omniture

Treasure Global Mengumumkan Memorandum Persefahaman dengan Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia, Menjadikan TAZTE sebagai Rakan Kongsi Eksklusifnya dan Sistem Pilihan F&B Yang Disyorkan

Treasure Global Inc
2023-07-12 15:08 13

- MRCA Akan Mengesyorkan TAZTE Sebagai Sistem Pengurusan Digital F&B Kepada 500 Ahli Peniaganya Dengan Lebih Daripada 40,000 Buah Outlet -

NEW YORK dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Treasure Global Inc (NASDAQ: TGL) ("TGL", "Treasure Global," atau "Syarikat"), sebuah syarikat pembekal solusi teknologi yang berinovatif, mengumumkan hari ini bahawa ia telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) perjanjian kerjasama dengan Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) untuk menjadikan TAZTE rakan kongsi eksklusifnya sebagai solusi pengurusan digital F&B yang disyorkan kepada ahli-ahlinya di Malaysia.

TAZTE merupakan sistem pengurusan digital F&B TGL yang menyediakan peniaga dengan satu solusi automasi sehenti untuk memperkemaskan operasi perniagaan mereka, menambahbaik kecekapan operasi dan mencapai sasaran penjimatan kos untuk peniaga.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, MRCA akan melantik TAZTE sebagai pilihan utama sistem F&Bnya dan mengesyorkan TAZTE sebagai sistem pengurusan digital F&B kepada ahli-ahlinya untuk melanggani sebagai peniaga TAZTE.

MRCA mempunyai lebih daripada 500 ahli peniaga di seluruh Malaysia, mewakili lebih daripada 40,000 buah outlet.

Sam Teo, Ketua Pegawai Eksekutif TGL, memberi komen, "Kami percaya bahawa TAZTE akan merevolusikan industri F&B, dan perkongsian kami dengan MRCA adalah penting dalam mengembangkan pengambilan TAZTE di seluruh Malaysia kepada pangkalan ahlinya yang signifikan. TGL amat berbangga untuk bekerjasama dengan MRCA dan membantu peniaganya untuk automasi dan menambahbaik sistem pengurusan F&B mereka dalam satu industri yang ketika ini sedang menghadapi banyak masalah berhubungan dengan kecekapan. TGL meneruskan usaha untuk mengembangkan TAZTE kepada peniaga F&B di Malaysia, dan kami memandang ke hadapan untuk mengembangkan dengan lebih lanjut lagi pendedahan jenama TAZTE dan capaiannya di Asia Tenggara dalam bulan-bulan akan datang."

Mengenai Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia 
MRCA, diasaskan pada tahun 1992, dengan satu visi untuk menyatukan semua Peruncit Malaysia sebagai satu komuniti tunggal dalam menangani permasalahan yang dihadapinya sebagai satu suara tunggal, dan untuk menggunakan platform ini untuk melibatkan bersama pelbagai organisasi seperti agensi Kerajaan, kelompok berkepentingan untuk menjalin kerjasama yang akan memberi manfaat kepada ahli-ahlinya dari segala sudut. MRCA dan ahli-ahlinya telah mengharungi perjalanan yang jauh dan panjang dalam memperkukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok peruncitan antarabangsa, dengan lebih daripada 500 ahli yang mewakili lebih daripada 40,000 buah outlet, sekaligus menyediakan lebih daripada 400,000 peluang pekerjaan di Malaysia dan luar negara. MRCA juga menjadi hos kepada jenama dan perniagaan ahli-ahlinya yang turut memperjuangkan usaha peruncit Malaysia melangkaui sempadan negara dan rantau ASEAN di samping merangsang pertumbuhan dan mengumpul pengiktirafan untuk semangat keusahawanan yang gigih di Malaysia.

Mengenai Treasure Global Inc
Treasure Global merupakan sebuah syarikat penyedia solusi Malaysia yang membangunkan platform teknologi berinovatif. Treasure Global telah membangunkan dua solusi teknologi: Aplikasi ZCITY, satu ekosistem digital unik yang mentransformasi dan memudahkan pengalaman e-pembayaran bagi pengguna, tatkala membenarkan mereka untuk mendapatkan ganjaran secara serentak; dan TAZTE, satu sistem pengurusan digital F&B yang menyediakan peniaga dengan satu solusi pengurusan dan automasi sehenti untuk mendigitalkan perniagaan mereka. Treasure Global juga bertindak sebagai pemegang francais utama di Asia Tenggara untuk rantaian restoran yang popular, tatkala menyediakan mereka dengan solusi TAZTE. Setakat Mac 31, 2023, ZCITY telah mempunyai lebih daripada 2,400,000 pengguna berdaftar.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat, sila lawati https://treasureglobal.co/

Kenyataan Memandang Ke Hadapan
Hebahan akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan memandang ke hadapan yang diliputi dalam Seksyen 27A dari Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda, dan Seksyen 21E dari Akta Bursa Sekuriti 1934, seperti yang dipinda. Kenyataan memandang ke hadapan sedemikian dicirikan oleh kata kerja masa hadapan atau yang bersyarat seperti "mungkin," "akan," "menjangkakan," "berhasrat," "menjangka," "percaya," "menganggarkan" dan "meneruskan" atau perkataan yang serupa. Anda harus membaca kenyataan yang mengandungi perkataan ini dengan berhati-hati kerana mereka membincangkan jangkaan dan pelan masa hadapan, yang mengandungi unjuran hasil operasi atau keadaan kewangan masa hadapan atau menyatakan lain-lain maklumat memandang ke hadapan. Kenyataan memandang ke hadapan bukanlah jaminan terhadap prestasi masa hadapan, ia adalah berdasarkan kepada sesetengah andaian tertentu dan adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidaktentuan yang diketahui dan tidak diketahui, kebanyakan daripadanya adalah di luar kawalan Syarikat, termasuk yang ditetapkan dalam seksyen Faktor Risiko dari kenyataan pendaftaran Syarikat dan prospektus untuk tawaran awam permulaan Syarikat yang difailkan dengan SEC. Salinan dokumen-dokumen ini boleh didapati di laman web SEC, www.sec.gov. Kenyataan memandang ke hadapan ini tidak boleh diramalkan atau dikuantifikasikan dan akibatnya, hasil sebenar mungkin berbeza secara material samada tersurat atau tersirat daripada kenyataan memandang ke hadapan sedemikian. Syarikat tidak memikul sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan ini untuk semakan atau perubahan selepas tarikh hebahan ini, kecuali dikehendaki oleh undang-undang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Hubungan Pelabur A.S
Phil Carlson
Komunikasi Strategik KCSA
ir_us@treasuregroup.co

Hubungan Pelabur Malaysia
ir_my@treasuregroup.co

Hubungan Media
Sue Chuah, Ketua Pegawai Pemasaran
Treasure Global Inc
mediacontact@treasuregroup.co

Source: Treasure Global Inc
Related Stocks:
LSE:TGL NASDAQ:TGL
Keywords: Computer/Electronics Food/Beverages Restaurants Retail Contracts