dipasang di tanah yang terletak di Wilayah Zambales, Filipina. Pembekalan modul akan bermula pada suku ketiga 2023 dan diselesaikan menjelang suku kedua tahun 2024.

Diketahui bahawa komponen yang dibekalkan oleh Seraphim sebahagian besarnya terdiri daripada modul berkecekapan tinggi 550/555W, yang menggunakan teknologi sel berbilang busbar dan pembungkusan berketumpatan tinggi. Modul-modul ini memiliki kehilangan dalaman yang lebih rendah dan kurang berisiko mengalami keretakan mikro, yang akan meningkatkan kecekapan penjanaan kuasa dan mengurangkan kos Imbangan Sistem (BOS) dengan ketara.

Sebagai pengeluar global yang terkemuka bagi produk fotovolta, Seraphim telah membuat pelaburan strategik di Filipina sejak tahun 2016. Dengan mengambil kira keperluan unik dan keadaan pemasangan projek-projek tempatan, syarikat ini terus mengoptimumkan prestasi produk dan tahap perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

"Kami percaya kolaborasi erat kami bersama ERS Group akan membantu kami mencapai matlamat pembangunan mampan kami dalam tenaga bersih dan membawa impak positif kepada pembangunan ekonomi, alam sekitar dan sosial Filipina serta masyarakat setempat," kata Insan Boy, Naib Presiden Jualan Global Seraphim.

ERS Group ialah penyedia perkhidmatan kejuruteraan, perolehan dan pembinaan terkemuka yang beribu pejabat di Malaysia.

"Kami berjaya menyempurnakan beberapa kolaborasi bekalan stesen janakuasa bersama Seraphim pada masa lalu. Kami berasa kagum dengan kualiti dan prestasi komponen Seraphim yang cemerlang dan atas sebab inilah ERS Group akan terus bekerjasama dengan Seraphim untuk bersama-sama menggalakkan pembangunan pasaran tenaga solar di Filipina," kata Jonathan Kan, Pengarah Urusan ERS Group.

Selama bertahun-tahun, Seraphim telah mendapat kepercayaan dan pengiktirafan yang konsisten daripada pelanggan dari dalam dan luar negara melalui inovasi teknologi yang kukuh serta keupayaan penyelidikan dan pembangunan.

Berdasarkan kepada senario aplikasi yang berbeza, Seraphim telah membangunkan pelbagai siri produk fotovolta dan penyelesaian pintar. Seraphim memegang lebih seratus paten teknologi dan produk fotovolta 20 giga-wattnya telah diaplikasikan di lebih daripada 100 negara serta banyak wilayah di seluruh dunia.

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities Contracts Environmental Issues Licensing/marketing agreements